Galeri 2023
Kategori : Aktiviti
(Sila klik pada aktiviti untuk paparan gambar)
18 Disember 2023
🌿Program Berkhatan Perdana Peringkat Hosp Pendang 2023🌿
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga Siam yang telah memberi sumbangan kepada hospital secara sukarela dan telah memberi layanan yang sangat baik. Semoga hubungan yang harmoni dan sejahtera ini berterusan.
18 Disember 2023
17 Disember 2023
Pengoperasian UNIT RAWATAN RAPI (ICU) Hospital Pendang🌿
Jabatan Ini adalah penting kerana bersangkutan dengan Jabatan Lainnya iaitu Pembedahan dan Tulang.
13 Disember 2023
🌿Taklimat Emergency Response Team ERT (Organisasi Keselamatan Kebakaran) Hospital Pendang🌿
Teori dan Amali diberikan agar mereka menjadi anggota yg responsif kepada bencana Kebakaran jika berlaku di dalam hospital selain Anggota lain yg menjadi sebahagian Pasukan Tindakan Bencana Kebakaran yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Operasi dan kawalan Bencana.
Sebarang kemungkinan harus dibuat persiapan sebaiknya.
Taklimat ini adalah susulan perbincangan antara pengurusan hospital dan semua anggota terlibat pada 11 Dis lalu untuk memperkemas Pelan Bencana Kebakaran Hospital dan peranan setiap Ajk berkenaan.
13 Disember 2023
7 Disember 2023
Majlis Perpisahan Timb. Pengarah II Dr Huzaifah dan Pen. Pengarah Kanan Pn Ummu Umairah
Dr Huzaifah yang memohon untuk berpindah ke Bahagian Kesihatan Awam JKN Kedah untuk menyambung pengajian PHD Beliau dalam Bidang Kesihatan Awam dan Pn Ummu yang berpindah ke Hospital Sultan Abdul Halim atas sebab peribadi sebagai PTJ yang ke-7 dalam tempoh 9 tahun kerana selama ini yang berjauhan daripada keluarga.
Jasa bakti yang dicurahkan dalam menyusun semua Dokumentasi Polisi, Perolehan alatan dan kelengkapan serta usaha menyiapkan perkhidmatan jabatan-jabatan amat dihargai oleh semua dalam keluarga besar warga Hospital Pendang.
1 Disember 2023
Program Planned Preventive Maintenence (PPM) Sistem Elektrikal
Program bermula dengan taklimat ringkas antara kumpulan di Lokasi PSH dan disusuli dengan taklimat keselamatan oleh Pegawai keselamatan dan Kesihatan Syarikat PESB.
Sistem tertentu hospital diperiksa dalam tindak balas di semua Fasa dan isu berbangkit diselesaikan dalam tempoh yg dibenarkan agar kesinambungan perkhidmatan berjalan tanpa gangguan besar.
1 Disember 2023
30 November 2023
SOLIDARITI PERJUANGAN PEMBEBASAN PALESTIN
Antara objektif adalah untuk memberi kesedaran kepada warga Hospital Pendang berkenaan isu Palestin kini, kejadian peperangan Taufan Al-Aqsa yang sedang berlaku merupakan fasa pertembungan yang lebih mencabar.
Kita sedia maklum bahawa sudah hampir hari ke-54, penjajahan rejim Zionis Israel berlarutan dan meragut nyawa di Semenanjung Gaza dimana tentera rejim Zionis Israel mengebom kediaman dan bangunan serta mensasarkan orang awam secara sistematik. Menurut Jabatan Media Kerajaan, kematian warga Palestin akibat serangan rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada lebih 13,000 sejak 7hb Oktober.
Program ini turut disertai dengan
Booth Pameran bertemakan Palestin, tandatangan sokongan solidariti dan doa buat rakyat di Palestin.
28 November 2023
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Pengoperasian Pusat Rawatan Harian (PRH)
Ini akan mengurangkan kos penjagaan hospital kerana pesakit tidak perlu bermalam dan seterusnya dapat memperbaiki hubungan pelanggan dan kakitangan dan mengurangkan masa menunggu pembedahan dan perubatan.
Hospital Pendang mempunyai 20 katil PRH yang akan dibuka secara berperingkat melibatkan jabatan Perubatan, Paediatrik, Pembedahan dan Orthopedik.
Majlis bacan yasin disusuli dengan Acara potongan kek oleh YBrs Pengarah dan anggota PRH menandakan operasi PRH bermula dengan rasmi.
