UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT

Pengenalan

Unit Pengurusan Maklumat merupakan salah satu unit yang memberikan perkhidmatan sokongan di  Hospital Kuala Nerang (HKN). Unit ini berfungsi dalam menyediakan prasarana dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi. Peningkatan penggunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam tugasan seharian terutamanya yang melibatkan Internet dan e-mel boleh mendedahkan data atau maklumat penting kepada pihak luar. Polisi operasi Unit ICT HKN  disediakan  bagi  memastikan  maklumat-maklumat  penting  di  HKN selamat daripada ancaman yang boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada jabatan.

 

a) Visi

Penyedia penyelesaian ICT yang komprehensif bagi menyokong transformasi perkhidmatan penjagaan kesihatan.

 

b) Misi

Membantu pengurusan hospital merancang strategi yang boleh menyampaikan perkhidmatan kesihatan dengan efisien menggunakan teknologi ICT terkini.

 

c) Slogan

“Memudahkan kerja anda, matlamat kami”

 

Objektif

  1. Memastikan penggunaan    ICT    yang    berkesan    dan    berkualiti    dalam melaksanakan kerja dan membuat keputusan bagi meningkatkan sistem penyampaian kerajaan di peringkat hospital.
  2. Memupuk warga HKN ke arah membudayakan ICT.

 

Skop Perkhidmatan

Skop  perkhidmatan  Unit  UPM HKN secara  umumnya  adalah  seperti berikut:

  1.  Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat organisasi yang sedia ada seterusnya menganalisa,    mereka    bentuk,    memasang,      melaksana dan menyelenggara sistem-sistem maklumat yang digunakan di setiap unit/jabatan.
  2.  Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan unit/jabatan.
  3.  Menjalankan analisis dan menjadi sumber rujukan ICT dalam bidang tugas.
  4. Mengurus dan   menggembeleng   beberapa   projek   ICT   atau   unit   serta mensintesis pengurusan sumber, infrastruktur dan kewangan.
  5.  Memimpin dalam  pelaksanaan  projek  ICT  seiring  dengan  misi,  visi  dan objektif organisasi