UNIT KEJURUTERAAN

Pengenalan

Unit Kejuruteraan merupakan sebuah unit yang dianggotai oleh seorang Jurutera Operasi J41 dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir Sambilan Harian (PSH) N19, berperanan untuk memantau perkhidmatan syarikat konsesi di hospital yang meliputi 6 perkhidmatan iaitu FEMS, BEMS, HWMS, LLS, FMS dan CLS. Selain itu, unit ini juga memantau aktiviti pembangunan yang dijalankan di dalam hospital dan aktiviti-aktiviti yang diarahkan dari masa ke semasa.

Visi

Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan saintifik yang berkualiti dan berinovatif serta memastikan perkhidmatan kejuruteraan hospital berada pada tahap yang optimum.

Misi

  1. Memastikan program-program perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan dan sokongan hospital yang diberikan adalah cekap, efisien dan selamat.
  2. Menjalankan pemantauan secara berterusan keatas perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat konsesi bagi memastikan ianya diuruskan dengan berkesan serta mencapai tahap yang optimum dalam memberi khidmat kepada hospital.
  3. Memastikan semua aduan yang dibuat oleh pihak pengguna berkaitan dengan sistem kejuruteraan hospital diambil tindakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  4. Menjalankan pemantauan dan menyelaras aktiviti berkaitan pembangunan dan kerja-kerja naiktaraf agar ianya dijalankan mengikut spesifikasi serta prosedur yang ditetapkan.
  5. Menyelaras sesi latihan untuk pengguna secara berkala bagi meningkat kefahaman serta kecekapan pengguna terhadap perkhidmatan sokongan Hospital dalam memastikan kos yang dibelanjakan oleh kerajaan kepada syarikat konsesi adalah berhemah dan selaras dengan kualiti perkhidmatan.

 

Objektif

Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang mengutamakan:

  1. Keselamatan dan kompetensi setiap fasiliti yang berada di bawah penyelenggaraan perkhidmatan sokongan hospital (PSH) dan dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.
  2. Memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (PSH) bagi perkhidmatan pendobian, pencucian, pengurusan sisa-sisa klinikal, kejuruteraan fasiliti, dan kejuruteraan biomedikal agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.
  3. Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan dan saintifik di bawah bidang tanggungjawab Unit Kejuruteraan.
  4. Menyedia dan memantau pelaksanaan program penyelenggaraan kejuruteraan di Hospital Sultanah Maliha.
  5. Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan adalah cekap dan selamat.
  6. Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.

 

Antara fungsi dan tugas-tugas yang dijalankan oleh Unit Kejuruteraan ialah:

 

  1. Menjalankan pemantauan ke atas kualiti dan kesempurnaan serta kompetensi operasi penyenggaraan dan pelaksanaan perkhidmatan Kejuruteraan Fasiliti oleh Syarikat Konsesi Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital.
  2. Menjalankan pemantauan ke atas projek-projek pembangunan, naiktaraf, kerja-kerja kecil dan pembaikan yang dijalankan oleh kontraktor di dalam kawasan hospital serta projek-projek singking fund, reimbursable work.
  3. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pemasangan dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal dari masa ke masa.
  4. Meyediakan dokumen BER 2 bagi proses penyediaan Sijil Perakuan Pelupusan KEW.PA-16 bagi peralatan hospital yang perlu dilupuskan.
  5. Menyemak 'indicator mapping' yang disediakan oleh syarikat konsesi bagi tujuan pemotongan yuran bulanan untuk 6 perkhidmatan yang diswastakan.
  6. Menyediakan laporan pemotongan bulanan 'Deduction Assesment Report (DAR) yuran syarikat konsesi.
  7. Membantu Unit Kejuruteraan Operasi menyediakan spesifikasi sebut harga untuk projek pembangunan.
  8. Menyemak operasi rangkaian teknologi maklumat (ASIS).
  9. Melaksanakan kajian kepuasan pelanggan (CFS) dan menyediakan laporan penilaian prestasi Syarikat Konsesi.
  10. Membuat pemeriksaan teknikal secara berskala ke atas plant room yang terdapat di hospital.
  11. Memantau dan mengawalselia aset tak alih kerajaan (Myspata)
  12. Memantau dan mengawalselia Sustaianbility Program (SP) iaitu, Program 3R, Program Energy Management, Program Indoor Air Qualiti.
  13. Menyediakan dokumen untuk variation order (VO) bagi service Fems, Bems dan CLS.

Logo Rasmi HSM

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Maliha,
Bukit Tekuh,
Jalan Padang Matsirat,
07000 Langkawi, Kedah Darulaman

Tel : 04-9663333 
E-mel : hlangkawi@moh.gov.my

JUMLAH PENGUNJUNG

029931
Today: 44
This Week: 44
This Month: 907