28 November 2023
27 November 2023
Mensyuarat Penyelarasan Program Kesihatan dan Keselamatan Madani 2024
Program kerjasama ini untuk membolehkan Aktiviti Pencegahan Penyakit dan berkaitan beserta makluman keselamatan daripada pelbagai agensi dapat dibuat secara kolektif di lokasi Maktab Mahmud Pendang pada awal tahun hadapan.
Dato Zulkfly Mohamad selaku Pengerusi MCPF dan Pengerusi Kelab Kebajikan Muhammadi dan Pengerusi Alumni Maktab Mahmud berbesar hati menyumbangkan set komputer riba (5 Unit) untuk kegunaan di wad-wad berkenaan.
27 November 2023
Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Peringkat Hospital Pendang 2023
Majlis yang dimulakan dengan Bacaan Yasin secara beramai-ramai disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah dan Lagu Rasmi KKM Kami Sedia Membantu. Bacaan Ikrar oleh anggota PPK dan seterusnya ucapan wakil PPK Puan Juhaida Ishak.
Semua PPK yang cemerlang juga diraikan dalam majlis ini dengan penyampaian sijil-sijil penghargaan oleh Pengarah terutama kepada Anggota 'Geng Koyak Plastik' iaitu PPK yg terlibat sedari awal dalam penyusunan alatan kelengkapan hospital, sejurus selepas acara memotong kek dan pulut kuning sempena Sambutan Hari PPK Hospital, selain acara cabutan bertuah kepada PPK yg hadir.
27 November 2023
23 November 2023
Perhimpunan Pagi Bulanan
Majlis dimulakan dgn bacaan Doa dan Ikrar KKM sebelum diteruskan dgn Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Kedah dan lagu Rasmi KKM Kami Sedia Membantu secara Koir oleh gabungan anggota dari Jabatan penganjur.
Ketua Jabatan Radiologi , Dr Mohd Syazwan Mokhtar dan Ketua Jabatan Pathologi, Dr Mohd Hafiz Shamsuddin membuat penerangan berkenaan Jabatan masing-masing sebelum Ucapan Pengarah Hospital berkenaan isu-isu utama yg perlu diambil perhatian oleh semua anggota.
23 November 2023
Majlis Bacaan Yasin sempena Pembukaan Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan
KUMPULAN SASARAN:-
Kes-kes penderaan dan Penganiayaan (Kanak-kanak / Wanita / Warga Tua)
Kes-kes ketagihan ( dadah / alkohol / gam )
Kes-kes tekanan emosi dan mental
Kes-kes penyakit berjangkit dan kronik (HIV / AID /STD/T.B / Barah dll.)
Kes-kes kemiskinan yang berkaitan dengan penyakit seperti “malnutrition”
Kes-kes cacat anggota dan cacat mental
Ibu tanpa nikah, rogol dan keganasan rumahtangga.
23 November 2023
22 November 2023
SAMBUTAN MINGGU KESEDARAN ANTIMIKROBIAL SEDUNIA (WORLD ANTIMICROBIAL AWARENESS WEEK, WAAW 2023)
Sambutan WAAW 2023 peringkat Hospital Pendang telah diadakan pada 19 hingga 23 November 2023.
Sambutan ini adalah anjuran bersama Jabatan Farmasi & Unit Kawalan Infeksi Hospital Pendang.
Tema bagi sambutan pada tahun ini adalah Preventing Antimicrobial Resistance Together. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang minggu sambutan, dimulakan dengan pameran kesedaran antimikrobial di lobi utama Hospital Pendang, diikuti dengan Kuiz Antibiotik yang dijalankan secara atas talian.
Acara kemuncak sambutan ini telah berlangsung pada 22 November 2023, iaitu Majlis Perasmian Sambutan WAAW 2023 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah 1 Hospital Pendang, Dr Paramesvaren a/l Karunagaren. Pada hari tersebut juga telah diadakan beberapa acara menarik iaitu ceramah bertajuk Mechanism of Antimicrobial Resistance oleh Dr. Muhammad Hafiz Bin Samsuddin, Pakar Patologi Hospital Pendang dan juga sesi Coffee Talk. Sebelah petang pula diadakan acara senamrobik, diikuti dengan program kemuncak iaitu WAAW Amazing Race.
Program ini turut dimeriahkan dengan mendapat kerjasama daripada pelbagai jabatan, iaitu Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kedah, Unit Farmasi PKD Pendang, Unit Pendermaan Organ Hospital Sultanah Bahiyah, Unit Promosi PKD Pendang dan agensi-agensi lain yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
20 November 2023
Mesyuarat Antara Agensi Kesihatan Daerah Pendang
Mesyuarat Pertama melibatkan 3 Agensi Kesihatan di Daerah Pendang
Mesyuarat yg dihadiri oleh Barisan Kepimpinan dan Pengurusan daripada Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah Pendang (PKD) Pejabat Kesihatan Daerah Pendang - Rasmi dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Pendang dipengerusikan oleh YBrs Pengarah Hospital, Dr Muhammad Shauqi Abdul Kadir selaku Tuan Rumah.
