BAHAGIAN PENGURUSAN
Pengenalan
Unit Khidmat Pengurusan
Unit Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan Hospital Pendang adalah merupakan unit sokongan kepada Hospital Pendang. Peranan dan tanggungjawab unit ini selain menyelia urusan-urusan perkhidmatan sumber dalaman ianya juga bertanggungjawab memastikan dokumen, maklumat dan sumber penting berkaitan yang diterima dapat disalurkan ke Unit-Unit dan Bahagian-Bahagian dengan lebih pantas dan berkesan.
Pengenalan
Unit Sumber Manusia
Unit Sumber Manusia melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan empat (4) aktiviti utama iaitu urusan perkhidmatan, perjawatan, latihan dan penilaian kompetensi. Unit ini juga turut bertanggungjawab di dalam mengurus, mentadbir dan mengendali sistem HRMIS bagi seluruh warga HOPE.
Pengenalan
Merupakan teraju Information and Communication Technology (ICT) yang komprehensif bagi menyokong transformasi perkhidmatan penjagaan kesihatan. Unit ini di bawah penyeliaan Timbalan Pengarah Pengurusan yang melaksanakan perkhidmatan pengurusan teknologi maklumat bagi membantu pengurusan hospital dalam merancang strategi penyampaian perkhidmatan kesihatan yang efisyen dengan menggunakan teknologi ICT terkini bagi memastikan penggunaan ICT yang berkesan dan berkualiti dalam melaksanakan kerja dan membuat keputusan bagi meningkatkan sistem penyampaian kerajaan di peringkat hospital dan memupuk warga HOPE ke arah membudayakan ICT.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Pengurusan Peralatan ICT
- Pengurusan Sistem Maklumat/ Aplikasi
- Pengurusan Sistem Rangkaian
- Pengurusan Pusat Data Dan Backup
- Pengurusan Multimedia
- Pengurusan Portal Rasmi Dan Maklumat
- Pengurusan Emel
- Pengurusan Program Literasi ICT
- Pengurusan Perkhidmatan Meja Bantuan/ Helpdesk
- Pengurusan HIS
- Pengurusan Pentadbiran
Pengenalan
Unit Hal Ehwal Islam adalah sebuah unit di bawah Jabatan Pengurusan Hospital Pendang yang diketuai oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 yang merupakan pegawai kader dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Unit ini bertanggungjawab mengendali, menyelaras dan melaksanakan aktiviti – aktiviti berkaitan kerohanian seperti penerapan nilai-nilai Islam kepada warga kerja hospital, merealisasikan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewujudkan konsep Hospital Mesra Ibadah serta menyedia dan melaksana perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan Hal Ehwal Islam di hospital dengan
- Meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam bagi memastikan warga kerja dan pesakit mendapat bimbingan kerohanian.
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan melalui penerapan budaya Islam dan penghayatan nilai-nilai murni di kalangan warga kerja semasa bertugas.
- Memastikan aktiviti hospital yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dilaksanakan dengan cekap dan efisyen.
- Menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan keperluan dan selaras dengan kehendak Syari’e.
- Melahirkan warga kerja hospital yang mahir dalam pengurusan dan pengendalian ibadah pesakit dengan melaksanakan pelbagai kursus dan latihan secara berkala dan komprehensif.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Ziarah pesakit di wad
- Bimbingan wuduk, tayammum dan solat kepada pesakit dan waris
- Memberi khidmat nasihat dan rundingcara hukum Islam
- Pengumuman waktu solat
- Bacaan doa pagi
Fungsi Utama Unit
- Mengawal dan memantau pengurusan kewangan di peringkat jabatan.
- Mengawal dan memantau segala perbelanjaan dengan teratur dan mengikut peraturan.
- Menyelaraskan peruntukan mengurus serta memantau prestasi perbelanjaan Jabatan.
- Memantau dan mengawal pengurusan kutipan hasil di peringkat Jabatan.
- Bertindak sebagai urusetia bagi perolehan bekalan, kerja dan perkhidmatan melalui tender.
- Mengurus perolehan bekalan, kerja dan perkhidmatan melalui pembelian terus dan sebutharga serta memantau urusan perolehan di peringkat Jabatan.
- Menyelaras dan memantau urusan berkaitan Pengurusan Aset Alih Jabatan.
- Menyelaras dan memantau urusan berkaitan Pengurusan Stor di peringkat Jabatan.
- Menguruskan kemudahan / tuntutan warga kerja.
- Menyambungkan talian daripada jabatan / agensi lain ke jabatan / pegawai yang diperlukan dalam hospital atas urusan rasmi.
- Menyambungkan talian daripada pesakit ke klinik/wad atas urusan temujanji.
- Menyambungkan talian daripada pegawai ke jabatan/agensi luar atas urusan rasmi.
- Menyambungkan talian ke nombor telefon pesakit atas urusan temujanji / rasmi .
- Menghubungi dan memaklumkan pegawai yang terlibat dengan kes-kes kecemasan seperti red alert/ disaster alert .
- Hebahan diterima daripada ketua unit untuk semua kakitangan / pegawai yang berkenaan sahaja .
- Hebahan yang dibenarkan oleh unit perkhidmatan adalah seperti :
- Pengumuman kecemasan (red alert/code pink/code blue/stroke alert/fire drill)
- Panggilan mesyuarat
- CME/CNE
- Perhimpunan pagi
- Iklan yang berkaitan program jabatan
Pengenalan
Unit Pembangunan bertanggungjawab menyelaraskan perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan Hospital Pendang. Selain itu, Unit Pembangunan juga menguruskan peruntukan Belanja Pembangunan (P42).
