UNIT KEWANGAN
Unit Kewangan merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Kewangan dan Akaun di hospital. Unit ini terletak di tingkat bawah blok Pentadbiran bersekali dengan Pejabat Pengarah Unit Sumber Manusia dan Unit Pentadbiran. Unit ini membantu pengurusan atasan dalam memberi keputusan yang berkesan ke arah pencapaian objektif hospital dengan memberi perkhidmatan yang cekap dan teratur selaras dengan peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
VISI
Menuju kepada urus tadbir kewangan yang cekap, efisien, integriti dan mencapai sasaran audit sifar
MISI
- Memastikan pengurusan peruntukan kewangan (Mengurus dan Pembangunan) mencukupi untuk semua program dan aktiviti bagi mencapai visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Mewujudkan pengurusan urus tadbir kewangan secara cekap, berkesan dan berhemat berlandaskan prinsip undang-undang, peraturan yang telah ditetapkan
- Memproses semua pembayaran dan mengurus perakaunan semua aktiviti hospital dengan cekap
OBJEKTIF
Melaksanakan satu sistem pengurusan kewangan dan akaun yang amanah, cekap, kemas dan berkesan bagi menyokong dan menyelaras usaha-usaha pelbagai program dan aktiviti hospital.
PIAGAM PELANGGAN
- Menguruskan baucer bayaran semua tuntutan anggota Hospital Kulim dan bil/invois pembekal dalam tempoh 14 hari
- Menguruskan pesanan tempatan dan Inden Kerja dalam tempoh 4 hari
- Menguruskan perubahan gaji anggota sebelum atau selepas 10hb, dokumen lengkap diterima
- Terima pesanan, membekal barangan dan peralatan ke unit dan wad dalam tempoh 3 hari
- Semua pertanyaan jabatan ke atas tuntutan akan diberitahu kepada anggota dalam tempoh 2 hari dari tarikh penerimaan borang tuntutan
SKOP PERKHIDMATAN
Pengurusan Perakaunan/Bayaran
Pengurusan Perolehan/Pesanan Kerajaan
Pengurusan Kewangan Am
Pengurusan Gaji
|