PENGENALAN
Unit Hemodialisis Hospital Sultanah Maliha merupakan pusat rawatan Hemodialis yang pertama dan satu-satunya yang beroperasi di Pulau Pelancongan ini. Unit ini memberi rawatan dialisis kepada pesakit dan juga kepada pelancong dari dalam dan luar negara selaras dengan status pulau pelancongan yang terkenal di peta dunia.
Unit Haemodialisis Hospital Sultanah Maliha memberikan perkhidmatan Day Care kepada pesakit yang memerlukan rawatan dialysis iaitu sekali rawatan adalah selama empat jam. Tiga sesi rawatan dijalankan setiap hari dari jam 7.00 hingga 9.00 malam. Ianya terletak di penjuru hujung Hospital Langkawi, ke arah Timur dari pintu pakar masuk hospital, bersebelahan dengan Pejabat Khidmat Sokongan Hospital (Edgenta medi Serve).
Unit ini beroperasi dari tahun 2002. Pada tahun 2007, penambahan bangunan telah dibuat dengan sambungan yang sedia ada untuk kawasan rawatan dialisis seluas 71.82 meter persegi iaitu di belakang unit sekarang dimana dapat menampung mesin sebanyak 6 buah dan beroperasi awal tahun 2008. Sehingga 2023, unit ini beroperasi dengan jumlah 21 buah mesin dan dapat memberi perkhidmatan kepada 63 pesakit(pelanggan) semasa yang disebut sebagai Centre Patient HD sehari.
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan rawatan buah pinggang kepada pesakit-pesakit di sekitar Pulau Langkawi mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
- Memberi perkhidmatan rawatan Hemodialisis kepada pesakit-pesakit yang dirujuk oleh Unit Dialysis lain atau Pusat Rawatan Swasta.
- Memberi rawatan Hemodialisis serta melakukan Pre Renal Transplan Preparation sebagai langkah awal untuk persediaan Pembedahan Pemindahan Buah Pinggang yang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur.
- Memberi perkhidmatan rawatan Acute Haemodialisis kepada kes-kes kecemasan dari wad-wad Hospital Langkawi sepertimana yang dipohon oleh doktor wad.
- Memberi perkhidmatan kepada pelanggan dialysis yang telah menempah slot rawatan dialysis 2 minggu sebelum kedatangan ke Langkawi samaada melancong atau mengadakan kursus di Langkawi. Slot rawatan pesakit berdasarkan kekosongan dan ianya terhad.
TUGAS UTAMA
- Melaksanakan prosidur harian dialysis yang berjadual terhadap pengidap ESRF/ yang telah didaftarkan.(Centre Pt”s HD)
- Menjalankan dialysis kepada pesakit dalam (wad) atau acute case sepertimana yang dipohon oleh doktor.
- Menerima dan memberi perkhidmatan kepada Pesakit ESRF yang telah menempah slot rawatan HD semasa mereka datang melancong atau berkursus di Langkawi .
