- Unit Kejuruteraan
UNIT KEJURUTERAAN
Unit Kejuruteraan merupakan unit sokongan hospital yang diwujudkan bertujuan untuk memantau dan mengawalselia perlaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) oleh syarikat konsesi agar mematuhi keperluan-keperluan perjanjian konsesi bagi memastikan pengoperasian operasi hospital berserta asetaset berada pada tahap yang optimum dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkesan. Unit Kejuruteraan juga bertanggungjawab kepada pengarah dalam memberi khidmat nasihat teknikal dan kejuruteraan.
SKOP PERKHIDMATAN
Memberi khidmat Nasihat Teknikal Berkaitan dengan Kejuruteraan Awam kepada pihak hospital.
Menyelaras dan melaksanakan aktiviti Pengurusan Aset Tak Alih (PATA) di peringkat hospital.
Merancang, melaksana dan memantau projek-projek naiktaraf, ubahsuai dan pembaikan di hospital.
Memastikan Aktiviti, Projek dan Laporan Sustainability Program [Energy Management (EM), Indoor Air Quality (IAQ) dan Reduce, Reuse, Recycle (3R)] dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.
Memantau pelaksanaan perkhidmatan penswastaan oleh Syarikat Konsesi bagi 6 servis utama agar selaras dengan Perjanjian Konsesi dan HSIP, demi memastikan operasi hospital berjalan lancar tanpa gangguan.
*Klik gambar untuk lihat data
