|
Visi Menjadikan Hospital Kuala Nerang sebagai hospital berpakar di negeri Kedah. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Misi 🔸Misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi dan profesional kepada pesakit dan ahlikeluarga pesakit di negeri Kedah, dengan fokus khusus kepada penduduk Padang Terap. 🔸Kami komited dalam menyediakan perkhidmatan perawatan menggunakan teknologi terkini bagi memastikan kami sentiasa berinovasi dalam perkhidmatan perubatan yang diberikan. 🔸Selaras dengan visi Hospital Kuala Nerang, kami berdedikasi dalam mengembangkan perkhidmatan rawatan ke arah berpakar dan meningkatkan kualiti perkhidmatan jangka panjang bagi organisasi kami. 🔸Falsafah kami, 'Bekerja Secara Profesional', mendorong kami untuk senantiasa memberikan perkhidmatan perawatan yang efisien, serta menjadikan Hospital Kuala Nerang sebagai hospital kluster pilihan di zon utara Kedah. 🔸Slogan kami 'HKN Mengembleng Tenaga Ke Arah Kesihatan yang lebih baik' merupakan inti kepada semua perkhidmatan kesihatan yang kami laksanakan. 🔸Kakitangan Hospital Kuala Nerang merupakan aset berharga dimana kami berdedikasi dalam melatih dan mengembangkan kemahiran kakitangan bagi meningkatkan mutu kerja, menjamin kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan yang tinggi.  |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Objektif UmumMemberi perkhidmatan kesihatan berkualiti dengan tenaga kerja yang profesional  Objektif Khusus
|