OBJEKTIF
1. Menjadikan perpustakaan sebagai pusat sumber ilmu dan maklumat yang cemerlang kepada pengguna pelbagai kategori bagi tujuan perancangan kesihatan, perawatan, perubatan, dan penyelidikan.
2. Menjadikan perpustakaan sebagai tempat bacaan, rujukan, dan penyelidikan di dalam menggalakkan warga organisasi membaca bagi mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berbudaya membaca.
3. Membina koleksi bahan bacaan dan maklumat yang berkualiti, lengkap, sistematik, dan terkini.
SKOP PERKHIDMATAN
1. Memberikan perkhidmatan pinjaman dan rujukan, sumber pencarian maklumat dan penyelidikan, perkhidmatan OPAC melalui Sistem S-LIB, perkhidmatan komputer dan Internet, perkhidmatan pengimbas, perkhidmatan fotokopi, perkhidmatan bilik mesyuarat dan rujukan jurnal perubatan.
2. Membantu dari segi penyediaan bahan dan maklumat berdasarkan sumber bahan bercetak mahupun bukan bercetak (Online) melalui Pangkalan data dilanggan oleh KKM dan pihak hospital (sekiranya ada).
VISI
Menjadikan Perpustakaan sebuah pusat rujukan maklumat dalam bidang kesihatan dan perubatan klinikal yang cemerlang, terkini dan unggul bagi mewujudkan masyarakat Hospital Pendang yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat serta gemar membaca.
MISI
- Membantu organisasi dalam membina warga hospital yang kaya dengan maklumat dan seterusnya kaya dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan, pendedahan kemahiran kepada penggunaan bahan dan pencarian maklumat
- Mempastikan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti, dinamik dan sistematik dalam mempertingkatkan prestasi institusi dengan mengadakan persekitaran yang selesa dan mesra sesuai dengan suasana pembelajaran dan penyelidikan.
Pengenalan
Unit Keselamatan terletak di Aras 1, lobi utama Hospital Pendang. Organisasi ini di bawah Bahagian Pengurusan. Fungsi utama adalah bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan organisasi pada tahap yang maksima. Kakitangan Unit Keselamatan merupakan Pegawai Kader daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.
Objektif
Memastikan Sistem Kawalan Keselamatan Perlindungan di hospital sentiasa dalam keadaan baik dan terjamin.
Perkhidmatan Yang Disediakan :
- Memberi khidmat nasihat berkenaan keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan peribadi serta keselamatan ICT.
- Membuat pemeriksaan keselamatan dan memberi syor-syor agar ia dipatuhi.
- Menjalankan siasatan awal terhadap sesuatu pelanggaran keselamatan dan menyediakan laporan.
- Mengkaji keperluan kelengkapan sistem keselamatan bagi tujuan memperkukuhkan tahap keselamatan hospital.
- Mengurus pengeluaran kad pengenalan jabatan, kad akses, kad pelajar, pas pelawat dan pas pekerja.
- Menguruskan kunci-kunci pejabat.
- Mengurus/Memantau operasi Kawalan Keselamatan Swasta.
- Urusan tempahan tempat letak kereta bagi majlis-majlis rasmi hospital.
BAHAGIAN KLINIKAL
Pengenalan
Unit Penyeliaan terletak di Aras 2 bersebelahan Lobi Utama Hospital Sultan Abdul Halim. Unit Penyeliaan adalah satu unit yang mengurus dan menjaga kepentingan profesion dan kebajikan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit ini memainkan peranan penting dalam pengagihan dan penempatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di semua jabatan di hospital ini mengikut perjawatan yang diluluskan.
Unit Penyeliaan juga sentiasa melakukan pemantauan dan mengenal pasti keperluan Penolong Pegawai Perubatan serta Pembantu Perawatan Kesihatan di setiap jabatan atau unit. Unit Penyeliaan juga sentiasa melakukan pemantauan klinikal berkala dan memastikan kod etika dipatuhi oleh semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Sentiasa bekerjasama dengan jabatan/unit yang berkaitan di Hospital Sultan Abdul Halim secara professional dengan meletakkan kepentingan perkhidmatan.
- Membuat penempatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan bagi kemasukan baru ke hospital ini mengikut perjawatan yang telah diluluskan.
- Memantau dan memberi latihan kepada Program Penempatan Wajib (PPW).
- Liaison Officer Facility Engineering and Maintenance Services (FEMS) dan Clinical Waste Management Services (CWMS) kepada perkhidmatan sokongan hospital.
- Memastikan perkhidmatan PORTER berfungsi dengan baik dan sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.
- Sentiasa memantau kaunter pendaftaran Klinik Pakar dan kerusi roda agar perkhidmatan berfungsi dengan baik.
Pengenalan
Unit ini berfungsi sebagai pusat sumber maklumat dan rundingan berkenaan aktiviti peningkatan kualiti di hospital (Hospital Specific Approach, Audit Klinikal, KIK dan Inovasi).
Pusat pengumpulan data Hospital Performance Indicator Approach (HPIA), Key Performance Indicator (KPI) dan Kajian Kepuasan Pelanggan (kaedah SERVQUAL) untuk dianalisa dan penyediaan laporan untuk disebarkan.
Pengawalselia keberkesanan unit dan jabatan dalam mencapai standard yang telah ditetapkan dalam perlaksanaan keselamatan pesakit (Pelaporan insiden dan pemantauan Malaysian Patient Safety Goals).
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Rundingcara Kajian Kualiti (HSA/ Audit Klinikal/ Inovasi/ KIK).
- Urus setia Hospital Kluster Kedah Tengah.
- Urus setia Persijilan (Akreditasi/ Pain Free Hospital).
