- PENGENALAN
- VISI, MISI, PIAGAM PELANGGAN
- CARTA ORGANISASI
- SKOP PERKHIDMATAN
- JADUAL KLINIK
- DIREKTORI KAKITANGAN
JABATAN PATOLOGI DAN TRANSFUSI
Jabatan Patologi dan Transfusi Hospital Kulim merupakan salah sebuah jabatan di bawah direktorat diagnostik klinikal yang menyediakan perkhidmatan ujian diagnostik patologi, perubatan transfusi serta perkhidmatan rundingcara terhadap ujian-ujian yang ditawarkan kepada pakar, pegawai perubatan serta kakitangan perubatan yang lain di Hospital Kulim, Hospital Baling (Kluster Kedah Selatan) serta semua klinik-klinik kesihatan berhampiran.
VISI
Menjadi pusat bagi ujian diagnostik patologi dan perubatan transfusi yang berkualiti.
MISI
Menyediakan perkhidmatan patologi dan transfusi yang terbaik untuk pelanggan yang merangkumi amalan pendiagnosan yang menepati piawaian dengan perlaksanaan kerja bersistematik, berautomasi, kos efektif dan penjanaan anggota mahir serta mewujudkan komunikasi yang efektif berdasarkan perkembangan teknologi terkini.
OBJEKTIF
- Menyediakan keputusan yang tepat dan diyakini dalam masa yang ditetapkan dan perkhidmatan rundingcara dalam bidang Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi Perubatan dan Transfusi Perubatan.
- Menyediakan perkhidmatan makmal yang memenuhi keperluan klinikal, terkini dan mesra pelanggan.
PIAGAM PELANGGAN
- Perkhidmatan yang mesra, adil dan bersesuaian akan diberi kepada setiap pelanggan.
- Setiap pelanggan akan diberi penjelasan yang jelas dan menyeluruh mengenai permintaan ujian apabila diperlukan.
- Setiap spesimen/sampel akan dikendalikan mengikut proses dan prosedur kerja standard yang telah ditetapkan.
- Keputusan bagi semua ujian yang dikeluarkan adalah tepat, diyakini dan dalam tempoh yang ditetapkan
- Setiap maklumat dan keputusan ujian pesakit adalah sulit dan rahsia
- Menjalankan ujian-ujian bagi tujuan diagnosis, saringan dan pemantauan bagi pesakit dalam dan luar
- Pembekalan produk darah untuk pesakit yang memerlukan transfusi darah
- Perkhidmatan rundingcara bagi ujian-ujian yang ditawarkan
- Merujuk ujian-ujian khas ke makmal/pusat rujukan
- Memanatau dan meyelia POCT
- Bekerjasama dengan Unit Kawalan Infeksi Hospital Kulim dalam menjalankan aktiviti kawalan infeksi
- Memberi latihan teknikal dan analitikal kepada kakitangan dan pelajar dari kolej atau universiti
- Pemantauan teknikal di makmal-makmal klinik-klinik kesihatan dan Hospital Daerah yang terlibat
- Kaunter Utama: 24 jam
- Kaunter unit: Waktu Pejabat
- Makmal Patologi Kimia, Mikrobiologi, Hematologi dan Transfusi : 24jam
- Pejabat Pengurusan Patologi: Waktu Pejabat
LOKASI | NOMBOR SAMBUNGAN |
---|---|
Bilik Ketua Jabatan | 3180 |
Pejabat Pengurusan Patologi | 3181 |
Kaunter Utama | 3179 |
Ketua Unit Hematologi | 3559 |
Ketua Unit Patologi Kimia | 3189 |
Ketua Unit Mikrobiologi | 3189 |
Ketua Unit Perubatan Transfusi | 3123 |
Makmal Hematologi | 3184 |
Makmal Patologi Kimia | 3187 |
Makmal Mikrobiologi | 3190 |
Makmal Serologi | 3301 |
Makmal Perubatan Transfusi | 3185 |
Bilik Pegawai Sains | 3561 |
Kaunter Pendermaan Darah | 3122 |