JABATAN ANESTESIOLOGI & RAWATAN KRITIKAL
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal telah menerima peningkatan pesakit sepanjang tahun 2024 berbanding tahun 2023 selari dengan peningkatan perkhidmatan pembedahan dan pembukaan Unit Rawatan Rapi di Hospital Baling. Berpegang kepada visi, misi dan objektif jabatan, Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal Hospital Baling komited dalam memberi perkhidmatan kepada semua pesakit tanpa mengira bangsa, agama dan status.
SKOP PERKHIDMATAN
- Perkhidmatan pembiusan am dan setempat.
- Perkhidmatan rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi.
- Perkhidmatan pengurusan sakit (APS).
- Perkhidmatan dewan bedah.