- Perbincangan Morbiditi/ Mortaliti Hospital.
- Urus setia Permohonan Privileging HSAH.
- Patient Safety Incident Reporting.
- Clinical Key Peformance Indicator (KPI).
- Hospital Performance Index for Accountability (HPIA).
PENGENALAN
Perkhidmatan klinikal yang disediakan, di sempurnakan dalam hari yang sama (same calendar day) dan tidak memerlukan pesakit bermalam di hospital. Perkhidmatan Rawatan Harian merangkumi pelbagai jenis prosedur termasuk untuk tujuan pencegahan, penyiasatan, terapi serta rehabilitasi. Pesakit telah dijadualkan untuk menjalani rawatan harian berkenaan. Prosedur yang dijalankan itu kebiasaannya memerlukan suatu tempoh pemulihan dan pemerhatian yang singkat.
OPERASI UNIT RAWATAN HARIAN
Unit Rawatan Harian beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat (08.00 pagi hingga 5.00 petang). Antara perkhidmatan yang dijalankan di Unit Rawatan Harian adalah seperti berikut:
1. Minimaly invasive musculoskeletal procedure.
2. Electro Physiology Hearing Test.
3. Patient Pre Assesment for child.
4. Botulium Toxin A Injection.
5. Fiberoptic Endoscopic Evaluation of Swallowing (FEES).
6. Urodynamic Studies (UDS).
Pengenalan
Jabatan Ortopedik terdiri daripada Klinik Pakar Ortopedik, wad lelaki ortopedik dan wad perempuan ortopedik. Perkhidmatan diberi kepada pesakit di sekitar daerah Pendang dan daerah-daerah yang berhampiran dengannya. Program networking dengan hospital-hospital dibwah JKN dijalankan bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat dan juga mementingkan perkhidmatan yang berkualiti serta selamat supaya pesakit mendapat kepuasan yang maksima dari perkhidmatan yang telah diberikan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit dalam dan pesakit luar serta kes-kes yang dirujuk dari hospital dan institusi-institusi lain.
- Menjalankan pembedahan elektif dan trauma termasuk pembedahan joint replacement (Total Knee Replacment & Total Hip Replacment, tulang belakang (spine operation kes arthoscopy (ACL & PCL)), pembedahan untuk pediatrik, pemasangan illizarov bone transport and lengthening dan lain-lain.
Pengenalan
Perkhidmatan kejururawatan merupakan komponen yang terbesar menyumbang tenaga kerja dalam perawatan dan penjagaan pesakit. Selaras dengan Misi dan Visi Kementerian Kesihatan. Unit Kejururawatan akan terus berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik supaya pesakit dapat mengekalkan status kesihatan untuk menikmati hidup yang lebih bermutu.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Memberikan perkhidmatan kejururawatan dan penjagaan pesakit seperti berikut:
- Kritikal Unit
- Dewan Bedah Am
- Dewan Bedah Bersalin
- Dewan Bersalin
- Jabatan Kecemasan
- Unit Hemodialisis
- Wad-wad
- Klinik
- Klinik-klinik Pakar
- Perkhidmatan Rawatan Harian
- Unit Sokongan
- Unit CSSU
- Wound Care Unit
- Unit Pengambilan Darah Bersepasu
- Wad Kritikal
- Intensive Care Unit (ICU)
- Coronary Care Unit (CCU)
- Neonatal Intensive Care Unit (NICU)
- High Dependency Area (HDA)
- Kritikal Unit
Pengenalan
Unit Perubatan terletak di aras satu bersebelahan dengan Jabatan Farmasi Logistik. Fasiliti yang disediakan adalah bilik autopsi (Islam & bukan Islam), bilik autopsi mayat reput, makmal latihan untuk pembelajaran, bilik seminar, bilik penyediaan mayat (Islam & bukan Islam), peti sejuk untuk simpanan mayat dan 1 buah kenderaan jenazah.
Bidang Perubatan Forensik boleh dibahagikan kepada tiga pengkhususan iaitu:
- Patologi Forensik
- Melibatkan pemeriksaan mayat kes polis.
- Klinikal Forensik
- Melibatkan pemeriksaan perubatan mangsa/suspek yang terlibat dalam kes polis yang masih hidup.
- Amalan Medikolegal
- Menyentuh aspek-aspek perundangan dan etika perubatan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Unit Forensik memberi perkhidmatan seperti pemeriksaan post-mortem ke atas kes kematian medico-legal dan kes kematian klinikal, penerimaan dan penyerahan jenazah/mayat daripada wad atau polis kepada waris serta penerimaan dan penyerahan ceraian anggota badan atau janin daripada wad kepada waris.
- Unit ini berperanan di dalam menguruskan kenderaan jenazah/mayat, menyimpan mayat yang tidak dituntut dalam tempoh masa sementara, melupuskan mayat tidak dituntut setelah mendapat kebenaran perlupusan oleh pihak polis, pihak kedutaan bagi warga negara asing atau Pengarah Hospital. Juga menyerahkan permit menguburkan dan menyediakan tempat pengurusan jenazah/mayat.
Pengenalan
Unit ini berfungsi sebagai pusat sumber maklumat dan rundingan berkenaan aktiviti peningkatan kualiti di hospital (Hospital Specific Approach, Audit Klinikal, KIK dan Inovasi).
Pusat pengumpulan data Hospital Performance Indicator Approach (HPIA), Key Performance Indicator (KPI) dan Kajian Kepuasan Pelanggan (kaedah SERVQUAL) untuk dianalisa dan penyediaan laporan untuk disebarkan.
