UNIT HAL EHWAL ISLAM

Unit ini mula beroperasi pada 19 November 2013, dengan tenaga kerja seorang Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Unit ini ditempatkan di Pusat Promosi Pendidikan Pesakit Hospital Kulim.
   


VISI
Berperanan sebagai unit yang memberi bimbingan berkaitan Hal Ehwal Islam ke arah melahirkan warga kerja dan pesakit yang berpengetahuan dan berpendidikan serta berakhlak mulia.
 
MISI
Memberi perkhidmatan pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap dan berkualiti kepada semua warga kerja dan pesakit.
 
OBJEKTIF
  • Meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Islam dan integriti kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit di hospital.
  • Menjadikan program Hospital Mesra Ibadah (HMI) sebagai satu perkhidmatan yang diiktiraf oleh pelanggan di hospital.
  • Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat kerohanian kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit.
  • Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu berkaitan fiqh ibadah, fiqh perubatan dan hal ehwal Islam kepada pegawai dan pengamal perubatan, pesakit serta waris pesakit di hospital.
  • Mengintegrasikan rawatan fizikal, mental, psikologikal dan spiritual selaras dengan takrif kesihatan oleh World Health Organisation (WHO).


SKOP PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN KEPADA PENGURUSAN / KAKITANGAN

  1. PENGURUSAN IBADAH PESAKIT
  2. PROGRAM ILMIAH / KEROHANIAN
  3. KHIDMAT NASIHAT KAKITANGAN
  4. SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM
  5. IHYA RAMADHAN

 

PERKHIDMATAN KEPADA PESAKIT / WARIS

  1. BIMBINGAN IBADAH
  2. KHIDMAT NASIHAT BERKAITAN HAL EHWAL ISLAM KEPADA IBU TANPA NIKAH / PERKAHWINAN LEWAT / KEGUGURAN TANPA NIKAH / MANGSA PERKOSAAN / CUBAAN BUNUH DIRI DAN YANG BERKAITAN
  3. BERKAITAN ISU-ISU SEMASA SEPERTI PEREBUTAN JENAZAH / TUNTUTAN JENAZAH TAK BERWARIS / STATUS AGAMA JENAZAH

 

PERKHIDMATAN SOKONGAN

  1. PERUBATAN DARI PERSPEKTIF ISLAM SEPERTI PENDERMAAN ORGAN, KUMPULAN SOKONGAN IMUNISASI DAN YANG BERKAITAN