- Waktu Melawat
- i-Pesakit Hospital Kulim
- Lawatan Pertama
- Lawatan Susulan
- Kemasukan Ke wad
- Peneman Ibu Bersalin
- Hak Pesakit
- Kemudahan Awam
- Etika Berpakaian Pelawat

i-Pesakit Hospital Kulim merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan sebagai inisiatif pihak hospital dalam usaha menyampaikan informasi kepada pesakit dan pelawat dengan cepat dan efisyen
Klik disini untuk pautan i-Pesakit Hospital Kulim
Dokumen Yang Diperlukan Semasa Lawatan Pertama Adalah :
1. Dokumen pengenalan diri yang sah;
- Kad Pengenalan
- Dokumen perjalanan bagi warga
- Surat akuan jabatan bagi anggota kerajaan
- Surat akuan majikan bagi anggota swasta
2. Warganegara asing yang dijamin suami/isteri yang berwarganegara Malaysia. Dokumen yang diperlukan adalah :
- Kad Pengenalan asal dan salinan
- Passport/Perjalanan diri Warganegara Asing (asal dan salinan)
- Sijil Nikah/Surat Kahwin yang asal dan sekeping salinan yang disahkan dari pusat pengeluar
3. Alamat perhubungan pesakit :
- Alamat surat menyurat yang lengkap untuk penghantaran bil pesakit
- Alamat waris terdekat sekiranya pesakit tidak mempunyai alamat tetap
- Alamat majikan bagi pesakit warga asing
- Nombor telefon sekiranya ada
4. Surat Rujukan daripada Pegawai Perubatan yang bertauliah
Sila rujuk kepada Caj Rawatan bagi mengetahui bayaran yang dikenakan.
Lawatan Susulan
Pesakit boleh diberi lawatan susulan melalui dua cara :
1. Selepas lawatan pertama di Klinik Pakar dimana rawatan dan pemerhatian lanjut diperlukan; dan
2. Selepas didiscaj dari wad.
Dokumen Yang Diperlukan Semasa Lawatan Susulan Adalah :
1. Dokumen pengenalan diri yang sah;
- Kad Pengenalan
- Dokumen perjalanan bagi warga
- Surat akuan jabatan bagi anggota kerajaan
- Surat akuan majikan bagi anggota swasta
2. Warganegara asing yang dijamin suami/isteri yang berwarganegara Malaysia. Dokumen yang diperlukan adalah :
- Kad Pengenalan asal dan salinan
- Passport/Perjalanan diri Warganegara Asing (asal dan salinan)
- Sijil Nikah/Surat Kahwin yang asal dan sekeping salinan yang disahkan dari pusat pengeluar
3. Kad Temujanji bagi rawatan lanjutan.
Sila rujuk kepada Caj Rawatan bagi mengetahui bayaran yang dikenakan.
Keperluan Asas Semasa Mendapatkan Rawatan Di Hospital Adalah :
1. Dokumen pengenalan diri yang sah;
- Kad Pengenalan
- Dokumen perjalanan bagi warga
- Surat akuan jabatan bagi anggota kerajaan
- Surat akuan majikan bagi anggota swasta
2. Alamat perhubungan pesakit :
- Alamat surat menyurat yang lengkap untuk penghantaran bil pesakit
- Alamat waris terdekat sekiranya pesakit tidak mempunyai alamat tetap
- Alamat majikan bagi pesakit warga asing
- Nombor telefon sekiranya ada
3. Kelengkapan asas pesakit :
- Baju persalinan;
- Tuala Mandi;
- Sudu / Cawan;
- Ubat gigi / Berus gigi dan keperluan asas yang lain.
4. Bawa segala jenis ubat (jika ada) yang pernah atau sedang digunakan bagi membantu doktor yang merawat mengenali ubat-ubatan tersebut.
Sila rujuk kepada Caj Rawatan bagi mengetahui bayaran yang dikenakan.
Sedang diselenggara
