JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kulim menyediakan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental kepada penduduk Negeri Kedah terutamanya penduduk Kedah Selatan sekitar Daerah Kulim dan Bandar Baharu yang dirujuk tidak kira bangsa, usia dan pangkat selaras dengan konsep KKM yang menekankan perawatan tanpa sempadan.
VISI
Daerah Kulim dan Bandar Baharu dan kawasan persekitaran mendapat perkhidmatan psikiatri yang berkualiti dan mempunyai penduduk dengan kesihatan mental yang sihat. Memastikan penduduk kawasan liputan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kulim akan menikmati tahap kesihatan mental yang optimum melalui perkhidmatan yang komprehensif, adil, cekap, mampu disediakan dan diperolehi, sesuai dan serasi dengan sosiobudaya masyarakat. Sistem perkhidmatan yang disediakan mengutamakan perawatan dalam komuniti, berkualiti serta peka dengan sensitiviti masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan agama. Kami akan sentiasa aktif dalam aktiviti promosi kesihatan mental dan berusaha menggalakkan tanggungjawab individu, keluarga dan masyarakat ke arah peningkatan kesihatan mental yang sihat dan kehidupan yang berkualiti.
MISI
Untuk mencapai wawasan jabatan melalui etika kerja yang cemerlang, kerja berpasukan di kalangan pengawai dan anggota serta mengadakan perkongsian yang bijak dengan masyarakat.
Menyediakan perkhidmatan kepakaran yang berkualiti dengan mengamalkan etika kerja cemerlang, profesionalisma, perkhidmatan penyayang dan kerja berpasukan dengan penglibatan individu, keluarga dan masyarakat dalam penjagaan dan promosi kesihatan mental dan memudahkan masyarakat untuk :
- Memperolehi perawatan psikiatri yang komprehensif dan efektif
- Menikmati perawatan psikiatri dalam komuniti (akut dan asertif)
- Mencapai potensi kesihatan mental yang maksima
- Mendapat perkhidmatan kaunseling
- Sentiasa bekerjasama dengan keluarga dan masyarakat dalam proses perawatan dan pemulihan pesakit.
- Semua Pelanggan Dilayan Dengan Adil Dan Saksama Mengikut Prinsip Hak-Hak Pesakit Dan Keselamatan Pesakit.
- Semua Pelanggan Baru Akan Dirawat / Dirujuk Pakar Dalam Masa 30 Hari Selepas Rawatan Pertama.
- Bagi Pelanggan Baru Yang Bukan Kes Segera, Akan Diberi Temujanji Pertama Dalam Masa 6 Minggu Di Klinik.
- Semua Pelanggan Berdaftar Hadir Mengikut Tarikh Temujanji Akan Dilayan Dalam Masa 90 Minit.
- Setiap Pelanggan Akan Diberi Alternatif Rawatan Dalam Komuniti Jika Perlu.
- Semua Pelanggan Akan Diberi Temujanji Semula Selepas Mendapatkan Rawatan Jika Perlu.
- Pelanggan Yang Memenuhi Kriteria- Kriteria Tertentu Akan Dirujuk Ke Jabatan Kecemasan Untuk Kemasukan Ke Wad/ Hospital Lain.
- Setiap Pelanggan Yang Bersesuaian Akan Dirujuk Ke Unit Rehabilitasi Jabatan Bagi Menjalani Program Rehabilitasi Yang Disediakan.
SKOP PERKHIDMATAN
- Perkhidmatan Pesakit Dalam di Wad 5 dan Wad 7, satu katil setiap wad.
- Klinik Pakar Psikiatri - kes baru/susulan (dewasa, kanak-kanak dan warga emas).
- Perkhidmatan Psikiatri Liaison.
- Perkhidmatan Komuniti Psikiatri (Hospital Based Community Psychiatry).
- Perkhidmatan Rehabilitasi kepada pesakit psikiatri luar (supported employment).
- Perkhidmatan Kaunseling dan Psychoeducation kepada pesakit dan waris.
- Latihan kepada Pegawai Perubatan.
- Perkhidmatan Promosi Kesihatan Mental ke sekolah-sekolah di Daerah Kulim dan Bandar Baharu.
HARI/MASA | AHAD | ISNIN | SELASA | RABU | KHAMIS |
---|---|---|---|---|---|
8.00 - 1.00 | KLINIK DEWASA | KLINIK KANAK-KANAK (MINGGU 2 & 4) NEW CASE KANAK-KANAK (MINGGU 1, 3) KLINIK PSYCHOGERI-ATRIC (MINGGU 5) | KLINIK DEWASA | NEW CASE DEWASA | HOME VISIT |
1.00 - 2.00 | REHAT | REHAT | REHAT | REHAT | REHAT |
2.00 -5.00 | WALK IN CLINIC LIASON ROUND | NEW CASE DEWASA SOCSO CPU MEETING/ HOMEVISIT | SOCSO LIASON ROUND | NEW CASE DEWASA | CME |