Pengawalselia keberkesanan unit dan jabatan dalam mencapai standard yang telah ditetapkan dalam perlaksanaan keselamatan pesakit (Pelaporan insiden dan pemantauan Malaysian Patient Safety Goals).
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Rundingcara Kajian Kualiti (HSA/ Audit Klinikal/ Inovasi/ KIK).
- Urus setia Hospital Kluster Kedah Tengah.
- Urus setia Persijilan (Akreditasi/ Pain Free Hospital).
- Perbincangan Morbiditi/ Mortaliti Hospital.
- Urus setia Permohonan Privileging HSAH.
- Patient Safety Incident Reporting.
- Clinical Key Peformance Indicator (KPI).
- Hospital Performance Index for Accountability (HPIA).
Pengenalan
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi merangkumi Intensive Care Unit (ICU), High Dependency Ward (HDW) dan Dewan Bedah. Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi telah berkembang sejajar dengan keperluan semasa.
OBJEKTIF
- Memberikan perkhidmatan anestesia perloperatif yang komprehensif dan mesra pelanggan serta berintgreasi dengan perkhimatan klinikal yang lain.
- Mempromosikan rawatan berteraskan pesakit (patient-centered care) melalui penubuhan klinik anestetik dan pembedahan harian
- Memberikan rawatan kelegaan sakit (pain relief) yang berkesan dan selamat kepada semua pesakit yang menjalani pembedahan dan juga ibu-ibu yang sedang sakit hendak bersalin.
- Memastikan keberkesanan rawatan dan kelangsungan hidup pesakit (patient’s survival) yang di rawat di Unit Rawatan Rapi
PENGENALAN
Projek Hospital Kluster telah dimulakan di Malaysia seawal tahun 2014. Hospital-hospital yang dikumpulkan bersama berdasarkan jarak dan kedudukan geografi yang selaras dari segi aliran pesakit dan perkhidmatan yang ditawarkan ini akan berkongsi sumber, fasiliti, tenaga kerja dan peralatan, yang mana dapat menjalankan operasi perkhidmatan secara efektif di samping menawarkan perkhidmatan yang selamat dan berkualiti tinggi yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat.
Unit Kluster ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang inisiatif-inisiatif Hospital Kluster, di samping mengurus dan menyelaraskan sebarang aktiviti berkaitan inisiatif Kluster di peringkat hospital.
OBJEKTIF
- Hubungan kerjasama yang strategik untuk mencapai tujuan yang sama bawah satu struktur kepimpinan.
- Mengoptimumkan penggunaan sumber, fasiliti, kakitangan dan peralatan.
- Meningkatkan perkongsian data dan mengukuhkan komunikasi yang strategik antara hospital-hospital dalam Kluster melalui penggunaan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kesihatan dalam Hospital Kluster.
- Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif Kluster di jabatan-jabatan yang telah diklusterkan termasuk pengumpulan & analisis data prestasi.
- Memfokus pengurusan aktiviti Hospital Kluster bawah satu organisasi yang mampu menyelia, menyelaras dan memantau secara keseluruhan.
- Membantu jabatan dalam meningkatkan peluang mendapatkan kemudahan perkhidmatan kepakaran yang lebih saksama dan “berdekatan dengan rumah” kepada masyarakat setempat.
- Membantu pihak Pengurusan dalam Kluster untuk mengukuhkan pelaksanaan pengurusan kewangan melalui perkongsian dan pengoptimuman sumber-sumber di Hospital-Hospital dalam Kluster bagi meningkatkan kualiti penjagaan perkhidmatan.
- Melaksanakan penyampaian perkhidmatan lebih efisien dan mampan dengan mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber sedia ada dan mengelakkan pembaziran.
- Meningkatkan kepuasan pelanggan dan anggota kesihatan dengan meningkatkan produktiviti dan pengagihan semula beban kerja.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Rawatan Pesakit Dalam.
- Rawatan Pesakit Luar.
- Klinik Psychogeriatric (Pakar Lawatan).
- Klinik Kanak-kanak Dan Remaja (Pakar Lawatan).
- Klinik Addiction (Pakar Lawatan).
- Klinik Clozapine / Lithium.
- Klinik Psikiatri Lawatan ke Hospital Yan.
- Klinik Psikiatri Lawatan ke Hospital Sik.
- Perkhidmatan Komuniti Psikiatri.
- Perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja.
- Pemulihan Psikososial Bagi Pesakit Dalam Dan Pesakit Luar – Supported Employment.
- Perkhidmatan Psikologi Klinikal (Sessional).
- Perkhidmatan Kaunseling.
- Perkhidmatan Liason Psikiatri.
- Klinik Pengesahan OKU Mental.
- Pusat Kesihatan Mental Masyarakat HSAH, Kupang.
- Perkhidmatan Electro Convulsive Theraphy (ECT).
- Klinik Psikiatri Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan, Bedong.
- Memberi latihan dalam bidang psikiatri termasuk latihan untuk calon Sarjana Perubatan Psikiatri, calon sub-kepakaran psikiatri kanak-kanak dan remaja serta calon MRCPsych, jururawat pelatih KKM/swasta.
Pengenalan
Jabatan Kecemasan dan Trauma merupakan salah satu jabatan yang penting di Hospital Pendang. Ia beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan bertindak sebagai barisan hadapan dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang merangkumi pesakit kritikal, separa kritikal dan tidak kritikal.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Perawatan Perubatan Kecemasan dan Trauma di zon kritikal, semi kritikal dan tidak kritikal termasuk pemerhatian dan rawatan asma. Perawatan kecemasan meliputi menstabilkan pesakit, mendiagnosa, melakukan prosedur dan memberi rawatan difinitif.
