Accessibility Tools

JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN

Unit Sajian telah dinaik taraf kepada Jabatan Dietetik dan Sajian bermula November 2023 susulan penempatan seorang pegawai dietetik. Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi perkhidmatan dietetik dan perkhidmatan sajian.

SKOP PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN DIETETIK

(Perkhidmatan Baru)
  • Memberi khidmat medical nutrition therapy dengan menggunakan nutrition care process yang merangkumi nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention, nutrition monitoring dan evaluation termasuk dokumentasi kepada pesakit yang dirujuk oleh Pegawai perubatan.
  • Meliputi perkhidmatan pesakit luar, pesakit dalam, berkumpulan dan komuniti.

PERKHIDMATAN SAJIAN

  • Menyediakan makanan berdasarkan jenis diet mengikut waktu hidangan 4 kali sehari.
  • memastikan makanan yang disediakan adalah yang selamat, sihat, berkualiti dan menepati keperluan.