UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN

Promosi kesihatan dan pendidikan pesakit merupakan aspek penting dalam pencegahan dan pengawalan penyakit. Program Pendidikan Kesihatan secara umum bertujuan untuk meningkatkan kesedaran invididu dan masyarakat mengenai bahaya tentang penyakit yang dihadapi. 
Fokus yang kedua ialah promosi kepada pesakit dan ahli keluarga dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi menguruskan penyakit dan kesan sampingan rawatan. Tindakan ini dapat meningkatkan motivasi pesakit supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih positif dan bermakna. Ini adalah sejajar dengan Visi KKM yang memberi penekanan terhadap promosi kesihatan yang menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat kearah peningkatan kualiti hidup. 
Oleh yang demikian, promosi kesihatan dan pendidikan kesihatan memainkan peranan utama sebagai strategi yang berkekalan dalam mengubah tingkahlaku individu. Kepentingan pendidikan dan promosi kesihatan adalah suatu strategi penting yang perlu dikembangkan serta diberi keutamaan demi pencegahan penyakit. Justeru itu, menjadi tanggungjawab Unit Pendidikan Kesihatan merangka strategi bagi memastikan kesedaran kesihatan di kalangan masyarakat dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa



OBJEKTIF
  1. Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada individu dan masyarakat tentang penjagaan kesihatan khususnya tentang penyakit yang dihadapinya. 
  2. Memudahkan individu dan masyarakat mendapatkan maklumat tentang kesihatan. 
  3. Membolehkan individu dan masyarakat mengambil bahagian dan menyumbangkan ke arah penjagaan kesihatan. 
  4. Membolehkan individu mengetahui perkhidmatan kesihatan yang boleh diperolehi di Hospital Kulim. 
  5. Memudahkan urusan perancangan,perlaksanaan dan penilaian aktiviti-aktiviti pendidikan pesakit di Hospital Kulim.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN 

  1. Melaksanakan aktiviti dan program pendidikan dan promosi kesihatan di hospital. 
  2. Melaksanakan latihan kepada kakitangan mengenai kempen cara hidup sihat, pendidikan kesihatan dan komunikasi. 
  3. Menyelaras program pendidikan kesihatan di media massa. 
  4. Menghasilkan bahan-bahan pendidikan kesihatan. 
  5. Membantu jabatan lain dalam mengendalikan program seperti menyediakan buku program, risalah, poster, sambutan hari khas kesihatan dan lain-lain. 
  6. Mengendalikan Klinik Berhenti Merokok dan kelas pendidikan untuk penyakit darah tinggi, jantung, diabetes, buah pinggang dan asma di hospital. 
  7. Menggalakan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat dalam aktiviti promosi kesihatan terutama sekali di hospital.
  8. Menyediakan perkhidmatan kauseling dan pendaftaran pendermaan organ. 
  9. Menyediakan bahan-bahan pameran pendidikan kesihatan dan mengadakan pameran pelbagai tajuk secara berjadual.