- Pusat Perkhidmatan Sepadu (OSCC)
Jabatan Kecemasan akan bekerjasama dengan jabatan lain di hospital, agensi di luar dan pihak berkuasa bagi kes-kes OSCC seperti kes rogol, penderaan seksual, penderaan kanak kanak, mengandung tanpa nikah, cabul, sodomi dan lain-lain. - Perkhidmatan Pre Hospital Care yang merangkumi perkhidmatan ambulans kecemasan dan pemindahan pesakit antara fasiliti.
- Perkhidmatan Liputan Perubatan yang menyediakan pasukan perlindungan perubatan sekiranya terdapat permintaan untuk sesuatu acara sama ada bersedia di Jabatan Kecemasan atau di lokasi.
- Pengurusan bencana iaitu bertindak secara aktif dalam pengurusan bencana dan mengkoordinasi pengurusan bencana dalaman dan luaran.
- Memberi perkhidmatan khidmat latihan untuk Pegawai Perubatan Siswazah (PPS), Penolong Pegawai Perubatan Pelatih, Jururawat Pelatih, Pelatih Pos Basik, Program PPW dan lain-lain agensi seperti Jabatan Bomba dan JPAM.
Pengenalan
Jabatan ini terdiri daripada Klinik Pakar, Wad Pembedahan , Unit Endoskopi dan Unit Rawatan Harian untuk mengendalikan pembedahan am yang meliputi pembedahan kecemasan dan elektif. Jabatan ini juga memberi rawatan pembedahan kecil dan rawatan endoskopi selain perkhidmatan rawatan kepada pesakit dalam dan luar serta menerima kes rujukan dari Hospital lain.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Klinik Pakar Pesakit Luar Pembedahan
- Perkhidmatan Pesakit Dalam Wad Pembedahan.
- Perkhidmatan Pembedahan Am.
- Perkhidmatan Pembedahan Kecil.
- Perkhidmatan Kimoterapi.
- Perkhidmatan Endoskopi.
- Perkhidmatan Rawatan Harian.
- Perkhidmatan Klinik AVF.
BAHAGIAN SOKONGAN KLINIKAL
Pengenalan
Perkhidmatan fisioterapi adalah dikategorikan sebagai sokongan klinikal. Tujuan utama adalah memberikan perkhidmatan fisioterapi kepada pesakit luar dan pesakit dalam.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Perkhidmatan yang disediakan merangkumi rawatan Pesakit Luar dan Pesakit Dalam. Rujukan Pesakit Luar diterima dari pelbagai disiplin di Hospital Pendang, hospital dan klinik kerajaan dan swasta.
Perkhidmatan Fisioterapi menggunakan kaedah curative, rehabilitative, promotive dan preventive untuk membantu perawatan pesakit yang mengalami penyakit yang melibatkan anggota badan. Perkhidmatan Pesakit Luar dan Pesakit Dalam menggunakan kaedah proses penjagaan klinikal pesakit seperti berikut:- Penilaian pesakit.
- Penentuan masalah-masalah pesakit.
- Perancangan rawatan fisioterapi.
- Intervensi.
- Pendidikan pesakit serta kaunseling.
- Penilaian semula.
- Program discaj.
Skop perawatan fisioterapi meliputi bidang musculoskeletal, kardio-respiratori, neurologi, pemulihan sukan, kesihatan wanita, vestibular rehabilitation, lymphoedema, pemulihan kanak-kanak istimewa, pengurusan berat badan dan promosi kesihatan. Rawatan Fisioterapi yang diberikan terdiri dari elektroterapi, agen termal, senaman terapeutik, fototerapi, bandaging dan strapping, cryotherapy, hydrotherapy, terapi mekanikal, chest physiotherapy, teknik-teknik khas dan pendidikan pesakit. Perkhidmatan Hidroterapi, Shock Wave Therapy dan Fototerapi adalah antara rawatan berteknologi tinggi yang terdapat di Unit Fisioterapi. Program promosi kesihatan dan pencegahan dijalankan secara memberi ceramah, pameran dan pendidikan pesakit secara individu.
Pengenalan
Seiring dengan pembangunan yang pesat dan cara hidup lebih mencabar, Jabatan Perubatan pada tahun ini terus melangkah dan memperkemaskan perkhidmatan-yang sedia ada di dalam mengendalikan rawatan kepakaran perubatan.
Dalam mencapai matlamat penyembuhan pesakit yang optima, perkhidmatan tertumpu kepada pesakit dalam, pesakit luar dan pesakit rawatan harian. Pesakit yang memerlukan rawatan kepakaran yang tiada di jabatan ini, akan dihantar ke hospital berpakar yang lain.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Melakukan pemeriksaan dan rawatan perubatan kepada pesakit akut dan kronik.
- Memberi rawatan, menstabilkan dan berusaha mengurangkan penyakit serta beban yang dialami oleh pesakit dan ahli keluarga.
- Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dan kaunseling bagi mengawal penyakit berjangkit serta berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan juga kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesihatan.
- Membantu pesakit untuk mendapat rawatan yang sewajarnya dan merujuk mereka ke hospital lain sekiranya tiada kepakaran.
- Menyediakan anggota yang cekap dan terlatih dalam teori dan praktikal kepada pelatih perubatan dari IPTA/IPTS.
Pengenalan
Jabatan Pengimejan Diagnostik terletak di Aras 2, bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma. Ia juga berdekatan dengan Lobi Utama dan Klinik Pakar. Jabatan ini merupakan perkhidmatan sokongan hospital.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Perkhidmatan Diagnostik.
- Radiografi Am Dan Mudah Gerak.
- Ultrasound.
- Computed Tomography.
- Magnetic Resonance Imagingd.
