UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN

PENGENALAN

Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) merupakan salah sebuah unit di bawah Bahagian Kesihatan Bersekutu. Unit ini memberi perkhidmatan dalam membantu para pesakit khususnya bagi aspek psikososial dan sosioekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang proaktif dan boleh berdikari, sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit atau masalah yang dihadapi.

 

OBJEKTIF

1.Memberi perkhidmatan sosial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.

2.Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.

3.Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.

4.Mengenalpasti sumber-sumber yang terdapat di dalam dan di luar komuniti yang boleh memanfaatkan pemulihan klien.

 

VISI

Unit Kerja Sosial Perubatan akan menjadi pusat rawatan psikososial yang mampu memantapkan jiwa pesakit agar lebih berkeyakinan terhadap kewibawaan dan keupayaan diri supaya dapat kembali berfungsi dalam masyarakat.

MISI

Untuk meningkatkan kesejahteraaan hidup pesakit dan membantu pesakit memenuhi keperluan sosial demi mewujudkan suasana yang kondusif.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


Perkhidmatan kerja sosial perubatan memberi penekanan kepada membantu pesakit memulihkan dan memaksimakan kefungsian sosial pesakit selaras dengan keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit. Perkhidmatan yang diberikan berdasarkan rujukan dari Pegawai Perubatan. Terdapat dua (2) jenis bantuan iaitu bantuan terapi sokongan dan bantuan praktik. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:-

 

Bantuan Terapi Sokongan:

  • Khidmat Perundingan
  • Sokongan Emosi
  • Intervensi Krisis

Bantuan Praktik:

  • Pembiayaan Peralatan Perubatan
  • Bantuan Pembiayaan Rawatan
  • Bantuan Am
  • Penempatan Institusi
  • Mengesan waris

Logo Rasmi HSM

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Maliha,
Bukit Tekuh,
Jalan Padang Matsirat,
07000 Langkawi, Kedah Darulaman

Tel : 04-9663333 
E-mel : hlangkawi@moh.gov.my

JUMLAH PENGUNJUNG

029931
Today: 44
This Week: 44
This Month: 907