Accessibility Tools

PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL BALING

01

Memberi rawatan kecemasan dan trauma dengan masa menunggu seperti berikut:

  • Semua kes kritikal (Zon Merah) akan diberikan rawatan serta-merta

  • Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) akan dirawat dalam tempoh masa kurang dari 30 minit

  • Kes tidak kritikal (Zon Hijau) akan dinilai dan dirawat berdasarkan keutamaan keadaan pesakit

02

Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan secara giliran berdasarkan jadual dan/ atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas, dan orang kurang upaya

03

Pesakit dan ahli keluarga yang sah akan diberikan maklumat yang tepat dan jelas mengenai penyakit dan perawatan secara professional

04

Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit, dan rawatan pesakit adalah terjamin sepenuhnya mengikut undang-undang dan etika perubatan

05

Laporan Perubatan Pesakit disediakan dalam tempoh kurang atau pada 28 hari dari tarikh permohonan

06

Komited memberi layanan yang mesra, jujur, ikhlas dan bersopan-santun kepada semua pelanggan di Hospital Baling