JABATAN FARMASI

Perkhidmatan Farmasi merupakan salah satu jabatan dalam perkhidmatan sokongan klinikal di Hospital Kulim. Fokus utama Jabatan Farmasi adalah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik yang berkualiti dan berkesan melalui penjagaan farmaseutikal yang optimum kepada pesakit.


VISI

Memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik, berkualiti dan cekap demi meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan pesakit.

MISI

Menyediakan perkhidmatan farmasi yang bermutu lagi dinamik sejajar dengan kehendak pelanggan agar lebih profesionalisma, kompeten dan penyayang .

 

OBJEKTIF

  1. Untuk memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang berkualiti, selamat dan berkesan serta mencukupi dan mudah diperolehi oleh pesakit.
  2. Unutuk memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang efisien berkualiti dan selamat kepada pesakit supaya dapat meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan.
  3. Untuk memastikan penjagaan farmseutikal secara menyeluruh diberi melalui bakalan ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan digunakan untuk perawatan pesakit.

PIAGAM PELANGGAN 

  1. PIAGAM PELANGGAN


     Farmasi Ambulatori

    1. Pesakit akan diberi layanan yang saksama, adil dan bertimbang rasa.
    2. Ubat akan dibekalkan alam masa 35 minit selepas slip ubat diserahkan.
    3. Ubat yang dibekalkan adalah berlabel, lengkap, berkualiti dan selamat digunakan.
    4. Penerangan yang mencukupi tentang ubat yang dibekalkan akan diberi kepada setiap pesakit.


    Farmasi Bekalan Wad

    1. Memberi jaminan bahawa ubat-ubatan yang dibekalakan adalah bermutu dan selamat digunakan.
    2. Memberi layanan yang mesra setiap masa.
    3. Memastikan bekalan ubat-ubatan melalui kaedah ‘unit of use’ disiapkan dalam tempoh jam atau selewat-lewatnya pada jam 11.30 pagi. (bergantung kepada penghantaran troli ubat dari wad).
    4. Memberi informasi yang tepat dan berkualiti berkaitan maklumat ubat yang diperlukan pada hari yang sama.
    5. Memastikan  pembekalan , penyimpanan dan penggunaan dadah merbahaya adalah mematuhi peraturan semasa.




SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Pengurusan Farmasi

  • Pentadbiran Farmasi
  • Perolehan dan Bekalan
  • Pengeluaran Farmaseutikal
  • Latihan lepasan ijazah farmasi


Perkhidmatan Penjagaan Farmaseutikal

  • Farmasi Ambulatori
  • Farmasi Bekalan Wad
  • Farmasi Maklumat Ubat
  • Farmasi Pemonitoran Farmakokinetik Ubat
  • Farmasi Rekonstitusi Ubat
  • Farmasi Wad