UNIT REHABILITASI DAN PERKHIDMATAN PEMULIHAN CARA KERJA

PENGENALAN

Perkhidmatan Rehabilitasi adalah suatu bidang kepakaran perubatan yang bertanggungjawab menguruskan keadaan ketidakupayaan pesakit akibat komplikasi kesihatan secara menyeluruh. Hal ini dapat dicapai dengan menggunakan pendekatan kepakaran yang melibatkan perkhidmatan pemulihan daripada Unit Fisioterapi dan Unit Pemulihan Cara Kerja bagi membolehkan pesakit mencapai tahap keupayaan yang optima. 

Unit Rehabilitasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i) Unit Pemulihan Cara Kerja

Menyediakan rawatan Pemulihan Cara Kerja kepada pesakit dalam dan luar yang dirujuk. Perkhidmatan ini menawarkan rawatan pemulihan untuk membantu pesakit mencapai, mengekalkan dan meningkatkan tahap kefungsian dan keberdikarian yang optima dalam aktiviti penjagaan diri, pengurusan kesihatan, rehat dan tidur, pembelajaran, pekerjaan, bermain, aktiviti masa lapang / riadah serta penglibatan sosial dalam masyarakat. Pemulihan Cara Kerja menggunakan strategi rawatan yang bersifat promotif, pencegahan dan rehabilitatif dalam memastikan pesakit mencapai tahap kualiti hidup yang baik.

ii) Unit Fisioterapi

Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi atau pemulihan fizikal kepada pesakit luar dan pesakit dalam wad yang dirujuk dari pelbagai disiplin. Bahagian pesakit luar dibahagikan kepada gimnasium, elektroterapi, terapi tangan, kesihatan wanita, pediatrik dan pendidikan pesakit. Bagi pesakit dalam wad, perkhidmatan Fisioterapi disediakan kepada kes-kes yang dirujuk oleh semua disiplin wad.

Di samping itu, perkhidmatan klinik lawatan Pakar Rehabilitasi daripada Hospital Sultanah Bahiyah juga diadakan di sini pada setiap 3 bulan sekali. Antara kondisi pesakit yang dirujuk adalah melibatkan rehabilitasi Amputasi, Kecederaan Saraf Tunjang, Strok, Trauma dan Kecederaan Otak, Neurologi Pediatrik dan lain-lain.

 

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan rehabilitasi bagi pesakit dalam serta pesakit luar dalam mencapai objektif berikut iaitu:

  • Meningkatkan tahap keberdikarian pesakit di paras kefungsian optimum bersesuaian dengan tahap ketidakupayaannya.
  • Mengurangkan kesan ketidakupayaan pesakit terhadap dirinya serta anggota keluarga pesakit yang terlibat.
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti dengan menitikberatkan kesejahteraan insan sebagai teras perkhidmatan kepada pesakit-pesakit dari pelbagai kondisi agar mereka dapat mencapai tahap keberdikarian yang maksima.
  • Meningkatkan kualiti hidup pesakit dari segi fizikal, mental dan sosial.
  • Menilai dan mengenalpasti keupayaan dan masalah berkaitan dengan aktiviti dalam kehidupan seharian dan persekitaran seseorang individu.
  • Merancang objektif rawatan jangka pendek dan jangka panjang. Perancangan haruslah sesuai dengan tahap perkembangan seseorang, minat, peranan, gaya hidup tersendiri dan persekitarannya.
  • Menggalakkan kerjasama dan kordinasi dengan ahli-ahli professional yang lain, keluarga, penjaga dan sukarelawan untuk memberi kesedaran tentang pendekatan yang menyeluruh.

 

VISI

Ke arah meningkatkan kualiti kehidupan serta tahap kefungsian optimum pesakit yang mengalami keadaan ketidakupayaan dengan menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkualiti, cemerlang serta mengutamakan pesakit.

 

MISI

Membantu pesakit yang mengalami keadaan ketidakupayaan bagi mencapai tahap kefungsian maksimum dengan menyediakan perkhidmatan yang profesional, berkualiti, serta menggunakan pendekatan secara menyeluruh di samping penerapan nilai-nilai murni dan budaya kerja yang cemerlang kepada semua pelanggan.

FUNGSI 

Menyediakan perkhidmatan yang menguruskan ketidakupayaan pesakit akibat komplikasi kesihatan melalui program pemulihan secara menyeluruh bagi membolehkan pesakit mencapai tahap keupayaan yang optima.

 

UNIT PEMULIHAN CARA KERJA

  • Menyediakan perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja kepada pesakit luar & dalam yang dirujuk.
  • Memberi rawatan pemulihan untuk membantu pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima dalam aspek penjagaan diri, pengurusan kesihatan, tidur/rehat, pembelajaran, pekerjaan, bermain, aktiviti masa lapang / riadah dan penglibatan sosial dalam masyarakat.
  • Membuat penilaian serta merancang / melaksanakan program intervensi secara berstruktur dan menyeluruh (merangkumi aspek fizikal, psikologikal dan sosial) yang dipadankan mengikut keperluan setiap pesakit.
  • Memberi pendidikan tentang program rawatan pemulihan di rumah kepada pesakit dan keluarga.
  • Menjalankan penilaian dan lawatan ke rumah, tempat kerja atau sekolah pesakit sekiranya perlu.
  • Menjalankan aktiviti kualiti secara berterusan di peringkat unit seperti KPI, Pemantauan Objektif Kualiti, Kajian Kepuasan Pelanggan dan lain-lain.
  • Memberikan ceramah serta melibatkan diri dengan program anjuran hospital / agensi luar / NGO.

