UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (UKKP)

PENGENALAN

  • UKKP telah diwujudkan di Hospital Sultanah Maliha selaras dengan arahan dari ketua perkhidmatan kementerian kesihatan Malaysia dengan menggunakan penjawatan yang sedia ada. Pada awal penubuhan, UKKP diletakkan sepenuhnya di bawah Unit Penyeliaan Hospital dengan menggunakan penjawatan yang sedia ada di Unit Penyeliaan Hospital. Terkini pada tahun 2020 UKKP diletakkan di dalam Direktorat Perkhidmatan Diagnostik dan Sokongan Klinikal di bawah seliaan oleh Timbalan Pengarah Hospital I. Keanggotaan terkini UKKP terdiri dari seorang Pegawai perubatan yang bertindak sebagai Ketua Unit, seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 dan seorang Penolong Pegawai Perubatan U29.

 

  • VISI

Memberikan Perkhidmatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berkualiti untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat, selesa dan sihat untuk wargakerja HSM.

  • MISI

Menyediakan perkhidmatan kesihatan dan keselamatan pekerja yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai etika professional untuk wargakerja HSM.

  • OBEJKTIF

Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Hospital Sultanah Maliha bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan para pekerjanya dan juga orang awam yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital ini.

 

1.Memastikan keselamatan dan kesihatan warga hospital dan pekerja-pekerja kontrak serta pelanggan hospital sentiasa berada di tahap optima.

2.Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anggota perubatan serta pekerja-pekerja hospital terhadap risiko/hazad keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti kerja.

3.Mewujudkan persekitaran pekerjaan yang kondusif dan selamat bagi semua warga hospital serta pelanggan hospital.

4.Meningkatkan pengetahuan semua warga hospital serta pelanggan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta menerapkan budaya  kerja yang sihat lagi selamat.

5.Mengumpul data, menganalisa data dan menyampaikan maklumat mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kepada warga hospital.

6.Meningkatkan serta mengawal pangkalan data yang lengkap terutama berkaitan penyakit pekerjaan/ keracunan dan kemalangan/kecederaan

7.Meningkatkan kerjasama antara majikan dan pekerja melalui komunikasi dua hala yang berkesan.

8.Merancang serta menyelaras aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan peringkat hospital.

9.Memastikan aktiviti survelan, penyelidikan dan latihan dilaksanakan dengan berkesan dan secara berterusan.

 

FUNGSI UKKP

  • Memberi konsultasi dan rawatan di Klinik Kesihatan Pekerjaan (KKP) bagi kes-kes baru dan susulan yang berkaitan penyakit dan kecederaan pekerjaan
  • Pemeriksaan kesihatan anggota (KOSPEN PLUS)
  • Pemeriksaan anggota yang terdedah kepada Sinaran X -ray
  • Saringan kesihatan untuk Pulmonary Tuberculosisdi kalangan kakitangan hospital yang berisiko tinggi
  • Pemeriksaan dan rawatan untuk kakitangan hospital yang menghidapi Latent Tuberculosis Infection (LTBI)
  • Program Imunisasi Hepatitis B Kebangsaan
  • Program Imunisasi Seasonal flu(Influenza)
  • Program survelan kecederaan tersusuk jarum/benda tajam
  • Siasatan kes kecederaan tertusuk jarum
  • Menguruskan aktiviti-aktiviti dan mesyuarat yang melibatkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
  • Menjalankan Audit Keselamatan di tempat kerja
  • Penilaian Risiko Di Tempat Kerja – HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control)
  • Notifikasi kes kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan
  • Penyiasatan kes kemalangan dan kecederaan di tempat kerja
  • Penyiasatan penyakit pekerjaan di kalangan kakitangan hospital

 

Logo Rasmi HSM

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Maliha,
Bukit Tekuh,
Jalan Padang Matsirat,
07000 Langkawi, Kedah Darulaman

Tel : 04-9663333 
E-mel : hlangkawi@moh.gov.my

JUMLAH PENGUNJUNG

029931
Today: 44
This Week: 44
This Month: 907