LATAR BELAKANG

 

Hospital Kuala Nerang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kedah, Malaysia. Hospital Kuala Nerang terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darulaman. Daerah Padang Terap yang merupakan daerah ketiga terbesar meliputi kawasan seluas 2,973.27 km persegi. Kemudahan kesihatan yang ada di daerah ini ialah sebuah hospital, sebuah Pejabat Kesihatan Daerah, 3 buah Klinik Kesihatan, 16 buah Klinik Desa dan 4 buah Klinik Swasta.

Hospital Kuala Nerang adalah satu-satunya hospital kerajaan di daerah Padang Terap. Hospital ini menyediakan perkhidmatan primer dan penjagaan pesakit (termasuk semua perkhidmatan sokongan) kepada masyarakat Padang Terap. Ini adalah kemudahan hospital yang tidak khusus dengan 4 wad dan 89 katil. Walau bagaimanapun, hospital Kuala Nerang kini beroperasi dengan 4 wad dan 72 katil. Bagi kes-kes yang memerlukan rawatan pakar, mereka dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah. 

Hospital Kuala Nerang telah memulakan operasi pada bulan Oktober 1994. Ia mula beroperasi dengan Unit Pesakit Luar pada bulan Oktober 1994 diikuti oleh wad ward lelaki dan wanita pada bulan November 1995 dan seterusnya wad bersalin pada bulan Julai 1996.

Perkhidmatan Klinikal di Hospital Kuala Nerang:

  • Unit Kecemasan dan Trauma
  • Jabatan Pesakit Luar
  • Unit Pesakit Dalam
  • Unit Hemodialisis
  • Klinik Pakar

Perkhidmatan Sokongan Klinikal di Hospital Kuala Nerang

  • Unit Perkhidmatan Patologi
  • Unit Pengimejan Diagnostik
  • Unit Farmasi dan Bekalan


Perkhidmatan Bukan Klinikal di Hospital Kuala Nerang:

  • Unit Rekod
  • Unit Pentadbiran
  • Unit Sajian