PENGENALAN
Unit Casemix ditubuhkan pada Julai 2021 bertujuan bagi memantau pelaksanaan Casemix di hospital dan menyelesaikan isu-isu yang mungkin timbul semasa pelaksanaan Casemix. Unit Casemix ini terdiri daripada Penyelaras Casemix (Pegawai Perubatan Senior UD44/UD48/UD52/UD54), Penolong Pegawai Tadbir(Rekod Perubatan), Pembantu Tadbir dan Mystep.
Unit ini bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan Casemix mencapai standard yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Tertinggi di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Casemix adalah sebuah system yang mengkelaskan setiap episod rawatan pesakit di fasiliti kesihatan menurut Kumpulan-kumpulan tertentu, di mana setiap kumpulan tersebut mempunyai ciri-ciri klinikal yang sama serta menggunakan sumber-sumber hamper sama. Oleh itu, maklumat Casemix merupakan gabungan maklumat klinikal dan kewangan bagi setiap episode rawatan pesakit di fasiliti kesihatan.
Sistem Casemix Kementarian Kesihatan Malaysia telah dibangunkan pada tahun 2010 bertujuan untuk :
1. Membantu pembuat dasar merancang serta meningkatkan prestasi penyampaian penjagaan kesihatan dengan mengoptimumkan peruntukan, pengurusan sumber dan penjagaan pesakit.
2. Menyediakan maklumat kualiti penjagaan pesakit dan/atau perbelanjaan kesihatan untuk tujuan penyelidikan.
Casemix telah dilaksanakan di hospital KKM secara berperingkat bermula daripada tahun 2010.
Sumber data bagi Sistem Casemix Kementerian Kesihatan Malaysia adalah daripada Sistem Maklumat Perawatan Pelanggan (SMRP) yang diperolehi secara integrasi harian.
Data Casemix meliputi maklumat klinikal dan kewangan bagi setiap episod perawatan pesakit seperti data demografi, encounter, klinikal, kewangan dan sebagainya.
OBJEKTIF
Memastikan MalaysiaDRG dapat membantu membuat keputusan dalam pembahagian dana dan sumber secara saksama dan efisien di semua peringkat. Menjadikan MalaysiaDRG sebsgai tanda aras kualiti perkhidmatan di Hospital Sultanah Maliha.
MISI
Membina klasifikasi episod penjagaan pesakit. Sistem Casemix telah berkembang dari sistem klasifikasi semata-mata untuk pesakit hospital menjadi alat untuk analisa dan sebagai tanda aras di antara hospital.
VISI
Ketetapan dan kesempurnaan dokumentasi diagnosis klinikal dan ketetapan penetapan kod ICD-10 amat penting bagi menghasilkan data yang bermakna kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga pihak Pengurusan Hospital.
FUNGSI UNIT
- Menyelia, memantau dan melaksanakan Sistem Casemix di hospital.
- Mengatur dan melaksanakan kemasukan data klinikal dan data kewangan.
- Mengatur dan melaksanakan pengesahan kemasukan data klinikal dan data kewangan.
- Mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu berkenaan pelaksanaan casemix (borang, proses,sumber manusia dan lain-lain).
- Mengkaji maklumat-maklumat terbitan daripada Modul Sistem Maklumat Eksekutif(EIS) seperti
- Main Diagnosis Category(MDC)
- Diagnosis Related Group (DRG)
- Severity of Illness (SOI)
- Case Group Weights (CGW)
- Casemix Index (CMI) dan data lain yang berkiatan.
- Mengkaji dan membentangkan perbelanjaan jabatan berdasarkan pengiraan Sistem Casemix.
- Menjalankan Latihan (ketepatan dan kesempurnaan diagnosis klinikal dan coding ICD-10 dan ICD9-CM) secara berterusan.
- Mengatur dan melaksanakan aktiviti-aktiviti audit di peringkat hospital.
- Menyediakan Laporan Tahunan Casemix Hospital dan sebarang laporan yang di minta.