Pelbagai isu disentuh melibatkan perkhidmatan yg bersangkutan antara 3 Agensi dan dibincangkan dengan penuh muhibah untuk mencari keputusan terbaik dan menyeluruh.
20 November 2023
16 November 2023
MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT
Dengan kehadiran Pengarah Hospital, Ketua-ketua Jabatan, Peg Perubatan, Jururawat, penyelia Hospital dan lain-lain Staf.
Setiap bilik disediakan katil untuk ibu bersalin dan mempunyai polisi untuk peneman.
13-16 November 2023
SAMBUTAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT HOSPITAL PENDANG
Tema bagi Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada tahun ini adalah Persekitaran Kerja yang Selamat dan Sihat: Hak Semua. Antara aktiviti menarik yang berlangsung pada minggu tersebut adalah aktiviti :-
•FunWalk,
•Senam Robik,
•Pertandingan Explorace Kesihatan,
•Pertandingan Memasak Diet Menu Sihat,
•Saringan KOSPEN WOW,
•Saringan Kesihatan Mulut (Gigi),
• Saringan Tuberkulosis,
•Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh pelbagai Agensi Kerajaan berkaitan.
13-16 November 2023
4 November 2023
SAMBUTAN HARI TERAPI CARA KERJA SEDUNIA 2023 PERINGKAT NEGERI KEDAH
STADIUM MINI PENDANG & TASIK PENDANG
Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Mohd Hayati bin Othman, ADUN Tokai. Pelepasan peserta Fun Walk disempurnakan oleh Pengarah Hospital Pendang, Mejar Bersekutu (PA) Dr. Muhammad Shauqi bin Hj Abdul Kadir. Turut hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan (Cawangan Perkembangan Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Pegawai Kesihatan Daerah Pendang, Pengarah Hospital Baling dan wakil-wakil dari hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah Negeri Kedah.
25 Oktober 2023
PERHIMPUNAN BULANAN HOSPITAL PENDANG
Kakitangan Turut mendapat suntikan Semangat Jatidari dengan nyanyian lagu patriotik, lagu budaya korporat KKM, Ikrar Perkhidmatan Awam dan Ikrar Hospital Pendang.
Suntikan motivasi dengan topik keseronokan bekerja telah disampai Oleh Pengajar ILKKM SAS En. Hafizuddin dengan cara yang sangat berkesan. motivasi adalah penting agar tujuan kerjaya sentiasa diperkemas dengan cara yg paling sesuai saban hari.
25 Oktober 2023
30 Oktober 2023
Mesy Review Performance Hospital Pendang 2023
Pelbagai isu dibincangkan dalam mesyuarat yg dipengerusikan oleh Ybrs Dr Farique Rizal Abdul Hamid (Timbalan Kesihatan Negeri Perubatan) meliputi BEMS, FEMS, CLS, LLS, HWMS dan FMS.
Hospital diwakili oleh Ybrs Pengarah Hospital, Jurutera dan wakil2 Liaison Officer yg dilantik manakala syarikat oleh pengurusan tertinggi termasuk wakil bertugas di hospital.
24 Oktober 2023
Kursus Pengunhsian Bangunan & Demonstrasi Kebakaran
Program adalah bertujuan bagi memberi pengetahuan asas tentang keselamatan kebakaran menerusi pendedahan alat pasif dan aktif kebakaran yang terdapat di hospital dan teknik penggunaan peralatan pemadam api yang betul oleh Pasukan Bomba dari Balai Bomba Pendang.
Penutup Kursus dirasmikan oleh Pengarah Hospital Pendang Mejar Bersekutu (PA) Dr. Muhammad Shauqi bin Hj. Abdul Kadir pada jam 4 petang. Beliau mengharapkan semua peserta mengaplikasi semua ilmu dan kemahiran sebaiknya demi kebaikan hospital.
24 Oktober 2023
24 Oktober 2023
PROGRAM BASIC LIFE SUPPORT (BLS) BIL. 2
Pengarah Hospital dalam ucapan perasmian mengucapkan Syabas kepada Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Pendang yang telah berjaya menggunakan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan- LDP bagi memenuhi keperluan HPIA agar 70% dari jumlah paramedik di unit/jabatan hospital mempunyai latihan asas BLS.
Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur terutama Dr Roshidah binti Rosman, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Pendang, Pakar-pakar Kecemasan dan Jabatan Kecemasan dan Trauma yang telah bekerja keras bagi menjayakan kursus ini.
4 Oktober 2023
Klinik Pakar Paediatrik dan O&G
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena pembukaan Klinik Pakar Paediatrik dan O&G di Aras 2. Pembukaan dan pertambahan perkhidmatan bertujuan untuk terus komited membantu dalam rawatan kepada para pesakit dari daerah ini dan Kedah amnya dengan mengoptimumkan ruang yang ada.
4 Oktober 2023
15 Oktober 2023
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT HOSPITAL PENDANG BAGI TAHUN 1445H/2023M
26 September 2023
KURSUS PENGENDALIAN GAS PERUBATAN
Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada para peserta tentang pengendalian gas perubatan di samping meningkatkan kesedaran peserta tentang pentingnya menjaga keselamatan diri dan tempat kerja dari bahaya. Kursus ini dihadiri oleh kakitangan dari Unit Kecemasan, Kompleks Pakar, Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad Pediatrik, Wad Pediatrik (NICU),Wad O&G, PAC, Klinik Pakar, HDU dan juga Paradigm. Ceramah disampaikan oleh En. Jeffrul bin Affendi dari Gas Pantai Timur.
Kursus ini disempurnakan dengan perasmian oleh Pengarah Hospital Pendang, Yang Berusaha Mejar Bersekutu (PA) Dr Muhammad Shauqi bin Abdul Kadir.
26 September 2023
21 September 2023
Unit Hemodialisis (HD)
20 September 2023
Majlis Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2023
Majlis di peringkat Hospital Pendang Kedah pada 20.9.2023 diperkarangan Lobi Hospital Pendang yang dirasmikan oleh Pengarah Hospital Pendang MEJAR BERSEKUTU (PA) DR.MUHAMMAD SHAUQI BIN HJ. ABDUL KADIR.
20 September 2023
17 September 2023
Wad O&G
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena pembukaan baharu wad O&G di Aras 3 dan Klinik Pakar O&G. Ia bertujuan untuk terus komited membantu dalam rawatan kepada para pesakit dari daerah ini dan Kedah amnya dan juga mengoptimumkan ruang yg ada terutama kepada pesakit O&G yg disediakan kemudahan katil sehingga 28 unit.
15 September 2023
15 September 2023
14 September 2023
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena pembukaan baharu wad Paediatrik dan SCN
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena pembukaan baharu Wad Paediatrik dan SCN di Aras 3. Pembukaan dan pertambahan perkhidmatan Klinikal susulan kemasukan kakitangan dan peralatan perubatan dan bukan perubatan ke Hospital.
14 September 2023
Pameran Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia
Ruang Legar Lobi Utama Hospital Pendang tersedia pameran Sejarah Kemerdekaan Negara sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Semua pelanggan boleh meneliti pameran ini untuk menambah ilmu dan semakin patriotik kepada negara kita setelah susur galur sejarah dipelajari.
14 September 2023
13 September 2023
SAMBUTAN HARI FISIOTERAPI SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL PENDANG 2023
Tema pada tahun ini adalah 'arthritis'. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
- konsultansi bersama fisioterapis
- kuiz berkaitan tema pada tahun ini
- ujian kecergasan
- pameran
3 September 2023
Majlis Serahan Sumbangan Alatan Perubatan oleh Ketua Sami Buddha dan Masyarakat Siam kepada Hospital Pendang
3 September 2023
24 Ogos 2023
Majlis Perpisahan Khas Hospital Buat Pengarah Hospital Pertama
23 Ogos 2023
🌿SUMBANGAN PERALATAN PERUBATAN UNTUK HOSPITAL PENDANG
Sambutan ulang tahun kelahiran Ketua Sami Budha Siam Kedah & Perlis Ke 91 di Wat Siam Kg Titi Akar Pendang 23.8.2023 & sumbangan peralatan perubatan untuk Hospital pendang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga Siam yang telah memberi sumbangan kepada hospital secara sukarela dan telah memberi layanan yang sangat baik. Semoga hubungan yang harmoni dan sejahtera ini berterusan.
23 Ogos 2023
Jumlah Pelawat
- Users 3
- Articles 108
- Articles View Hits 659
Hubungi Kami
Hospital Pendang
Mukim Air Puteh
06700 Pendang
Kedah Darulaman
No. Telefon : 04-7251000
E-Mail: hope@moh.gov.my