- Fluroskopi.
- Interventional Radiography.
- Perkhidmatan Interventional.
- Perkhidmatan interventional bagi tujuan Diagnostik dan Terapeutik menggunakan modaliti CT Scan, Ultrasound, Fluroskopi dan Mammografi.
- Perkhidmatan Sokongan.
- Menyediakan sumber manusia mengikut pre-schedule worklist untuk mengendalikan pemeriksaan am (OT) serta fluroskopi /image intensifier dengan mesin yang sedia ada di Dewan Pembedahan dan CCU.
Pengenalan
Jabatan ini di bawah Direktorat Diagnostik & Klinikal. Ia bertanggungjawab dalam menjalankan pelbagai ujian diagnostik serta membekalkan darah yang selamat dan mencukupi untuk rawatan pesakit.
Jabatan ini terdiri daripada enam disiplin perkhidmatan makmal iaitu Patologi Kimia, Mikrobiologi, Hematologi, Histopatologi, Saitologi dan Perubatan Transfusi.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Mikrobiologi
- Bakteriologi, Immunologi, Virologi, Serologi dan Parasitologi.
- Patologi Kimia
- General Chemistry for blood, urine and body fluids.
- Tumor markers, Hormones, Drugs of Abuse, HbA1C, Blood gases and Osmolality.
- Perubatan Transfusi
- Bahagian Immunohematologi (ABO and Rh blood grouping, Coomb’s Test, Crossmatching and Antibody Screening, Group Screen and Hold, Antibody Identification, Red Cell Phenotyping, Transfusion Reaction Investigation).
- Bahagian Pendermaan Darah (Derma Darah Bergerak dan Statik).
- Hematologi
- Full Blood Count, Coagulation, Blood Film Examination, Bone Marrow Examination, Hb Analysis, D-Dimer, Fibrinogen, Kleihauer test, G6PD screening test (Fluorescent spot test), Urine Haemosiderin and ESR.
- Histopalogi
- Routine HPE, special stains, immunohistochemistry (IHC) and Clinical Autopsy.
- Saitologi
- Gynae cytology (liquid-based &conventional), Non-gynae cytology, FNA with rapid onsite evaluation (ROSE, Semen Analysis, HPV DNA for cervical cancer screening.
Pengenalan
Casemix adalah sebuah sistem yang mengkelaskan setiap episod rawatan pesakit di fasiliti kesihatan menurut kumpulan tertentu, di mana setiap kumpulan tersebut mempunyai ciri klinikal yang sama serta menggunakan sumber hampir sama. Oleh itu, maklumat Casemix merupakan gabungan maklumat klinikal dan kewangan bagi setiap episod rawatan pesakit di fasiliti kesihatan. Casemix telah dilaksanakan di hospital KKM secara berperingkat bermula pada tahun 2010. Kemasukan data pesakit bagi sistem ini telah bermula pada 1 Oktober 2019. Sehingga Disember 2020, sebanyak 102 (70%) daripada 146 buah hospital/institusi telah melaksanakan Casemix. Dijangkakan pada tahun 2022, perlaksanaan Casemix akan mencapai 100%.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Pengurusan kemasukan data Pesakit Dalam (inpatient) ke dalam Sistem MalaysianDRG peringkat hospital.
- Menyelaras dan menjalankan latihan yang berkaitan dengan Sistem Casemix kepada semua jabatan di HOPE termasuk Pakar, Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan siswazah dan juga kejururawatan.
- Memberi Latihan mengenai Ketepatan Diagnosis Utama dan Kesempurnaan Diagnosis Lain kepada semua Pegawai Perubatan Siswazah yang baru daftar ke Hospital Pendang.
- Menyelaras dan menjalankan pengisian data kewangan peringkat hospital kepada akauntan dan Pegawai Rekod.
- Memberi Latihan Ketepatan Diagnosis Utama dan Kesempurnaan Diagnosis Lain kepada semua hospital di Kedah iaitu HOKKU, HOKTEN dan HOKSEL.
- Menyelaras dan menjalankan pengisian data kewangan peringkat HOKKU dan HOKTEN.
- Menyelaras pengumpulan data kewangan iaitu nilai tanah, nilai bangunan, jumlah perbelanjaan hospital, jumlah emolumen dan elaun kakitangan hospital, jumlah emolumen pakar, pegawai perubatan, jururawat dan penolong pegawai perubatan, semua Objek Am, Objek Lanjut, Asset Hospital Pendang, Perbelanjaan Out of Pocket, ukur bangunan setiap jabatan, bilangan semua pesakit mengikut kategori, bilangan katil, beban kerja setiap jabatan, penggunaan spesimen makmal, penggunaan imaging, penggunaan transfusi darah dan lain-lain maklumat kewangan kepada semua unit/jabatan.
- Penyediaan laporan casemix tahunan hospital.
Pengenalan
Jabatan Farmasi dan Bekalan adalah salah satu perkhidmatan sokongan utama di hospital ini yang bertujuan untuk memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui amalan farmasi yang berkesan. Jabatan ini bertanggungjawab untuk:
- Mengoptimakan terapi ubat-ubatan melalui penyampaian perkhidmatan farmasi yang berkesan, dinamik dan progresif, berkualiti dan professional.
- Memastikan perbelanjaan ubat-ubatan dan bukan ubat di tahap yang ekonomik dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Memberi kesedaran mengenai penggunaan ubat-ubatan secara rasional, keselamatan pengubatan dan pelaporan kesan advers ubat.
- Mengoptimakan penggunaan tenaga kerja selaras dengan beban tugas yang perlu disediakan.
- Memastikan pencapaian perkhidmatan yang berkualiti secara berterusan.
