Accessibility Tools

UNIT HEMODIALISIS

Unit Hemodialisis Hospital Baling menyediakan rawatan dialisis kepada penduduk di sekitar Daerah Baling dan Pengkalan Hulu yang mengalami masalah kegagalan fungsi buah pinggang. Bagi tahun 2024, unit ini mempunyai 18 buah mesin dialisis, iaitu 16 buah mesin untuk pesakit normal dan 2 buah mesin digunakan untuk pesakit Hepatitis C, dengan jumlah pesakit seramai 51 orang. Unit ini juga mempunyai 3 buah mesin Reverse Osmosis.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Memberi rawatan hemodialisis sepanjang hayat kepada pesakit yang telah didaftarkan sebagai pesakit tetap.

  • Merawat kes-kes tumpang (lodger) dari luar kawasan sekiranya terdapat kekosongan tempat.

  • Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit merangkumi aspek pemakanan, rawatan dialisis, cara pengambilan cecair, pengambilan ubat-ubatan, kawalan berat badan (intradialytic weight gain), penjagaan fistula, senaman, dan lain-lain.

  • Mendaftar pesakit yang telah disahkan menghidap penyakit ginjal oleh Pakar Nefrologi atau Pakar Perubatan ke dalam senarai menunggu.

  • Menjalankan persediaan pra-pemindahan ginjal ("Pre-Renal Transplant Preparation") ke atas pesakit sebelum menjalani pemindahan ginjal di Hospital Kuala Lumpur setelah menerima panggilan daripada MOSS/NRR.

  • Memberi perkhidmatan imunisasi kepada pesakit baharu yang belum menerima vaksin Hepatitis B.

  • Melakukan prosedur transfusi darah melalui mesin dialisis seperti yang diarahkan.

  • Melakukan prosedur suntikan Intravena (IV) seperti Epoetin, Dextran, dan Desferrioxamine (DFO) semasa rawatan dialisis apabila diarahkan oleh Pakar Nefrologi.