Panduan Kepada PelawatInfo Pesakit Mengenai Pain FreeHak Dan Tanggungjawab Pesakit & Keluarga
Panduan Pelawat
- Pelawat/waris perlu mematuhi jadual waktu melawat yang ditetapkan.
- Pelawat tidak dibenarkan makan/minum dalam wad.
- Ditegah membuat bising dalam kawasan wad..
- Perlu menjaga kebersihan dan harta benda awam..
- Perlu mematuhi arahan pengawal keselamatan.
- Melahirkan perasaan simpati, bermanis muka dan muhibbah semasa melawat pesakit.
- Nasihatkan pesakit supaya banyak bersabar.
- Sunat berdoa supaya pesakit cepat sembuh.
- Memahami situasi dan jangan tunggu terlalu lama semasa membuat kunjungan.
- Letakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan sahaja. Ditegah meletakkan kenderaan yang boleh menghalang laluan kecemasan.
- Pastikan kenderaan anda dikunci bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
AMARAN
- Pelawat/waris tidak dibenarkan menghisap rokok di kawasan hospital.
- Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke wad.
Panduan Kepada Waris Menjaga Pesakit Di Wad
- Seorang sahaja waris dibenarkan menjaga pesakit tenat.
- Ditegah tidur di kawasan laluan wad.
- Perlu memberi sekurang-kurangnya dua nombor telefon untuk dihubungi apabila perlu.
- Ibu atau waris perempuan sahaja dibenarkan menjaga anak semasa mendapat rawatan di wad perempuan/kanak-kanak.
- Tidak dibenarkan membawa barang berlebihan.
- Perlu mematuhi arahan pengawal keselamatan Hospital Sultanah Maliha.
Panduan Pesakit Dalam Semasa Berada Dalam Wad
- Pemakaian pakaian pesakit hospital adalah dimestikan semasa berada dalam wad.
- Keselamatan barang-barang berharga seperti barang kemas, jam tangan, wang dan telefon bimbit adalah tanggungjawab pesakit.
- Pesakit tidak dibenarkan meninggalkan wad tanpa kebenaran doktor yang bertugas.
- Pesakit perlu membawa keperluan asas seperti berus gigi dan ubat gigi, sabun, tuala, losyen dan bedak.
- Pengidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan sakit buah pinggang perlu membawa ubat-ubatan semasa.
- Pas menunggu hanya diberi kepada pesakit yang tenat sahaja.
- Waris yang diberi izin menunggu pesakit perlu mematuhi peraturan dalam wad.
Panduan Pesakit Luar Menerima Rawatan Di Klinik Pakar
- Pesakit yang dirujuk untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar perlu membawa surat rujukan daripada hospital, klinik kesihatan atau pengamal perubatan swasta. Semasa pendaftaran, kad pengenalan/mykad/mykid diperlukan.
- Rawatan susulan di klinik pakar mestilah mematuhi temujanji (tarikh dan masa yang telah ditetapkan).
- Pesakit ulangan dikehendaki membawa kad/buku temujanji.
- Penjawat awam/pesara perlu membawa dokumen pengenalan, contoh Surat Jaminan (GL)/kad pesara.
- Tempoh sah laku GL hanya 3 bulan. Selepas 3 bulan, GL baru perlu dikemukakan.
| HAK |
Sebagai pesakit anda layak untuk:
- Mendapatkan rawatan yang saksama
- Dilayan dengan penuh kehormatan dan maruah
- Mengenali pengamal perubatan yang terlibat di dalam perawatan
serta jawatannya - Mendapatkan rawatan yang bertepatan dengan masalah kesihatan
yang dialami - Mendapatkan maklumat yang tepat mengenai status kesihatan,
perancangan rawatan dan ubatan sebelum memberi kebenaran untuk
rawatan yang dialami - Mendapatkan rawatan berterusan melalui komunikasi yang tepat
dengan pengamal perubatan - Mendapatkan pengurusan komplikasi yang sesuai dan tepat
- Menerima rawatan di dalam persekitaran yang selamat dan selesa
- Menolak rawatan yang disarankan
- Mendapatkan nasihat/pendapat daripada pihak kedua
- Kerahsiaan maklulmat perubatan dan mendapatkan laporan perubatan jika perlu
- Mendapatkan maklumat dan berhak untuk menolak dari mengambil bahagian
dalam kajian perubatan - Mendapatkan maklumat mengenai polisi dan prosedur pendermaan organ
dan kebebasan dalam membuat keputusan mengenainya - Menyuarakan ketidak puasan hati melalui saluran dan kaedah yang sesuai
- Mendapatkan maklumat terperinci bagi bil bayaran hospital
TANGGUNGJAWAB
Bagi memastikan perawatan yang selamat dan berkesan, pesakit dan ahli keluarga dikehendaki untuk:
- Memberi maklumat yang tepat mengenai sejarah kesihatan semasa dan terdahulu termasuk ubatan dan sejarah alahan
- Memberi maklumat peribadi yang tepat dan terkini
- Mematuhi perancangan rawatan, nasihat pemakanan dan arahan spesifik yang lain serta nasihat rawatan lanjut
- Bekerjasama dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan di mana perlu
- Meminta bantuan sekiranya berisiko untuk jatuh
- Memaklumkan kepada petugas di wad sekiranya keluar dari wad untuk berada di sekitar premis hospital selepas pesakit dimasukkan ke wad.
- Menghormati dan bertimbang rasa dengan pesakit lain dan ahli keluarga mereka
- Menghormati dan bertimbang rasa dengan kakitangan hospital dan harta kerajaan
- Mematuhi polisi hospital berkenaan dengan masa melawat, kebersihan tangan, tidak merokok, hospital rakan bayi dan kemudahan pesakit.
- Mematuhi tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan serta maklum pada kakitangan hospital jika tidak dapat hadir
- Tidak membawa barangan berharga semasa tinggal di hospital.
- Meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang disediakan untuk pelawat
- Melunaskan bil hospital
- Menyuarakan aduan melalui prosedur yang ada atau terus kepada kakitangan terlibat agar tindakan sewajarnya dapat diambil
