Accessibility Tools

UNIT KEJURURAWATAN

Unit Kejururawatan adalah unit yang merancang, mengurus dan melaksanakan pemantauan serta penyeliaan penilaian aktiviti-aktiviti anggota kejururawatan yang bertujuan memberi perawatan yang berkualiti serta efisien, efektif dan selamat sejajar dengan kehendak pelanggan.

Unit ini juga merancang dan melaksanakan latihan berterusan yang berteraskan pembinaan sahsiah diri dan kemahiran profesionalisme untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota kejururawatan agar tahap pekerjaan mereka lebih berkualiti dan memberi peluang untuk meningkatkan potensi diri.

Unit Kejururawatan Hospital Baling merupakan unit yang terbesar dan menjadi nadi di dalam organisasi kesihatan Hospital Baling. Unit kejururawatan telah berkembang dengan penambahan perjawatan baru selaras dengan naik taraf Hospital Baling dari hospital tidak berpakar kepada Hospital Berpakar Minor.

SKOP PERKHIDMATAN

4 Wad
Multidisiplin
1 Wad
Pediatrik
1 Wad
Neonatal
1 Wad
Obstetrik dan Ginekologi

Hospital Pakar Minor

Wad Surgikal dan Orthopedik (1 Julai 2024)
2 Dewan Bedah tambahan (6.10.24) Jum dewan bedah: 3
Unit Daycare
- Operasi jururawat sedia ada