- Unit Keselamatan
UNIT KESELAMATAN
Unit Keselamatan bertanggungjawab di dalam aspek keselamatan bangunan dan persekitaran Hospital Baling. Terdapat Empat (4) keselamatan di dalam Buku Arahan Keselamatan iaitu Keselamatan Fizikal, Keselamatan Rahsia Rasmi, Keselamatan ICT dan Keselamatann Peribadi.
Ianya juga berfungsi untuk memantau syarikat keselamatan yang dilantik oleh pihak Hospital. Unit Keselamatan telah melaksanakan Sistem Pas di wad-wad bagi menghadkan kemasukkan pelawat. Pelawat juga perlu mendapatkan kebenaran daripada doktor yang bertugas sebelum memasuki wad berkenaan.
SKOP PERKHIDMATAN
- Pengawalan Akses
- Pemantauan CCTV & Sistem Pengawasan
- Pengawasan Keselamatan Fizikal
- Pengurusan Kecemasan
- Perkhidmatan Perlindungan dan Kawalan Kecurian
- Pengurusan Trafik dan Parkir
- Latihan dan Pembangunan Keselamatan
- Audit dan Pemantauan Keselamatan
- Keselamatan Dokumen
- Pencegahan dan Pengurusan Risiko
- Penyelenggaraan dan Pemeriksaan Peralatan Keselamatan