Accessibility Tools

UNIT KAWALAN INFEKSI

Unit Kawalan Infeksi (UKI) adalah unit sokongan bertujuan untuk mencegah, mengawal, dan mengurangkan risiko jangkitan berjangkit dalam persekitaran penjagaan kesihatan. Unit ini berperanan penting dalam melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang sistematik dan berterusan untuk memastikan keselamatan pesakit, kakitangan, dan pengunjung di hospital atau fasiliti kesihatan.

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan sedia ada

  • Menjalankan Latihan/program : kursus / CNE / CME / Bedside teaching / program awareness.

  • Menjalankan Audit: Hand Hygiene Audit (4 kali setahun) - Audit Tool (sekali setahun)

  • Mengumpul data MDROs dan menyediakan laporan untuk dihantar ke JKN setiap bulan.

  • Menjalankan Rondaan AMS – setiap minggu

  • Memastikan pematuhan kepada polisi kawalan infeksi


    Membentangkan laporan aktiviti Kawalan Infeksi dalam mesyuarat Ahli-ahli Jawatankuasa Kawalan Infeksi dalam Mesyuarat Ketua Unit 2 kali setahun