PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) adalah salah satu unit di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Penubuhan UHEI adalah sebagai salah satu mekanisme ke arah memperkasa perkhidmatan keagamaan dari sudut rohani dan jasmani selaras dengan syariat Islam. UHEI bertanggungjawab dalam melaksanakan program-program dan aktiviti- aktiviti Hal Ehwal Agama Islam kepada pesakit, waris dan kakitangan di peringkat hospital. Tujuan diwujudkan UHEI di hospital adalah untuk menyampaikan dakwah secara mudah dan berkesan kepada kakitangan dan pesakit melalui modul yang berkaitan.
ORGANISASI & PENGURUSAN
- Halatuju
Visi
Menyediakan perkhidmatan ke arah membina pembangunan insan yang syumul dari sudut fizikal, mental dan spiritual.
Misi
Memberi perkhidmatan pengurusan Hal Ehwal Islam yang penuh berhemah dan berhikmah kepada semua kakitangan dan pesakit.
Objektif
- Memantapkan pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap supaya nilai-nilai murni dan etika Islam dapat diterapkan kepada kakitangan, pesakit dan keluarga di peringkat hospital.
- Memberi latihan Hal Ehwal Islam kepada kakitangan bagi memperkasakan aspek pembangunan diri ke arah pembentukan akhlak yang mulia, berwibawa, berkualiti, profesional, berketerampilan, dedikasi dan berhikmah di peringkat hospital.
- Menganjurkan program-program pembangunan insan di peringkat hospital untuk melahirkan kakitangan dan pesakit muslim mukmin yang benar-benar memahami kandungan ajaran Islam dan dapat dipraktikkan.
- Menyediakan ruang perkongsian maklumat, kemahiran dan kepakaran yang berkaitan Hal Ehwal Islam untuk rujukan kepada kakitangan dan pesakit di peringkat hospital.
Piagam Pelanggan
- Memastikan pesakit atau waris mendapat khidmat bimbingan ibadah pesakit (Islam) secara berkala sekurang-kurangnya 2 orang di wad pada setiap minggu.
- Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada kakitangan / pesakit / waris yang dirujuk sekurang-kurangnya 30 minit bagi seorang individu.
Skop Perkhidmatan
- Perkhidmatan kepada hospital;
- Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital.
- Bertanggungjawab mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah di hospital.
- Perkhidmatan kepada kakitangan;
- Merancang aktiviti-aktiviti Pembangunan Insan kepada kakitangan.
- Menyelaraskan program-program latihan serta melaksanakan program penerapan nilai-nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti.
- Melaksanakan khidmat nasihat kepada kakitangan yang dirujuk.
- Perkhidmatan kepada pesakit dan waris;
1. Perkhidmatan berkaitan Hal Ehwal Islam kepada pesakit dan waris.
- Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit dan waris.
- Mengadakan aktiviti ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit.
- Memantau pelaksanaan azan dan iqamah kepada bayi yang baru lahir.
- Mengawal selia pengurusan jenazah Islam
- Memberi khidmat nasihat kepada pesakit saudara baru yang dirujuk.
2. Menyediakan bahan penerbitan berunsurkan Islam seperti berikut:Adab Menziarahi Pesakit
- Adab Menziarahi Pesakit
- Panduan Solat Pesakit
- Panduan Tayammum
- Panduan Wuduk (Water Spray)
- Panduan Solat Wanita Hamil
- Amalan Persediaan Menghadapi Kelahiran
- Anak Tidak Sah Taraf dari Sudut Syarak
- Tanggungjawab Bapa Kepada Anak Selepas Kelahiran
- Wanita & Darah
- Peranan Waris Menghadapi Pesakit Nazak
- Etika Bedah Siasat Menurut Islam
- Doa Harian Pesakit
