OBJEKTIF & FUNGSI
Objektif Dan Fungsi Kementerian Kesihatan Malaysia Ialah Untuk Membantu Seseorang Individu Itu Supaya Mencapai Dan Mengekalkan Suatu Taraf Kesihatan Bagi Membolehkannya Menjalankan Aktiviti Ekonomi Dan Sosial Yang Produktif Dengan Menyediakan Perkhidmatan Bercorak Penggalak (Promotive), Pencegahan (Preventive), Rawatan (Curetive), Dan Pemulihan (Rehabilitative) Yang Cekap Sesuai Dan Berkesan Dengan Memberi Penekanan Kepada Golongan-Golongan Yang Kurang Bernasib Baik.
Menyediakan Perkhidmatan Kesi-Hatan Asas Untuk Rakyat Bagi Menunjukan Kehidupan Yang Sihat.
Mengujudkan Satu Sistem Pengurusan Pesakit Yang Seragam Serta Teratur Seiring Dengan Hasrat Pengarah Hospital Langkawi Dan Kementerian Kesihatan Amnya.
Memastikan Setiap Pesakit Yang Dirujuk Dan Datang Untuk Mendapatkan Rawatan Ke Klinik Pakar Mendapat Layanan Yang Sewajarnya.
Melaksanakan Hasrat Dan Inspirasi Rakyat Dalam :
- Melaksanakan Suatu Taraf Kesihatan Yang Berkualiti Sejajar Dengan Keperluan Terkini
- Membentuk Satu Institusi Yang Mantap, Ikhlas Dan Cekap Dalam Menjalankan Tugas-Tugas Yang Diamanahkan.
VISI
Hospital Langkawi Menjadi Sebuah Hospital Yang Cemerlang Dalam Memberi Perkhidmatan Rawatan Pesakit Yang Berkualiti Serta Memenuhi Kehendak Pelanggan.
MISI
Hospital Langkawi Memberi Perkhidmatan Berasaskan Ciri-Ciri :-
- Budaya Korporat Kkm
- Penyayang
- Kerja Berpasukan
- Profesionalisma
- Perkongsian Bistari
- Inovatif
- Teknologi Yang Sesuai
Untuk Melahirkan Warga Kesihatan Yang Berkualiti
Jabatan Ini Akan Berusaha Menjadikan Ia Sebagai Pusat Kecemerlangan Dengan Mempromosikan Imej Dan Menekankan Aspek Rawatan Melalui Aktiviti-Aktiviti Berikut:
- Bercorak Rawatan Dan Layanan Pelanggan Dengan Mengekalkan Status Akreditasi Dan Iso.
- Menjamin Keselesaan Dan Keselamatan Pelanggan Yang Akan Dirawat.
- Layanan Mesra Serta Sentiasa Menghormati Maruah Pelanggan.
- Mengemaskini Maklumat Perubatan Terkini Selaras Dengan Kemajuan Perubatan Dalam Memberikan Rawatan.
- Memantau Perkhidmatan Yang Diberikan Di Tahap Yang Tinggi Melalui Kaedah ‘Quality Assurance” Serta Melakukan Kajian Yang Berkaitan Dengannya Untuk Faedah Pelanggan Dan Masyarakat.
Memastikan Agar Pembelajaran Berterusan (Continuous Medical Education) Untuk Semua Peringkat Kakitangan Dikekalkan Setiap Masa.
Wawasan Jabatan Perubatan
- Jabatan Ini Berhasrat Untuk Menjadi Pusat Rujukan Yang Disegani Di Dalam Memberikan Perkhidmatan Dan Rawatan Didalam Masyarakat Melalui Sistem Kesihatan Yang Adil, Mesra, Cekap Serta Penggunaan Teknologi Yang Tinggi.
- Mempertingkatkan Budaya Kerja Yang Berkualiti Dan Inovasi Dalam Mencapai Kearah Kecemerlangan.
- Menjadi Pusat Pembelajaran Dan Penyelidikan Yang Diiktiraf Di Peringkat Tempatan Dan Antarabangsa.
- Menyemai Sikap Profesionalisme Di Kalangan Semua Kakitangan Didalam Memberikan Perkhidmatan Kesihatan Kepada Pelanggan Kami.
- Mengurangkan Kadar Kematian Ibu Dan Bayi Ketahap Yang Setaraf Dengan Negara Maju.