Pengenalan
Unit Perkhidmatan Bahan Steril (CSSU) terletak di aras 4 bersebelahan dengan Dewan Bedah dan Auditorium. Unit ini merupakan unit sokongan klinikal yang bertanggungjawab dalam menyediakan dan membekalkan bahan-bahan steril kepada unit di Hospital Pendang mengikut Standard Operating Procedure yang ditetapkan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Menerima dan mencuci set dan peralatan yang telah diguna pakai daripada Dewan Bedah Utama, Dewan Bedah Bersalin, wad dan klinik.
- Menyediakan set/alatan untuk disucihama mengikut Standard Operating Procedure yang ditetapkan.
- Menjalankan proses pensterilan (dilakukan oleh empat (4) orang Operator Otokleb yang bertugas mengikut giliran).
- Mengagihkan set/alatan steril kepada semua unit termasuk..
- Menyediakan dan membekal keperluan soft goods seperti gauzes, swabs dan lain-lain untuk kegunaan Dewan Bedah Utama dan Dewan Bedah Bersalin, wad dan klinik.
- Memberi perkhidmatan pensterilan kepada klinik.
- Beroperasi dari hari Ahad hingga Khamis bermula jam 8.00 pagi – 9.00 malam. Bagi hari Jumaat dan Sabtu serta Kelepasan Am, unit ini beroperasi dari jam 8.00 pagi – 8.00 malam.
- Selain itu staf CSSU juga bertugas atas panggilan sekiranya dipanggil oleh unit yang memerlukan setatau keperluan lain seperti soft goods dan linen.
Pengenalan
Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi ialah satu jabatan yang dinamik dengan matlamat untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang efisien kepada semua lingkungan usia wanita yang memerlukan penjagaan dan perawatan. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi pelbagai skop iaitu perawatan penjagaan ibu antenatal, intrapartum, post partum serta perkhidmatan sub specialised seperti pemanian berhadas (intra uterine insemination).
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Penjagaan dan Rawatan Pesakit Dalam - perkhidmatan penjagaan rapi kepada semua kes-kes berisiko, ginekologi, antenatal, postnatal dan pembedahan.
- Penjagaan dan Rawatan Pesakit Luar Klinik Pakar termasuk Klinik Obstetrik & Klinik Ginekologi.
- Perbincangan Morbiditi/ Mortaliti Hospital.
- Menyedia perkhidmatan khas HRT/ Infertility Combined Clinic, Klinik Pre Pregnancy.
- Rawatan Harian prosedur minor IUI/ Colposcopy.
- Patient Asessment Center (PAC) menerima dan memeriksa ibu-ibu hamil. Dewan Bersalin memberi penjagaan perawatan kepada ibu hamil sehingga menyambut kelahiran.
Pengenalan
Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) merupakan salah sebuah unit di bawah Bahagian Kesihatan Bersekutu yang memberi perkhidmatan dalam membantu para pesakit khususnya bagi aspek psikososial dan sosioekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang proaktif dan boleh berdikari, sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit atau masalah yang dihadapi.
Perkhidmatan kerja sosial perubatan memberi penekanan kepada membantu pesakit memulihkan dan memaksimakan kefungsian sosial pesakit selaras dengan keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit. Perkhidmatan yang diberikan berdasarkan rujukan dari Pegawai Perubatan. Terdapat dua (2) jenis bantuan iaitu:
- Bantuan Terapi Sokongan.
Jenis kes yang terlibat adalah seperti berikut:- Penjagaan pesakit kronik/paliatif
- Cubaan bunuh diri
- Perbalahan/Keganasan rumahtangga
- Ibu tanpa nikah
- Mangsa perkosaan
- Penderaan kanak-kanak
- Kes kelaianan upaya (cacat)
- HIV Positif/ AIDS
- Ketagihan
- Masalah keluarga
- Bantuan Praktik.
Jenis-jenis bantuan praktik merangkumi perkhidmatan seperti berikut:- Penilaian sosioekonomi
- Perancangan keluar wad/Kesan waris
- Lawatan ke rumah pesakit (home visit)
- Penjagaan anak pelihara/anak angkat
- Permohonan alat tiruan/peralatan ke Tabung Bantuan Perubatan (TBP) atau Institut Jantung Negara (IJN)
- Bantuan Implan, kerusi roda, aerochamber, crutchers, walking frame, mesin suction, oxygen concentrator, kanta intraokular dan lain-lain.
- Pengurusan kes anak terdampar.
- Penilaian sosioekonomi
Pengenalan
Unit Pemulihan Carakerja diletakkan di bawah Jabatan Rehabilitasi.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Pemulihan Ortopedik (membekalkan static splint/dynamic splint mengikut preskripsi dan latihan kefungsian tangan dan anggota atas).
- Pemulihan Pediatrik (merangkumi kes-kes medikal dan kes-kes Child Psychiatry, juga melakukan lawatan ke sekolah-sekolah pendidikan khas).
- Pemulihan Strok dan Kes Medikal (merangkumi rawatan awal pemulihan strok, kelas penjagaan pesakit strok/medikal untuk pesakit dan penjaga, latihan ADL & IADL dan aktiviti domestik).
- Pemulihan Psikiatri & Kesihatan Mental (merangkumi aktiviti pemulihan in-house programme dan Supported Employment Programme).
- Pemulihan Neurosurgikal dan luka kebakaran/melecur (merangkumi kes kecederaan otak, pemberian pressure garments kepada pesakit dan sebagainya).
- Program Kembali Bekerja bagi kes Ortopedik dan Medikal.
- Penilaian Pra-Pemanduan bagi Permohonan Lesen OKU.
