JABATAN OTORINOLARINGOLOGI
Jabatan Otorinolaringologi (ORL) adalah merupakan salah satu komponen utama dalam Direktorat Perkhidmatan Pembedahan dan Kecemasan di Hospital Kulim, Kedah Darul Aman. Jabatan ORL adalah bertanggungjawab untuk memberi rawatan kepada pesakit dengan penyakit dan kondisi yang melibatkan bahagian telinga, hidung dan tekak dan menguruskan kes-kes kecemasan yang berkaitan otorinolaringologi. Selain itu juga, Jabatan ORL mempunyai dua Sub Unit utama iaitu Perkhidmatan Audiologi dan Perkhidmatan Terapi Pertuturan dan Bahasa yang terlibat secara langsung dalam memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang datang ke Klinik Pakar ORL.
VISI
Berusaha untuk meningkatkan taraf kesihatan pesakit yang mengalami masalah telinga, hidung dan tekak, mempercepatkan pengesanan dan rawatan pada peringkat awal dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada serta pemulihan awal bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran dan masalah pertuturan.
MISI
Kami sedaya upaya memastikan Jabatan ORL di Hospital Kulim memberikan perkhidmatan yang bermutu dan berkualiti dengan menyediakan perkhidmatan kepakaran ORL dengan menitik beratkan aspek- aspek Preventif, Kuratif dan Rehabilitasi serta mengamalkan prinsip-prinsip masyarakat penyayang.
OBJEKTIF
- Menawarkan perkhidmatan yang sentiasa mengutamakan keselesaan dan kepuasan pelanggan.
- Mengesan penyakit dengan cepat dan tepat terutamanya kes-kes kanser di bahagian kepala dan leher.
- Melakukan penyaringan seawal mungkin kepada bayi-bayi dan kanak-kanak yang berisiko tinggi mendapat masalah pendengaran dan memberi intervensi seawal mungkin bagi kes-kes yang dikenalpasti mengalami masalah pendengaran.
- Memberikan perkhidmatan perubatan, perawatan dan pemulihan yang berkesan dengan menggunakan teknologi terkini yang bersesuaian.
- Memberi penerangan dan maklumat kesihatan yang terkini dan mudah difahami supaya pesakit bersetuju menjalani rawatan hospital terutamanya untuk kes-kes kanser.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberikan perhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti
- Masa menunggu untuk dirawat oleh Pakar Otorinolaringologi dan Pegawai Perubatan.
(Sasaran KPI Kualiti : 90% pesakit dirawat dalam masa ≤ 90 minit)
- Maklumat akan diberikan dengan jelas kepada pelanggan berkenaan penyakit dan rawatan.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
- Kemudahan fasiliti, persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
SKOP PERKHIDMATAN
- Rawatan Klinik Pesakit Luar dan Dalam bagi Penyakit Telinga, Hidung dan Tekak
- Rawatan Pembedahan bagi Penyakit Telinga, Hidung dan Tekak
- Pemeriksaan Endoskopi serta Mikroskopi Telinga, Hidung dan Tekak
- Ujian Pendengaran
- Penyaringan Pendengaran Bayi dan Kanak-kanak
- Pemakaian Alat Bantu Dengar
- Rehabilitasi Pendengaran
- Penilaian Perkembangan Pertuturan Bahasa
- Rehabilitasi Pertuturan dan Bahasa
- Rehabilitasi Penilaian Penelanan