Featured

LATAR BELAKANG

Hospital Sultanah Maliha terletak di Bukit Tekoh, Jalan Padang Matsirat iaitu 7 km dari Pekan Kuah dan 10 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Padang Matsirat. Ia merangkumi kawasan seluas 53 hektar. Hospital Sultanah Maliha merupakan satu-satunya hospital yang terdapat di pulau ini. Tiada sebarang hospital swasta atau kerajaan yang lain disini. Penduduk pulau Langkawi berjumlah lebih kurang 110,000 orang. Terdapat 8 klinik swasta dan 3 klinik kesihatan di pulau ini.

Hospital Sultanah Maliha mula memberikan perkhidmatan mulai tahun 1915 di Pekan Kuah. Hasil dari usaha pembangunan dan taraf pulau bebas cukai satu hospital baru siap dilengkapi dengan kuarters kakitangan dan peralatan telah dibina mulai pada 09 Jun, 1993 secara ‘turnkey’ oleh Skanska Pamara JV dari Sweden dan siap sepenuhnya pada 15 November, 1995 dengan kos pembinaan sebanyak RM 72 juta. Hospital baru ini mula beroperasi dan berpindah daripada tapak asal pada 22.11.1995 dengan bilangan katil sebanyak 110. Pada 22.02.2002 hospital ini dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.

Hospital Sultanah Maliha merupakan Hospital berpakar minor dengan bidang kepakaran yang ada adalah Perubatan Am, Pembedahan Am, Otopedik, O&G, Pediatrik,Psikiatrik, Patologi, Radiologi, Anestesiologi dan Rawatan Rapi, ENT dan Kecemasan dan Trauma . Kepakaran lain yang ditawarkan di Hospital Sultanah Maliha adalah lawatan pakar dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star mengikut jadual yang ditetapkan. Kepakaran tersebut termasuklah Opthalmologi, ORL, Dermatologi, Neprologi dan Cardiology.

Terdapat 163 katil dengan 7 wad di hospital ini dengan kadar pengisian (BOR) diantara 79 - 89%. Wad-wad tersebut adalah Wad Lelaki, Perempuan, Kelas Pertama & Kedua, Kanak-Kanak, Wad Bersalin, Unit Rawatan Rapi dan Special Care Nursery.  Rawatan pesakit luar hanya terdapat di Klinik Pakar yang menerima pesakit mengikut temujanji dan Unit Kecemasan yang menerima pesakit sepanjang waktu. Hospital Sultanah Maliha juga menjalankan kes-kes yang memerlukan pembedahan dengan Dewan Bedah yang berfungsi sepanjang waktu.

Tenaga kerja di Hospital Sultanah Maliha kini diisi secara puratanya 96.36% dengan perjawatan sebanyak 550 orang dan pengisian sebanyak 530 orang. Pengisian perjawatan Hospital Sultanah Maliha adalah sebanyak  27 Pakar, 80 Pegawai Perubatan, 33 Penolong Pegawai Perubatan dan 197 Jururawat serta lain-lain skim perkhidmatan.menjadikan hospital ini sebagai hospital berpakar major. Bangunan tambahan yang baru tidak mempunyai sistem dan hanya dilengkapi dengan IT (Infra Ready).

 

 

VISI 

Hospital Sultanah Maliha sebagai peneraju kecemerlangan hospital dalam perkhidmatan kesihatan dan pelancongan kesihatan bertaraf antarabangsa, berteraskan kualiti, keselamatan dan hospitaliti profesional.

 

MISI

Hospital Sultanah Maliha komited untuk:

  • Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat, beretika dan mesra pelanggan kepada komuniti setempat serta pelancong antarabangsa.
  • Memperkukuh kepakaran, kecekapan dan infrastruktur bagi menyokong aspirasi Langkawi sebagai destinasi pelancongan kesihatan unggul.
  • Mengamalkan budaya kerja berpasukan yang profesional, inovatif dan berintegriti tinggi dalam semua aspek penyampaian perkhidmatan.
  • Membangun jaringan kolaborasi strategik dengan agensi kerajaan, industri pelancongan dan penyedia perkhidmatan kesihatan bagi memperkukuh ekosistem pelancongan kesihatan.
  • Menyokong dasar serta aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia ke arah sistem kesihatan bertaraf dunia.

 

OBJEKTIF

  • Memastikan keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan dipertingkat secara berterusan.
  • Meningkatkan kepuasan pelanggan melalui perkhidmatan yang mesra dan responsif.
  • Memperkukuh kompetensi serta kecekapan tenaga kerja secara berterusan.
  • Memastikan pematuhan kepada piawaian MSQH dan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Mengoptimumkan teknologi dan sumber bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan. Budaya Kerja HSM: S.M.I.L.E — Selamat, Mesra, Integriti, Lestari, Eksklusif. #HospitalitiYangMenyembuh

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Logo Rasmi HSM

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Maliha,
Bukit Tekuh,
Jalan Padang Matsirat,
07000 Langkawi, Kedah Darulaman

Tel : 04-9663333 
E-mel : hlangkawi@moh.gov.my

JUMLAH PENGUNJUNG

029931
Today: 44
This Week: 44
This Month: 907