UNIT FORENSIK

PENGENALAN

Unit Perubatan Forensik adalah salah satu unit yang diwujudkan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Unit ini terletak di aras dua berhampiran dengan dewan bersalin san Unit Sajian & Dietetik. Unit ini mula beroperasi pada tahun 1995.

Perkhidmatan Perubata Forensik merangkumi bidang Perubatan Forensik dan Sains Forensik. Bidang Perubatan Forensik pada masa mini dikendalikan oleh pakar Patologi Forensik di bawah Jabatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia, manakala bidang Sains Forensik pula dikendalikan oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Bidang Perubatan Forensik boleh dibahagikan kepada 2 pengkhususan iaitu:

  • Patologi Forensik : Melibatkan pemeriksaan mayat bagi kes-kes medicolegal dan

  kes-kes klinikal

  • Forensik klinikal : Melibatkan pemeriksaan perubtaan pesakit yang masih hidup,

  yang terlibat dalam kes polis.

 

VISI, MISI & OBJEKTIF

  • VISI

Memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, merangkumi perkhidmatan siasatan mediko-legal yang professional, adil dan saksama tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dengan berlandaskan kepada peruntukan-peruntukan yang ada di dalam Undang-undang Negara Malaysia, dan perkhidmatan pengurusan mayat yang cekap dan amanah.

  • MISI

Melaksanakan perkhidmatan dengan berlandaskan kepada peruntukan-peruntukan yang ada di dalam Undang-undang Negara Malaysia, dan kepada ciri-ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia

  • OBEJKTIF UNIT

Matlamat utama Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Maliha adalah memberi perkhidmatan pengurusan mayat yang cekap dan meningkatkan mutu perkhidmatan forensik mengikut pendekatan-pendekatan berikut:

  • Penekanan khusus diberi kepada penggunaan protokol-protokol
  • Memastikan setiap kakitangan yang terlibat di dalam perkhidmatan forensik mempunyai tahap pengetahuan dan kebolehan teknikal forensic yang baik.
  • Memastikan semua pemeriksaan postmortem dijalankan dalam suasana yang selamat dan
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan m

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Semua mayat akan diserahkan kepada waris tidak lewat daripada 3 jam setelah mayat tersebut diterima oleh rumah mayat dengan syarat ada pihak waris untuk menerima mayat ketika itu dan pemeriksaan bedah siasat tidak diperlukan dan bukan kes penyakit berjangkit (biohazard)
  • Semua pemeriksaan bedah siasat mediko –legal akan dilakukan dalam tempoh 24 jam setelah arahan bedah siasat diterima daripada pihak

 

SKOP PERKHIDMATAN

Penerimaan dan Penyimpanan Mayat/Anggota Badan

  • Individu yang meninggal di hospital.
  • Individu yang   meninggal  ditempat  lain  dan  dibawa  ke  hospital  untuk siasatan dan  bedah siasat.

 

Penyerahan Mayat / Anggota Badan

  • Penyerahan Mayat yang dituntut kepada waris atau pihak yang berhak menerimanya.
  • Penyerahan mayat  yang  tidak dituntut kepada Jabatan Agama Islam / badan-badan keagamaan selepas dilapor kepada polis serta diiklankan diakhbar dan tamat tempoh yang

 

Pengendalian Bedah Siasat

  • Bedah siasat untuk kes Medikolegal setelah mendapat permohonan / arahan dari Polis atau
  • Bedah siasat Klinikal yang  diminta oleh pakar  yang disetujui oleh  

 

ORGANISASI

    • Struktur Organisasi Dan Pengurusan Unit
  • Diketuai oleh Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai  Perubatan U32,
  • Penolong Pegawai   Perubatan  U29 dan Pembantu Perawatan Kesihatan U11.
  • Organisasi juga dibantu oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dari Jabatan/Unit lain bagi tugasan atas panggilan berdasarkan jadual tugas atas panggilan yang telah disediakan.
  • Bertangungjawab terhadap Unit Perubatan Forensik termasuk mengurus, merancang dan memberi khidmat nasihat  kepada anggota

(Carta organisasi seperti ‘Lampiran A’

 

Hubungan dengan Jabatan / Unit Lain

i.Unit ini berhubung terus dengan semua jabatan / wad-wad yang berkaitan dengan urusan mayat dan Perkhidmatan Perubatan Forensik adalah :

  • Pengambilan
  • Pengendalian bedah siasat.
  • Pengendalian spesimen ke
  • Siasatan pengimejan dan
  • Laporan bedah
  • Urusan penghantaran

 

ii.Isu-isu yang tidak dapat diselesaikan akan dibawa ke mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Hospital.