- Penilaian kesesuaian kerusi roda.
- Low Vision Rehabilitation.
- Cochlear Implant Rehabilitation.
Pengenalan
Jabatan Pediatrik ialah satu jabatan yang dinamik dengan matlamat untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang efisien, berkesan dan berdasarkan kepada bukti perubatan yang disahkan kepada semua kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke bawah yang memerlukan rawatan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Rawatan Pesakit Dalam.
- Rawatan Pesakit Luar.
- Rawatan susulan di Klinik Pediatrik termasuk di klinik sub-kepakaran.
- Menerima kes rujukan dari jabatan lain, hospital daerah, klinik kesihatan dan dari klinik / hospital swasta.
- Unit Rawatan Harian.
- Lawatan Ke Hospital Daerah.
Pengenalan
Jabatan Rekod Perubatan adalah salah satu perkhidmatan sokongan di hospital dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara berkaitan perkhidmatan rekod perubatan, pengurusan laporan perubatan dan pengurusan statistik dan maklumat bagi membantu pihak hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Jabatan Rekod Perubatan bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod perubatan, pengurusan laporan perubatan, pengurusan statistik dan maklumat hospital dan perawatan pesakit, notifikasi penyakit berjangkit, pengurusan lembaga perubatan dan menyelaras persidangan Pertubuhan Keselamatan dan Kebajikan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jabatan Rekod Perubatan juga menyampaikan maklumat statistik perawatan pesakit kepada institusi pengajian awam bagi tujuan kajian dan penyelidikan.
Pengenalan
Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan salah satu unit sokongan klinikal hospital. Jabatan ini berperanan memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional dan berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.
Bagi mencapai objektif tersebut, operasi jabatan ini dibahagikan kepada Unit Sajian yang berfungsi untuk menjalankan proses penerimaan bekalan bahan mentah, penyimpanan, penyediaan makanan, penghidangan secara berpusat (centralised plating) dan pembersihan peralatan, di samping Unit Dietetik yang memberikan perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit di wad serta Klinik Diet.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Perkhidmatan Dietetik
- Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy diberikan kepada pesakit dalam dan pesakit luar mengikut rujukan Pegawai Perubatan. Perkhidmatan dijalankan setiap hari bekerja sepanjang tahun melalui Nutrition Care Process yang meliputi Nutrition Assessment, Nutrition Diagnosis, Nutrition Intervention dan Nutrition Evaluation and Monitoring. Bagi kes pesakit dalam yang dirujuk, perkhidmatan diberikan di wad berkenaan. Perkhidmatan untuk pesakit luar pula diberikan melalui sistem temujanji dan dijalankan di Klinik Diet.
- Perkhidmatan Sajian
- Perkhidmatan penyediaan sajian dijalankan setiap hari sepanjang tahun, meliputi diet normal dan terapeutik bagi semua pesakit di wad, rawatan harian dan pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis. Di samping penyediaan sajian untuk pesakit, sajian juga disediakan untuk ibu yang menemani anak di wad (Mother Accompany Child), doktor yang bertugas atas panggilan serta petugas-petugas di Dewan Bedah meliputi pegawai perubatan dan paramedik. Proses penyediaan makanan mengikut pematuhan kepada amalan Good Manufacturing Practices (GMP) dan mendapat pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP).
Pengenalan
Unit Pendidikan Kesihatan (UPK) adalah satu unit di bawah perkhidmatan sokongan bukan klinikal. Berfungsi untuk menggalakkan masyarakat untuk menghargai kesihatan mereka sebagai satu aset yang bernilai melalui aktiviti promosi kesihatan yang dijalankan. Unit ini menyelaras, melaksana dan turut membantu jabatan atau unit lain melakukan aktiviti promosi kesihatan kepada warga kerja hospital dan pelawat dari semasa ke semasa.
Secara amnya, unit ini menjadi pelengkap untuk membantu mendidik pesakit, keluarga serta orang awam bagi memahami masalah kesihatan dan meningkatkan pengetahuan terhadap pencegahan penyakit secara umum.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Klinik Berhenti Merokok kepada pesakit dalam dan kakitangan hospital.
- Menerbit dan mengedar media pendidikan pesakit.
- Menjalankan aktiviti promosi kesihatan termasuk sambutan hari khas.
- Kelas Pendidikan Pesakit Diabetes, Darah Tinggi dan Renal.
- Peminjaman bahan dan kelengkapan pameran kepada kakitangan.
- Pengendalian auditorium dan dewan seminar.
- Pusat latihan pendidikan kepada kakitangan hospital termasuk mengadakan program, kursus, taklimat dan bengkel.
Pengenalan
Unit Kawalan Infeksi terletak di Jabatan Patologi. Unit ini bernaung di bawah Jawatankuasa Kawalan Jangkitan dan Kawalan Antibiotik (Hospital Infection And Antibiotic Control Committee - HIACC) yang dipengerusikan oleh Pengarah Hospital.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Sumber rujukan dalam kawalan infeksi.
- Menjalankan Surveillance Healthcare Associated Infection (HCAI).
- Targeted Surveillance seperti Bacterimia dan CVC Care Bundle.
- Menjalankan audit 5 Moments Hand Hygiene.
- Mengumpul data-data untuk Point Prevalence Survey.
- Menyelia, memantau dan memberi nasihat kepada semua kakitangan tentang langkah-langkah kawalan infeksi mengikut Polisi dan Prosedur Kawalan Infeksi .
- Pengurusan dan pengawalan wabak serta menjalankan latihan kawalan infeksi yang berterusan kepada semua kakitangan.
- Ahli jawatankuasa Antimicrobial Stewardship Programme (AMS).