UNIT OFTALMOLOGI

Unit Oftalmologi Hospital Langkawi diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan UD 44, dibantu oleh seorang PPP U29 dan seorang Jururawat U29 . Klinik Oftalmologi di Klinik Pakar beroperasi pada setiap bulan (sebulan sekali). Lawatan Pakar Oftalmologi daripada Hospital Sultanah Bahiyah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Setiap bulan pada Hari selasa dalah Pre-Operation Clinic. Hari Rabu adalah Operation Day dan hari Khamis adalah Post Operation Clinic.

FUNGSI

  • Rawatan pesakit dalam (Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad Kelas 1 & 2 dan Unit Perawatan Rapi)
    • Rondaan wad setiap hari (termasuk hujung minggu dan cuti am) oleh pegawai perubatan dan pakar perubatan untuk merawat pesakit oftalmologi dan pesakit yang dirujuk oleh unit lain.
    • Merujuk pesakit ke Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah jika perlu.
    • Memberitahu kepada pesakit mengenai penyakit mereka serta rawatan yang sedang diberikan.
    • Merujuk pesakit kronik untuk diberikan kaunseling yang berkenaan.
    • Pakar Oftalmologi akan memberikan pembelajaran di sisi katil pesakit kepada pegawai perubatan, paramedik dan jururawat.
  • Waktu beroperasi:
    • Setiap hari Selasa (Pre-Operation Clinic)
    • Rabu (Operation Day)
    • Khamis (Post-Operation Clinic) (kecuali cuti am) sebulan sekali.
  • Rawatan Luar
    • Menjalankan Klinik Oftalmologi Bersama doktor pakar sebulan sekali.
    • Menjalankan Klinik Oftalmologi oleh pegawai perubatan sebulan sekali.
  • Pembedahan
    • Melakukan pembedahan seperti Cataract dan sebagainya di Hospital Langkawi sebulan sekali oleh Pakar Oftalmologi dari Hospital Sultanah Bahiyah.

Logo Rasmi HSM

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Maliha,
Bukit Tekuh,
Jalan Padang Matsirat,
07000 Langkawi, Kedah Darulaman

Tel : 04-9663333 
E-mel : hlangkawi@moh.gov.my

JUMLAH PENGUNJUNG

029931
Today: 44
This Week: 44
This Month: 907