POLISI
1.0 PENGENALAN JABATAN
- Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Sultanah Maliha, Langkawi ditubuhkan pada Januari 2018.
- Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Psikiatri dan dibantu oleh beberapa orang Pegawai Perubatan dan Paramedik.
2.0 FUNGSI
Jabatan ini bertanggungjawab untuk memberikan perawatan psikiatri seperti membuat pemeriksaan dan memberi pelan rawatan terhadap pesakit-pesakit psikiatri di Daerah Langkawi termasuklah perawatan kes-kes ketagihan, remaja dan kanak-kanak, geriatrik dan liaison psikiatri secara am.
3.0 LOKASI
- Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, terletak di Aras Bawah, Klinik Pakar Hospital Sultanah Maliha Langkawi.
4.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF JABATAN
4.0.1 VISI
- Membentuk masyarakat yang sihat dari aspek mental dan menjalani kehidupan yang optimum melalui perkhidmatan perawatan psikiatri dan kesihatan mental yang komprehensif.
4.0.2 MISI
- Menyediakan perkhidmatan perawatan psikiatri dan kesihatan mental secara komprehensif, cekap dan berkualiti kepada semua pelanggan mengikut piawai dan etika professional, yang mengutamakan rawatan di dalam komuniti.
4.3 OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental yang menyeluruh, cekap dan berkualiti kepada semua golongan, sejajar dengan kaedah rawatan terkini.
- Memberi kemudahan rawatan psikiatri dan kesihatan mental kepada semua penduduk di Daerah Langkawi dan secara khususnya kepada semua yang memerlukannya.
- Menyediakan, mempertingkatkan serta memperbaiki perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental dari masa ke masa menurut keperluan pelanggan.
- Mengurangkan penyakit mental daripada berulang.
- Memberikan ruang bagi pesakit psikiatri menjalani kehidupan di dalam komuniti setempat.
- Meningkatkan kesedaran pesakit dan masyarakat tentang kesihatan mental.
5.0 SKOP PERKHIDMATAN
- Rawatan Pesakit Dalam
- Rawatan Pesakit Luar
- Rawatan Pesakit di Dalam Komuniti
