UNIT KEJURURAWATAN
Unit Kejururawatan merupakan salah satu kumpulan pelaksana yang menjadi penggerak utama operasi perkhidmatan di Hospital Kulim. Sebanyak 35% daripada jumlah penjawat awam di Hospital Kulim adalah terdiri daripada jururawat. Unit kejururawatan berperanan sebagai peneraju utama di Jabatan Pesakit Dalam yang memberi perkhidmatan perawatan kepada pesakit.
Unit Kejururawatan Hospital Kulim diterajui oleh seorang Ketua Penyelia Jururawat U42 yang bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap tugasan penyeliaan perkhidmatan kejururawatan. Beliau dibantu oleh 2 orang Penyelia Jururawat U42, 2 orang Penyelia Jururawat U41 dan juga 5 orang Penyelia Jururawat U36 yang menjaga pelbagai disiplin seperti Perubatan, Pembedahan, Orthopedik, Anestisiologi, Dewan Bedah Am, Dewan Bedah Bersalin, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, Multi Disiplin serta Unit Sokongan. Beliau juga turut dibantu oleh seorang Ketua Jururawat U32 yang terlibat dalam:
- Merancang dan melaksanakan hal-hal berkaitan perkhidmatan kejururawatan, dan perkembangan profesional kejururawatan dari aspek pendidikan, amalan perawatan kualiti dan keperluan kajian kejururawatan.
- Bertanggungjawab sebagai penyelaras untuk memantau, memberi tunjuk ajar dan seterusnya memberi maklumbalas berkaitan penempatan dan latihan kepada Pelatih Jururawat yang menjalani latihan amali dari IPTA/IPTS kepada pihak kolej dan kementerian.
VISI
Hospital Kulim akan menjadi sebuah institusi yang dapat memberi perawatan kejururawatan yang profesional dan berkualiti kepada pelanggan
MISI
Memberi perkhidmatan yang berkualiti melalui perawatan kejururawatan yang holistik – cekap, selamat, efektif, dan seterusnya akan membantu ke atas penjagaan pesakit sepenuhnya.
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan kejururawatan berkualti dengan menitikberatkan perawatan holistik dari segi fizikal, emosi dan keagamaan berpandu akan nilai-nilai kemanusiaan dan penyayang.
- Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran terkini bagi setiap jururawat untuk memberi perkhidmatan berkualti kepada pelanggan.
- Memberi perkhidmatan berkualiti, selamat, efektif dan efisyen kepada semua pelanggan.
Melibatkan diri dalam kajian kejururawatan bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kejururawatan.
Mempertingkatkan pengetahuan pelanggan dengan memberi pendidikan kesihatan yang berkesan kepada pesakit dan keluarga.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan segera, mesra dan sopan.
- Pesakit menerima penjagaan perawatan yang berkualiti selaras dengan piawaian kejururawatan sepanjang masa di hospital.
- Bersedia menerima dan mendengar aduan/masalah pesakit dan staf pada bila-bila masa.
- Merahsiakan maklumat pesakit dan staf kepada pihak tertentu setiap masa.
- Maklum balas secara bertulis akan diberi kepada pelanggan dalam tempoh masa 5 hari waktu pejabat selepas permintaan.
SKOP PERKHIDMATAN
Merangkumi beberapa komponen seperti berikut:
Pengurusan Pentadbiran Klinikal
- Pelaksanaan Clinical Governance supaya selari dengan sains dan teknologi
- Pemantauan Code of Professional Conduct - diamalkan oleh jururawat.
- Permohonan Anggaran Belanja Mengurus (ABM)
- Permohonan Annual Practising Certificate (APC)
- Permohonan Credentialing dan Privileging bagi anggota yang layak.
- Pelaksanaan Pelan Tindakan Kejururawatan
- Polisi, Peraturan dan Sumbangan.
- Pencapaian Key Perfomance Indicator (KPI) – audit dalaman dan luaran.
- Pelaksanaan National Nursing Audit (NNA) – audit dalaman dan luaran.
- Problem Solving and Root Cause Analysis (RCA) – untuk kes aduan dan Incident Reporting.
- Perkembangan Kerjaya Kejururawatan- Kursus dalam latihan (Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan, Pos basik, kursus jangka pendek dan lain-lain.)
- Mengelola latih amal pelatih daripada ILLKM / IPTA dan IPTS.
- Menjadi Pegawai Perhubungan (Liason Officer) dalam Perkhidmatan Sokongan Hospital yang telah diswastakan iaitu Linen & Laundry Services (LLS) dan Cleansing Services (CLS). Menjalankan pemantauan ke atas Perkhidmatan Sokongan (Hospital Support Services @ HSS). Menghadiri mesyuarat penyelarasan bulanan di antara Pegawai Perhubungan, wakil HSS dan Kejuruteraan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan.
Penyeliaan / Pemantauan di Hospital.
- Memantau pematuhan amalan standard kawalan infeksi
- Memastikan pelaksanaan Nursing Care Plan
- Memantau pelaksanaan dokumentasi kejururawatan.
- Melakukan rondaan grand round
- Melakukan bedside teaching dengan berpandukan kes.
Pelaksanaan dan Pemantauan Patient Safety Goals and Risk Assessment.
- Melakukan internal audit mengikut keperluan yang ditetapkan.
- Melaksanakan kursus untuk staf.
- Pembentangan laporan 2 kali setahun
Memastikan pelaksanaan Continuous Nursing Professional Development.
- Merancang dan mengkoordinasikan Continuous Nursing Education (CNE)
- Melakukan audit kompetensi terhadap kakitangan.
- Merancang takwim pos basik.
- Menggalakkan evidence base practice dalam penjagaan pelanggan
- Menggelola program latihan/kursus berkaitan dengan penyelidikan anggota kejururawatan di hospital.