  • Hubungan Luaran

Jabatan ini berhubung terus dengan agensi yang berkenaan seperti berikut:

  • Pengendalian kes-kes berjangkit –Pejabat Kesihatan Daerah
  • Bedah siasat -Polis
  • Pengurusan mayat tidak dituntut - badan-badan agama,

 

KEMUDAHAN PERALATAN

1.Kemudahan

  • Peti sejuk mayat (Body Chiller)
  • Peti sejuk mayat berjumlah 6 ruang
  • 2 ruang untuk mayat
  • 2 ruang untuk mayat bukan
  • 2 ruang untuk mayat reput
  • 14 ruang untuk bencana - kontena

2.Bilik Bedah Siasat

  • Bilik Bedah siasat mayat
  • Bilik Bedah siasat mayat bukan
  • Bilik Bedah siasat mayat reput

3.Bilik Mengurus mayat

  • 1 bilik – menguruskan mayat
  • 1 bilik – menguruskan mayat bukan

4.Tempat Menunggu

  • Ruang menunggu
  • Kerusi

5.Bilik Runding Cara

  • meja
  • Kerusi

 

POLISI OPERASI DAN PROSEDUR

Waktu operasi 

Waktu Pejabat                                  : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Selepas Waktu Pejabat                  : 1 orang Pegawai Perubatan, 1 orang Penolong Pegawai Perubatan dan 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan bertugas atas panggilan (on call) 24 jam.

  • Penerimaan mayat dari wad
    • Semua kematian di dalam wad hendaklah ditandakan dengan tag mayat warna putih untuk kes kematian biasa dan warna merah untuk kes mediko-legal sebelum dihantar ke Unit Forensik
    • Permit menguburkan, dokumen JPN 09 dan JPN LM02 perlu diisi dengan lengkap, ditandatangani dan di cop oleh Pegawai Perubatan yang mengesahkan kematian di wad sebelum mayat di bawa ke Unit Forensik.
    • Bagi kematian kes polis di wad, semua dokumen dan permit menguburkan perlu dihantar bersama mayat ke Unit Forensik. Dokumen JPN LM02 dan dokumen JPN LM10 akan ditandatangani oleh Pegawai Perubatan yang melakukan bedah siasat di Unit Forensik untuk kes-kes yang memerlukan bedah siasat.
    • Semua kematian hendaklah dimaklumkan kepada petugas Unit Forensik selepas disahkan mati oleh Pegawai Perubatan.
    • Penghantaran mayat ke Unit Forensik hendaklah dilakukan dalam masa 1 jam selepas kematian disahkan oleh Pegawai Perubatan.
    • Sekiranya mayat tidak dituntut lebih daripada 2 jam setelah mayat diterima oleh Unit Forensik, maka mayat tersebut hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan tag mayat kecil diletakkan diruang label peti sejuk.
    • Semua Salinan Permit Menguburkan, dokumen perakuan Pegawai Perubatan mengenai sebab-sebab kematian (kematian biasa) JPN LM09, dokumen perakuan Pegawai Perubatan mengenai mengenai sebab-sebab kematian (Post Mortem) JPN LM10 dan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti dokumen pengendalian mayat dan dokumen Laporan Kematian di wad/unit hendaklah disimpan di Pejabat Rekod Perubatan sekurang-kurangnya selama 7 tahun.
    • Semua maklumat mengenai kes mediko-legal mestilah disimpan secara sulit.
    • Permit Menguburkan akan dikeluarkan untuk anggota badan dan fetus yang kurang dari 24 minggu atau kurang dari 500 gram sahaja.
    • Dokumen pengkebumian mestilah diisi, dikemaskini, ditandatangani dan dicop oleh Pegawai

 

