Accessibility Tools

UNIT BEKALAN STERIL

Unit Bekalan Steril (CSSU) Hospital Baling merupakan unit sokongan klinikal yang bertanggungjawab membersih, membasmi kuman, membungkus, mensteril dan mengagihkan semula peralatan serta instrumen perubatan bagi kegunaan semua unit klinikal dan prosedural di hospital, memastikan setiap instrumen selamat, bebas mikroorganisma patogen dan mematuhi piawaian kawalan jangkitan yang ditetapkan

SKOP PERKHIDMATAN

  1. 1. Menyediakan peralatan steril mengikut keperluan wad, unit, Dewan Bedah serta Klinik Kesihatan berhampiran.
  2. 2. Perlaksanaan perkhidmatan adalah sebagaimana prinsip-prinsip pensterilan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
  3. 3. Menyediakan perkhidmatan pada waktu pejabat manakala di luar waktu pejabat dilaksanakan secara petugas atas panggilan.