Sumber & Manusia

PENGENALAN 

Unit Sumber Manusia merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Perkhidmatan, Perjawatan, Tatatertib dan Latihan di Hospital Kuala Nerang. Unit ini membantu pengurusan tertinggi dalam membuat keputusan yang berkesan ke arah pencapaian objektif  Hospital Kuala Nerang dengan memberi perkhidmatan yang tepat selaras dengan Perintah Am dan Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan yang berkuatkuasa. Objektif unit ini adalah untuk menguruskan keperluan sumber manusia di Hospital Kuala Nerang dengan melaksanakan semua hal merangkumi perkhidmatan, perjawatan, tatatertib dan latihan kepada anggota-anggota hospital secara efektif dan efisyen.  

Unit Sumber Manusia terletak di Blok Pengurusan Utama dan mempunyai 5 orang dalam Unit Sumber Manusia yang terdiri daripada seorang ketua unit dan 4 orang pembantu tadbir yang menguruskan dan memantau Sumber Manusia di hospital.

  • VISI

Menuju ke arah pengurusan perolehan sistematik, cekap dan berintegriti disamping memastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada pelanggan mengikut piawaian, dasar dan prinsip perolehan kerajaan yang berkuatkuasa.

  • MISI

Memastikan perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan efektif ke arah melahirkan anggota Hospital Kuala Nerang yang profesional, kompeten, berintergriti, berdaya saing dan berakhlak mulia.

  • OBJEKTIF

Memberikan perkhidmatan sokongan yang cekap dan berkesan melalui pembentukan struktur perjawatan yang optima, pelaksanaan pengurusan personel yang cekap dan teratur, pengurusan prestasi dan tatatertib yang efisien dan menyediakan peluang kepada pegawai dan kakitangan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kemajuan kerjaya melalui latihan komprehensif.