Panduan Rawatan Klinik Pakar

  1. Pesakit yang dirujuk untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar perlu membawa surat rujukan daripada hospital, klinik kesihatan atau perubatan swasta.
  2. Kad pengenalan/Mykad/Mykid diperlukan untuk pendaftaran
  3. Rawatan susulan di klinik pakar mestilah mematuhi temujanji yang telah ditetapkan oleh pihak hospital
  4. Pesakit yang selalu menerima rawatan susulan dikehendaki membawa kad/buku temujanji.
  5. Penjawat awam/pesara perlu membawa dokumen pengenalan diri, contoh Surat Jaminan (GL)/kad pesara.
  6. Tempoh sah laku GL hanya 3 bulan. Selepas 3 bulan, GL baru perlu dikemukakan.