Accessibility Tools

JABATAN FARMASI

Misi Jabatan Farmasi adalah untuk menyediakan perkhidmatan Jabatan Farmasi yang selamat dan berkualiti kepada masyarakat setempat dan sekitarnya dengan bantuan teknologi dan membudayakan inovasi. Mengutamakan nilai profesionalisme, berintegriti, kerja berpasukan serta penyayang bagi membina imej umum yang positif. Memastikan tadbir urus yang efisien bagi kelangsungan perkhidmatan serta pengurusan sumber manusia yang berkesan. Jabatan ini dianggotai oleh 60 orang petugas dan merupakan jabatan penting dalam memberikan perkhidmatan sokongan klinikal. Pada tahun 2024, Jabatan Farmasi telah berjaya membuka perkhidmatan Farmasi 24 jam serta perkhidmatan satelit bagi menampung keperluan pesakit yang semakin bertambah sejajar dengan naik taraf Hospital Baling.

SKOP PERKHIDMATAN FARMASI

FARMASI AMBULATORI
  • Farmasi Klinik Pakar
  • Farmasi Kecemasan (2024)
  • Kaunseling Ubat-ubatan
  • Medication Adherence Clinic (MTAC) - Warfarin, Diabetes, Respiratori
  • Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) Farmasi
FARMASI MAKLUMAT UBAT
  • Pengendalian pertanyaan berkaitan ubat-ubatan
  • Pengurusan kelulusan ubat terkawal (Ubat Kuota, KPK, Pesara)
FARMASI BEKALAN WAD
  • Pengeluaran Non - Sterile Galenikal (internal/eksternal)
  • Prabungkus Ubat-ubatan
FARMASI PENGELUARAN
  • Farmasi Pesakit Dalam
  • Farmasi Satelit (2024)
  • Sistem Unit Of Dose & Unit Of Use
  • Bekalan stok imprest & bahan psikotropik dan dadah berbahaya
  • Pengurusan ubat-ubatan discaj
FARMASI KLINIKAL
  • Mengenalpasti sejarah pengubatan pesakit, case clerking, rondaan farmakoterapi, medication reconciliation, menilai ubat-ubatan & kaunseling pesakit
  • Farmakokinetik Klinikal (TDM)
FARMASI DASAR & PENGURUSAN
  • Pengurusan Kualiti dan Latihan Anggota Farmasi
  • Perancangan dan pemantauan dalam implementasi garis panduan, keperluan sumber manusia, infrastruktur & pencapaian farmasi
FARMASI LOGISTIK
Pengurusan Perolehan, Penerimaan, Penyimpanan, Pengeluaran dan Pemantauan :
  • Ubat
  • Reagen Makmal
  • Bukan Ubat
  • Gas Perubatan