JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI

Unit Obstretrik dan Ginekologi secara umumnya memberi perkhidmatan penjagaan ibu hamil dan rawatan sakit puan bagi penduduk-penduduk Langkawi. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Obstetrik dan Ginekologi UD52 dan dibantu oleh 2 orang Pegawai Perubatan UD44, 2 orang Ketua Jururawat U32, 16 orang Jururawat Terlatih U29, 20 orang Jururawat Masyarakat U19, 1 orang Bidan U11 dan 6 Pembantu Perawatan Kesihatan U3.

OBJEKTIF

  • Menjalankan Aktiviti Klinik Pakar dan Pembedahan

    Hari Aktiviti Masa
    Ahad Klinik Antenatal 9.00 pagi – 12.15 tengahari
    Klinik Epau / Tvs 3.00 ptg – 5.00 ptg
    Isnin Pembedahan 9.00 pagi – 3.00 ptg
    Selasa Klinik Ginekologi 9.00 pagi – 1.00 ptg
    Rabu Klinik Antenatal Dan Postnatal 9.00 pagi – 1.00 ptg
    Klinik Epau / Tvs 3.00 ptg – 5.00 ptg
    Khamis Pembedahan 9.00 pagi – 3.00 ptg
  • Memberi rawatan pesakit dalam wad. Ini meliputi pesakit ante-natalpost-natal dan ginekologi yang memerlukan rawatan di dalam wad.
  • Penjagaan proses ibu bersalin dan menyambut kelahiran di bilik bersalin.
  • Menjalankan pembedahan obstetrik dan ginekologi.
  • Memberi pendidikan kesihatan kepada ibu-ibu.
  • Latihan kepada kakitangan untuk meningkatkan kemahiran kakitangan.
  • Memberi rawatan kemoterapi kepada pesakit ginekologi dalam kes-kes tertentu.

Logo Rasmi HSM

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Maliha,
Bukit Tekuh,
Jalan Padang Matsirat,
07000 Langkawi, Kedah Darulaman

Tel : 04-9663333 
E-mel : hlangkawi@moh.gov.my

JUMLAH PENGUNJUNG

029931
Today: 44
This Week: 44
This Month: 907