- Perkhidmatan
- Perubatan
- Perubatan Am
JABATAN PERUBATAN AM
Jabatan Perubatan Hospital Baling ditubuhkan sejak Januari 2023 dengan penempatan seorang pakar residen. Jabatan ini memberikan perkhidmatan Pesakit Luar dan Pesakit Dalam. Jabatan Perubatan mempunyai sebanyak 88 katil rasmi (55% daripada jumlah keseluruhan katil rasmi hospital). Bilangan wad perubatan: 4 wad (22 katil rasmi setiap wad) termasuk 5 katil isolasi.
SKOP PERKHIDMATAN
Klinik Pakar Perubatan menyediakan perkhidmatan Klinik Pakar Perubatan Am, Klinik Diabetes, Klinik Warfarin, Klinik Thalasemia, Klinik Kardiologi, Klinik Respiratori dan Klinik Dermatologi
Menyediakan perkhidmatan Pemeriksaan Fundus camera dan Spirometri
Pusat Sumber Diabetes juga diwujudkan bagi memberikan perkhidmatan kaunseling Pesakit diabetes, pemeriksaan kaki dan farmasi
Menyediakan perkhidmatan Non Invasive Cardiac Lab yang melakukan prosedur Echocardiogram, Exercise Stress Test dan Holter
Perkhidmatan pesakit dalam merangkumi wad 1 hingga wad 4