MENGENAI KAMI


Selamat Datang ke Hospital Pendang.

Objektif utama kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan pakar yang terbaik, komprehensif dan berkualiti demi kesejahteraan seluruh masyarakat Daerah Pendang dan kawasan sekitarnya.

Sebagai sebuah Hospital Pakar Minor yang moden, Hospital Pendang beroperasi di bawah sistem Hospital Kluster Kedah Utara (HoKKU), bersama Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Jitra dan Hospital Kuala Nerang. Jaringan strategik ini memastikan masyarakat Pendang menerima akses rawatan kepakaran yang setaraf, cepat dan lancar dengan hospital-hospital utama di Negeri Kedah.

Hospital Pendang juga menjadi pusat rujukan bagi klinik-klinik kesihatan berhampiran termasuk Klinik Kesihatan Pendang, Klinik Kesihatan Sungai Tiang dan Klinik Kesihatan Kubur Panjang.

Sejarah Penubuhan

Hospital Pendang mula dibina pada 7 Mei 2018 dan siap sepenuhnya pada 13 Oktober 2022.

Secara rasminya, pengoperasian Hospital Pendang telah bermula pada 15 Februari 2023.

Kos pembinaan keseluruhan mencecah RM225 juta dengan menggunakan teknologi kejuruteraan moden yang diiktiraf bagi memastikan aspek keselamatan, kualiti dan keselesaan untuk masyarakat.

Fasiliti dan Kemudahan Terkini

Kapasiti Katil pada awal pembinaan adalah 126 katil dan kini pengoperasian hospital telah dipertingkatkan kepada 152 katil rasmi, demi keselesaan dan perawatan pesakit dalam yang lebih optimum.

Dilengkapi dengan Dewan Bedah sebanyak 4 buah untuk prosedur pembedahan yang lancar dan selamat.

Perkhidmatan Kepakaran Yang Disediakan

Hospital Pendang menawarkan perkhidmatan dalam 10 bidang kepakaran utama, serta kemudahan diagnostik dan peralatan perawatan yang moden termasuk CT Scan dan endoskop, iaitu

1. Kecemasan dan Trauma,

2. Ortopedik,

3. Perubatan Am,

4. Anestesiologi dan Rawatan Kritikal,

5. Pembedahan Am,

6. Obstetrik dan Ginekologi

7. Pediatrik

8. Perubatan Psikiatri dan Mental

9. Radiologi

10. Patologi

Perkhidmatan Sokongan Klinikal

Bagi memastikan kelancaran perawatan dan pemulihan menyeluruh masyarakat setempat, Hospital Pendang juga menyediakan perkhidmatan sokongan berikut:

1. Fisioterapi

2. Terapi Cara Kerja

3. Terapi Pendengaran

4. Perkhidmatan Farmasi

5. Kerja Sosial Perubatan

6. Hal Ehwal Islam

7. Pengurusan Rekod Perubatan

Rekod Perubatan Elektronik

Pengendalian semua perawatan pesakit di Hospital Pendang adalah secara teknologi kesihatan digital dan menggunakan Rekod Perubatan Elektronik (EMR). Aplikasi digital ini bukan sahaja melancarkan integrasi perawatan pesakit, malah kerahsiaan serta keselamatan data perawatan pesakit adalah menjadi keutamaan kami.

(Klik pada gambar untuk paparan yang lebih baik)

Jumlah Pelawat

  • Users 3
  • Articles 108
  • Articles View Hits 659

Hubungi Kami

 

Hospital Pendang

Mukim Air Puteh

06700 Pendang

Kedah Darulaman

No. Telefon : 04-7251000

E-Mail: hope@moh.gov.my