JABATAN PATOLOGI DAN PERUBATAN TRANSFUSI

Perkhidmatan Patologi dan Transfusi merupakan unit sokongan yang menyediakan perkhidmatan makmal bagi membantu Pakar serta Pegawai Perubatan dalam penyiasatan penyakit (mendiagnosis sesuatu perkembangan penyakit) bagi menentukan rawatan yang terbaik untuk setiap pesakit. Unit ini juga dilengkapi dengan peralatan-peralatan makmal yang terkini serta lengkap untuk membantu dalam ujian diagnosis penyakit. Unit ini terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu:

1.Patologi Kimia

2.Mikrobiologi dan Serologi

3.Hematologi

4.Tabung Darah

Perkhidmatan unit ini beroperasi selama 24 jam pada waktu pejabat dan tinggal atas panggilan untuk kes-kes kecemasan yang dikendalikan oleh 2 orang Juruteknologi Makmal Perubatan

 

OBJEKTIF

  • Memastikan semua spesimen yang memenuhi kriteria akan dianalisa dan keputusan ujian dikeluarkan mengikut prosidur yang ditetapkan.
  • Memastikan stok darah mencukupi untuk keperluan semasa dan semua darah yang dibekalkan telah disaring dan bebas dari sebarang penyakit

 

RUJUKAN : Manual Pengguna Patologi Dan Transfusi HSM

Logo Rasmi HSM

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Maliha,
Bukit Tekuh,
Jalan Padang Matsirat,
07000 Langkawi, Kedah Darulaman

Tel : 04-9663333 
E-mel : hlangkawi@moh.gov.my

JUMLAH PENGUNJUNG

029932
Today: 45
This Week: 45
This Month: 908