UNIT KUALITI DAN INOVASI
Unit Kualiti merupakan sepasukan pegawai yang sentiasa berusaha dalam mengurus, menyelaras, mendokumentasi dan mengaplikasi sistem pengurusan dokumen secara efisyen dalam meningkatkan sistem pengurusan kualiti secara berterusan supaya kehendak dan harapan pelanggan serta pihak-pihak berkepentingan dapat dipenuhi.
Unit Kualiti juga berhasrat untuk menyelaraskan semua aktiviti kualiti hospital supaya perkhidmatan ataupun produk yang dibekalkan mempunyai kualiti yang mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh hospital, jabatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kepentingan unit ini adalah untuk memantau dan mengkoordinasikan semua aktiviti kualiti di mana ianya merupakan salah satu program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengukuhkan tahap penyampaian perkhidmatan kepada pesakit.
Aktiviti ini telah diguna pakai secara menyeluruh dengan pemantauan berterusan hingga kini.
VISI
Pengurusan aktiviti kualiti memfokuskan keselamatan, penjagaan berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik dalam memenuhi kehendak dan harapan pelanggan
MISI
Sentiasa berusaha mengkoordinasi dan memastikan aktiviti-aktiviti kualiti diaplikasikan seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memantapkan perkhidmatan kesihatan yang efisyen dan selamat
OBJEKTIF
- Menjamin semua aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti direalisasikan di semua jabatan dan unit
- Memastikan sumber data yang diperolehi adalah tepat dan berintegriti
- Menganalisa data-data aktiviti kualiti yang dikumpul
- Mengurus, menyelaras, mendokumentasi dan mengaplikasi sistem pengurusan dokumen secara efisyen
- Menyediakan platform informasi dan latihan di kalangan semua pegawai
- Menambahbaik sistem perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkualiti di kalangan pelanggan
SKOP PERKHIDMATAN
- Performance Indicator ( PI )
- Key Performance Indicator ( KPI )
- Hospital Performance Indicators for Accountability (HPIA)
- Incident Reporting
- Pelan Tindakan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
- Patient Safety Goals dan Clinical Risk Management
- Credentialing & Privileging
- Hospital Specific Approach
- Kumpulan Inovatif & Kreatif
- Clinical Audit
- Mortality & Morbidity
- Kajian Piagam Pelanggan
- Kajian Kepuasan Pelanggan
- Pain Free Hospital
- Cluster Management Community
- Menganjurkan kursus