  • Brought In Death (BID) mayat yang dibawa mati dari luar hospital
    • Brought In Death (BID) adalah merujuk kepada kes samada mati dalam perjalanan ke hospital ataupun dibawa mati oleh pihak polis ke hospital.
    • Semua kes BID yang tiba di Jabatan Kecemasan, Pegawai Perubatan jabatan tersebut wajib melaporkan kepada pihak polis.
    • Semua kes BID dari Jabatan Kecemasan hendaklah ditagkan sebelum dihantar ke Unit Forensik.
    • Bagi kes BID yang bukan mediko-legal, Permit Menguburkan hendaklah dikeluarkan oleh pihak polis.
    • Bagi kes BID mediko-legal, Pakar Perubatan Forensik / Pegawai Perubatan akan keluarkan Permit Menguburkan selepas pemeriksaan bedah siasat dilakukan.
    • Semua kes BID mediko-legal, bedah siasat akan dilakukan selepas menerima dokumen permintaan pemeriksaan mayat (POL 61) daripada pihak polis.
    • Semua kes BID hendaklah di daftar di Jabatan Kecemasan tetapi dikeluarkan melalui Unit Perubatan Forensik.

 

  • Penyerahan Mayat Kepada Waris
    • Penuntut mayat (waris) adalah ditentukan mengikut garis panduan yang diluluskan oleh KKM iaitu saudara mara, kawan, majikan, kedutaan dan pihak yang berkenaan.
    • Pengendalian mayat hendaklah dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.
    • Semua mayat hanya boleh dikeluarkan melalui Unit Perubatan Forensik.
    • Mayat hanya boleh dikeluarkan setelah dilakukan pengecaman dan identitinya dikenal pasti oleh waris yang menuntut mayat tersebut.
    • Permit Menguburkan, Dokumen daftar kematian JPN LM02 dan dokumen Perakuan Pegawai Perubatan Mengenai Sebab-sebab Kematian (Post Mortem) JPN LM10 akan diserahkan kepada waris apabila mayat diserahkan kepada waris di Unit Forensik.
    • Maklumat mayat dan waris akan diisi didalam Buku Daftar Bilik Mayat.
    • Salinan Permit Menguburkan, dokumen Pengendalian Mayat dan Dokumen Perakuan Pegawai Perubatan Mengenai Sebab-sebab Kematian (Post Mortem) JPN LM10 akan disimpan di Pejabat Rekod Perubatan sekurang-kurangnya selama 7 tahun.
    • Semua tag mayat akan dilupuskan selepas mayat diserahkan kepada waris.

 

  • Penyerahan Mayat yang Tidak Dituntut Meninggal Di Dalam Hospital
    • Bagi pesakit yang meninggal di dalam wad tetapi diketahui identitinya, kakitangan wad wajib memaklumkan kepada polis dan membut persediaan yang patut untuk membuat kenyataan akhbar.
    • Masa diberi 2 minggu bagi mayat non muslim dan 3 hari bagi mayat muslim selepas kenyataan akhbar disiarkan bagi waris menuntut mayat tersebut. Selepas dari tarikh tersebut mayat akan diuruskan sebagai mayat yang tidak dituntut.

 

 

  • Penyerahan Mayat Tidak Dituntut Di Bawa Mati (BID)
    • Bagi mayat yang tidak diketahui identitinya yang dibawa mati, kakitangan Jabatan Kecemasan wajib memaklumkan kepada pihak polis.
    • Kenyataan akhbar akan dibuat oleh polis.
    • Masa diberi 2 minggu bagi mayat non muslim dan 3 hari bagi mayat muslim selepas kenyataan akhbar disiarkan bagi waris menuntut mayat tersebut. Selepas dari tarikh tersebut mayat akan diuruskan sebagai mayat yang tidak dituntut.

 

  • Penyerahan Mayat Untuk Dihantar Keluarga Negara (Exporting Bodies)
    • Penuntut mayat (waris) adalah ditentukan mengikut garis panduan yang diluluskan oleh KKM iaitu saudara mara, kawan, majikan, kedutaan dan pihak yang berkenaan.
    • Pengendalian mayat hendaklah dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.
    • Dokumen penyerahan mayat keluar negara hendaklah dikendalikan sendiri oleh waris termasuklah kelulusan dari pihak berkuasa tempatan, kedutaan, pihak berkuasa kesihatan tempatan/pejabat kesihatan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
    • Mayat hanya akan diserahkan selepas dokumen diperiksa dan disahkan untuk eksport selesai dan lengkap.
    • Permit Menguburkan, Dokumen daftar kematian JPN LMO2 dan Dokumen Perakuan Pegawai Perubatan Mengenai Sebab-sebab kematian (Postmortem) JPN LM10 akan diserahkan kepada waris apabila mayat diserahkan kepada waris di Unit Forensik.

