PENGENALAN
- Unit Kawalan Infeksi Hospital Sultanah Maliha mula beroperasi pada 1hb Julai 2002 bertujuan untuk mengawal dan mencegah infeksi di hospital. Unit ini terletak di Jabatan Patologi dan Transfusi dan diketuai oleh Pakar Perubatan Medikal JUSA C, Pegawai Perubatan dan dua orang Jururawat Kawalan Infeksi yang dilantik.
- Unit ini menjalankan pemantauan di semua wad dan unit untuk memastikan semua warga hospital mengamalkan Standard Precaution dan Aseptic Technique dalam semua prosedur yang dijalankan ke atas pesakit supaya pesakit tidak mendapat jangkitan hospital Healthcare Associated Infection (HCAI) serta menjadikan persekitaran hospital bersih, sihat dan selamat.
OBJEKTIF
- Mengawal dan mencegah jangkitan melalui pemantauan dan audit.
- memastikan anggota hospital mengamalkan prosedur perawatan mengikut prosedur kawalan infeksi.
- Meningkatkan kesedaran melalui pendidikan kesihatan dan latihan berterusan.
MISI
- Mencegah dan mengawal Healthcare Associated Infection (HCAI) dengan melaksanakan program kawalan infeksi melalui kerja berpasukan bagi mewujudkan persekitaran yang selamat kepada pelanggan dalaman dan luaran.
VISI
- Perkhidmatan berkualiti, selamat dan bebas dari Healthcare Associated Infection (HCAI)
FUNGSI UNIT
1. Pemantauan dan Audit
- Alert Organism Surveillance
- Healthcare Associated Infection
- Hand Hygiene Audit
- Infection & Prevention Control Audit (IPC)
- Blood Stream Infection Surveillance
- Central Venous Catheter (CVC) Surveillance
2. Aktiviti Latihan
- Melakukan orientasi kepada pengawai dan anggota yang baru atau berpindah masuk ke hospital.
- Melakukan Continuous Nursing Education (CNE) secara berkala.
- Mengadakan Kursus Kawalan Infeksi
- Mengadakan Kempen Hand Hygiene
