VISI
Mewujudkan perkhismatan pengurusan kewangan dan perolehan yang cemerlang sebagai pelengkap kepada Hospital Kuala Nerang.
MISI
Bahagian kewangan dan perolehan komited untuk mewujudkan perkhidmatan pengurusan kewangan dan perolehan yang terbaik di Hospital Kuala Nerang dengan meningkatkan keupayaan, kecekapan dan keberkesanan, ketulusan, akauntabiliti dan integriti.
OBJEKTIF
Mewujudkan khidmat pengurusan kewangan dan perolehan yang terbaik dengan cara:
1) Merancang semua aktiviti di bawah pengurusan kewangan dan perolehan dengan teratur dan efisyen
2) Menggunakan sumber manusia dan lain-lain secara berkesan untuk melaksanakan pengurusan kewangan dan perolehan dengan cekap.
3) Membuat kawalan dan pemantauan prestasi perbelanjaan serta kutipan hasil.
4) Menguatkuasakan semua peraturan kewangan berdasarkan Akta Acara Kewangan 1957, Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan, Arahan Pegawai Pengawal serta arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
FUNGSI
1) Menyedia, mengawal dan menyelaras Belanjawan Mengurus (B.42) terutama dalam aspek agihan peruntukan dan pemantauan perbelanjaan.
2) Menguruskan pembayaran tuntutan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kementerian serta pelarasan gaji dan elaun kakitangan.
3) Menguruskan pindah peruntukan bagi Perbelanjaan Mengurus (B.42) dan Perbelanjaan Pembangunan (P.42).
4) Menguruskan kutipan balik bagi bil telefon persendirian, pelarasan emolumen dan lain-lain bayaran hospital.
5) Menguruskan perolehan bekalan/ kerja/ perkhidmatan dan perunding secara sebutharga/ tender bagi jabatan/ bahagian.
6) Memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan kewangan dan perolehan.
7) Menguruskan perakaunan dan penyediaan penyata/ laporan berkenaan untuk tujuan kawalan dan pengesahan perbelanjaan.
8) Menyelaras dan mengawasi pelaksanaan sistem e-Perolehan dan 1 GFmas.