 

  • Bedah Siasat (Post Mortem) Bagi Kes Medikolegal
    • Bedah siasat (Postmortem) bagi kes medicolegal hanya dapat dilakukan selepas menerima dokumen permintaan bedah siasat (Polis 61) dari pihak polis.
    • Kebenaran (consent) daripada waris TIDAK DIPERLUKAN bagi kes medicolegal.
    • Polis hendaklah hadir semasa bedah siasat medikolegal dijalankan.
    • Spesimen bagi kes bedah siasat medikolegal yang di ambil hendaklah diserahkan kepada polis dengan segera.
    • Laporan lengkap bedah siasat akan disimpan di Pejabat Rekod Perubatan.
    • Semua permintaan untuk mendapatkan laporan lengkap bedah siasat hendaklah dibuat melalui Pejabat Rekod Perubatan.

 

  • Pengendalian Spesimen Bedah Siasat
    • Bagi pengendalian spesimen bedah siasat medikolegal, rantaian penyerahan spesimen (chain of custody) hendaklah dititik beratkan. Polis bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghantar spesimen ke Jabatan Kimia.
    • Segala dokumen spesimen dan maklumat penerima hendaklah jelas. Polis hendaklah menandatangani dokumen yang berkaitan sebagai saksi.

 

  • Penyimpanan Mayat
    • Penyimpanan mayat untuk sementara adalah atas permintaan waris bagi kematian di hospital dan BID.
    • Mayat warganegara asing akan disimpan di Unit Perubatan Forensik sehingga tarikh untuk di eksport sementara menunggu kelulusan pihak kedutaan.
    • Mayat yang tiada waris akan disimpan di dalam peti bagi tempoh yang tertentu.
    • Tag mayat akan ditampalkan pada pintu peti sejuk.
    • Pastikan suhu peti sejuk tidak kurang dari 2°C dan tidak lebih dari 8°
    • Masa diberi 2 minggu bagi mayat nonmuslim dan 3 hari bagi mayat muslim. Selepas dari tarikh tersebut mayat akan diuruskan sebagai mayat yang tidak dituntut setelah surat arahan dari pihak polis dikeluarkan.

 

  • Pengendalian Mayat Berisiko Tinggi (High Risk Body)
    • Mayat berisiko tinggi (biohazard/communicable disease) hendaklah dimasukkan ke dalam beg mayat (cadaver bag) bersama tag mayat dan tag biohazard sebelum dihantar ke Unit Forensik.
    • Kakitangan wad/unit wajib memaklumkan kepada Unit Forensik jika ada kes yang berisiko tinggi.
    • Semua kes kematian berisiko tinggi hendaklah dinotifikasikan ke Pejabat Kesihatan oleh kakitangan wad/unit.
    • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran hendaklah menyelia semasa pengurusan mayat dan menandatangani dokumen.
    • Pengendalian kematian berisiko tinggi hendaklah dilakukan mengikut garis panduan KKM (Standard Operating Procedure for Potential Infectious Disease 204)
  • Pengendalian Anggota Badan
    • Semua anggota badan yang diterima di Unit Perubatan Forensik akan diserahkan kepada waris selepas didaftarkan.
    • Permit menguburkan yang telah diisi, ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan akan diserah bersama anggota badan semasa tuntutan dibuat.
    • Anggota badan yang dibawa oleh polis hanya boleh diserahkan selepas bedah siasat dijalankan.
    • Anggota badan (nonmuslim) yang tidak dituntut selepas 2 minggu akan dikendalikan sebagai sisa-sisa klinikal (clinical waste)
    • Anggota badan (muslim) yang tidak dituntut selepas 2 minggu akan dikapankan mengikut garis panduan Jabatan Agama Islam.
    • Pengendalian anggota badan berisiko tinggi hendaklah dilakukan mengikut garis panduan KKM.

 

  • Pengendalian Permintaan Untuk Postmortem Klinikal
    • Klinikal postmortem hanya dapat dilakukan setelah perbincangan pakar disiplin berkenaan dengan waris dan mendapat kebenaran waris secara bertulis.
    • Kebenaran bertulis itu mesti menerangkan secara terperinci tentang anggota badan yang hendak diperiksa atau diambil.
    • Hanya Pakar Patologi/Pegawai Perubatan disiplin berkenaan berhak membuat klinikal postmortem.
    • Draf asal klinikal postmortem mesti disimpan di Pejabat Rekod Perubatan secara sulit. Dokumen ini tidak boleh diserahkan kepada mana-mana pihak selain daripada jabatan terbabit sahaja.