UNIT FISIOTERAPI

  • Memberi perawatan kepada pesakit dalam dan luar Fisioterapi setelah dirujuk.
  • Memberi laporan maklumbalas kepada Pakar Perubatan / Pegawai Perubatan yang merujuk.
  • Mendokumentasikan perawatan pesakit mengikut format yang telah ditetapkan (kad pesakit / web based).
  • Memberikan khidmat nasihat kepada pesakit / waris pesakit untuk perawatan senaman di rumah.
  • Melaksanakan tugas panggilan berjadual yang telah ditetapkan.
  • Memberi ceramah dan latihan yang berkaitan dengan bidang Fisioterapi.
  • Menyediakan dan menganalisa data berkaitan Fisioterapi iaitu statistik, NIA / KPI / PI, pemantauan Objektif Kualiti, Laporan Tahunan dan lain-lain di peringkat unit.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti rehabilitasi yang dianjurkan peringkat hospital atau pakar dari pelbagai disiplin.
  • Melakukan tugas-tugas bukan klinikal dan pengurusan unit.

 

PERKHIDMATAN PEMULIHAN CARA KERJA

 

PENGENALAN

 

Perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja berperanan penting dalam mempromosikan kesihatan dan gaya hidup yang sihat melalui pekerjaan. Ianya merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang menyediakan perkhidmatan program pemulihan pesakit secara menyeluruh merangkumi aspek fizikal, psikologikal dan sosial melalui program intervensi dan rehabilitasi secara berstruktur yang dipadankan mengikut keperluan setiap pesakit.

 

Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) U44 dan dibantu oleh seorang Jurupulih Perubatan (Carakerja) U32 dan 4 orang Jurupulih Perubatan (Carakerja) U29.

 

OBJEKTIF

Menjalankan perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja bagi memastikan pesakit dapat melakukan aktiviti harian secara kendiri yang meliputi aspek penjagaan diri, pengurusan kesihatan, rehat dan tidur, pembelajaran, pekerjaan, bermain, aktiviti masa lapang / riadah dan penglibatan sosial dalam masyarakat.

 

VISI

Meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Malaysia melalui penglibatan di dalam aktiviti kehidupan seharian.

 

MISI

Perkhidmatan ini diberikan oleh warga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan nilai – nilai murni berdasarkan evidence based practice.

 

FUNGSI

Menyediakan perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja untuk pesakit dalam, pesakit luar dan komuniti. Antara perkhidmatan yang diberikan adalah seperti yang tersenarai di bawah:-

 

i.Pemulihan Carakerja di bidang Ortopedik

    • Rehabilitasi Muskuloskeletal dan Ortopedik
    • Kecederaan Saraf Periferi
    • Kepatahan Anggota Atas dan Anggota Bawah
    • Rehabilitasi Kecederaan Saraf Tunjang
    • Rehabilitasi Amputasi
    • Kondisi Kaki dan Buku Lali (Ankle and Foot)
    • Kongenital

 

ii.Pemulihan Carakerja di bidang Neuromedikal

    • Rehabilitasi Perubatan Am
    • Rehabilitasi Strok
    • Rehabilitasi Pulmonari dan Respiratori
    • Rehabilitasi Jantung
    • Rehabilitasi Paliatif dan Onkologi
    • Rehabilitasi Reumatologi
    • Rehabilitasi Geriatrik
    • Rehabilitasi Dermatologi
    • Rehabilitasi Oftalmologi
    • Rehabilitasi Nefrologi
    • Rehabilitasi Otorinolaringologi

 

iii.Pemulihan Carakerja di bidang Pembedahan Am

    • Rehabilitasi Pembedahan Am
    • Rehabilitasi Kelecuran
    • Rehabilitasi Trauma dan Kecederaan Otak
    • Rehabilitasi Vaskular
    • Rehabilitasi Plastik dan Rekonstruktif Pembedahan
    • Rehabilitasi Kardiotorasik

 

iv.Pemulihan Carakerja di bidang Psikiatri dan Kesihatan Mental

    • Rehabilitasi Psikiatri Umum
    • Rehabilitasi Kanak-kanak dan Remaja
    • Psikogeriatrik
    • Pemulihan Psikososial

 

v.Pemulihan Carakerja di bidang Pediatrik

    • Pediatrik Am
    • Neurologi Pediatrik
    • Perkembangan Kanak-Kanak
    • Neonatal

 

Logo Rasmi HSM

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Maliha,
Bukit Tekuh,
Jalan Padang Matsirat,
07000 Langkawi, Kedah Darulaman

Tel : 04-9663333 
E-mel : hlangkawi@moh.gov.my

JUMLAH PENGUNJUNG

029931
Today: 44
This Week: 44
This Month: 907