UNIT KEWANGAN & HASIL

Unit Kewangan bertanggungjawab untuk merancang dan mengawal segala perbelanjaan dengan teratur dan kemaskini. Peruntukan tahunan yang telah diluluskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah melalui program utama iaitu Program Pengurusan, Perubatan dan Dasar Baru/One-Off kemudiannya dipantau melalui prestasi perbelanjaan bulanan.

Selain daripada menguruskan kewangan, bahagian ini bertanggungjawab dalam menguruskan kutipan hasil bagi pesakit dalam dan pesakit luar serta menguruskan pendaftaran kemasukan pesakit ke wad pada waktu pejabat. Segala urusan berkaitan kutipan dan kemasukan ke wad juga dijalankan di Kaunter Pendaftaran Unit Kecemasan yang beroperasi pada 24 jam.

Terdapat tiga (3) pegawai Pembantu Tadbir (Kew) yang bertugas di kaunter Unit Hasil yang menguruskan kutipan hasil serta pendaftaran pesakit pada waktu pejabat termasuk waktu rehat. Selain menguruskan kutipan hasil unit ini juga berfungsi untuk menyediakan laporan-laporan kutipan hasil serta tunggakan serta mengemukakan surat peringatan kepada pemiutang-pemiutang bil hospital. Proses hapuskira juga dikemukakan ke Bahagian Akaun, KKM untuk kelulusan setiap tahun.

Logo Rasmi HSM

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Maliha,
Bukit Tekuh,
Jalan Padang Matsirat,
07000 Langkawi, Kedah Darulaman

Tel : 04-9663333 
E-mel : hlangkawi@moh.gov.my

JUMLAH PENGUNJUNG

029931
Today: 44
This Week: 44
This Month: 907