 

Polisi Lain Yang Berkaitan

    • Perkhidmatan Domestik / Pembersihan
      • Pihak Hospital Support Service (HSS) bertanggungjawab menjalankan kerja pembersihan di jabatan.

 

  • Perkhidmatan Linen Dan Dobi
    • Linen yang bersih haruslah dibekalkan mengikut jadual.
    • Sekiranya linen di unit tidak mencukupi, kakitangan jabatan akan menghubungi pihak laundry untuk menghantar bekalan linen.
    • Linen kotor akan diletakkan di dalam beg merah jika terkena sesuatu yang mungkin berbahaya atau berjangkit seperti darah dan beg putih untuk kotoran biasa.
    • Linen kotor akan diambil mengikut jadual atau apabila penuh.
    • Perjalanan linen bersih dan kotor haruslah mengikut laluan yang telah dirancang.

 

  • Kawalan Infeksi
    • Semua anggota harus mengamalkan Standard Precaution untuk mengelak jangkitan kuman, Cross Infection. Ini merangkumi amalan cuci tangan dengan langkah-langkah yang telah ditetapkan.
    • Pembungkusan dan pengasingan kain yang dikhuatiri dijangkiti kuman haruslah diurus dengan serta merta mengikut klasifikasi warna pembungkusan lain.
    • Rujuk buku “Guideline on the control of Hospital Acquired” dan “Disinfection and Sterilization Policy and Practice Ministry of Health Malaysia 2002” (revised) dan “Polisi Kawalan Infeksi Hospital Sultanah Maliha”

 

  • Keselamatan

Semua pintu dan tingkap dikunci setelah tamat waktu bekerja dan kunci dipegang oleh Ketua Jabatan atau kakitangan yang diarah.

 

PROSEDUR PENGURUSAN MAYAT UNTUK KES KEMATIAN COVID-19 DI WAD DAN JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA, HOSPITAL SULTANAH MALIHA

 Prosedur Last Office (LO)

  • Staf-staf yang terlibat dengan prosedur ini hendaklah memakai PPE yang lengkap – penutup kepala, N95 mask, face shield (visor), double gloves, blue gown, boots dan boot covers.
  • Lapisan pertama: Mayat hendaklah dibalut dengan bed sheet tanpa menutupi bahagian muka si mati untuk membolehkan pengecaman mayat dilakukan di Unit Forensik.
  • Muka ditutup dengan draw sheet yang direndam di dalam larutan sodium hypochloride 5%.   
  • Lapisan kedua: Mayat diletakkan ke dalam body bag yang pertama.
  • Lapisan ketiga: Mayat diletakkan ke dalam body bag yang kedua dan permukaan luar body bag ini perlu dilap dengan gauze yang direndam di dalam larutan sodium hypochloride 0.5%.

 

*Body bags dibekalkan oleh Unit Forensik

Prosedur Membawa Mayat ke Unit Forensik

  • PPK yang terlibat perlu memakai PPE yang lengkap – penutup kepala, N95 mask, face shield (visor), double gloves, blue gown dan shoe covers.
  • Mayat dibawa ke lif berhampiran Jabatan Radiologi. Mayat akan dibawa menggunakan van jenazah ke Unit Forensik.

Prosedur Pengecaman dan Pengurusan Mayat di Jabatan Forensik

  • Pengecaman mayat HANYA akan dilakukan oleh seorang waris terdekat sahaja.
  • Waris hendaklah memakai N95 mask dan white sleeveless gown (dibekalkan oleh Jabatan Forensik).
  • Hanya bahagian muka sahaja akan dibuka ketika pengecaman.
  • Setelah pengecaman dilakukan, body bag akan ditutup semula dan proses pengurusan mayat akan dilakukan mengikut tatacara pengurusan mayat biohazard.

Logo Rasmi HSM

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Maliha,
Bukit Tekuh,
Jalan Padang Matsirat,
07000 Langkawi, Kedah Darulaman

Tel : 04-9663333 
E-mel : hlangkawi@moh.gov.my

JUMLAH PENGUNJUNG

029930
Today: 43
This Week: 43
This Month: 906