PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL PENDANG

Kami berikrar dan komited untuk memastikan:

1. Perkhidmatan yang Saksama dan Profesional

* Setiap pesakit menerima rawatan yang berkesan, selamat dan bersesuaian secara profesional tanpa mengira umur, jantina, etnik, agama atau status sosioekonomi.

2. Etika Layanan dan Kerahsiaan

* Setiap pesakit dilayan dengan penuh mesra, empati, hormat, sopan dan ikhlas serta dijamin privasi dan kerahsiaan maklumat perubatan mereka.

3. Persekitaran yang Selamat dan Kondusif

* Pesakit dijaga dalam persekitaran yang selamat, bersih, selesa dan kondusif sepanjang menerima rawatan dan perkhidmatan.

4. Hak Maklumat dan Komunikasi

* Pesakit dan ahli keluarga diberikan maklumat yang jelas dan mencukupi mengenai diagnosis dan status penyakit, pengurusan penjagaan termasuk rawatan, prosedur dan risiko yang dijangkakan.

5. Menghormati Nilai dan Kepercayaan

* Hak semua pesakit dan waris sentiasa dihormati, merangkumi aspek budaya, psikososial, spiritual, serta nilai dan kepercayaan individu.

6. Pemerkasaan Keluarga

* Keluarga dan penjaga diperkasakan melalui pendidikan kesihatan yang berterusan demi menjamin kesinambungan penjagaan, promosi kesihatan, pencegahan penyakit dan pemulihan di rumah.

7. Kesinambungan Rawatan dan Rujukan

* Pesakit yang memerlukan rawatan atau kepakaran yang tidak terdapat di Hospital Pendang akan dirujuk ke hospital atau institusi kesihatan lain yang sesuai dengan sewajarnya.

Jumlah Pelawat

  • Users 3
  • Articles 108
  • Articles View Hits 659

Hubungi Kami

 

Hospital Pendang

Mukim Air Puteh

06700 Pendang

Kedah Darulaman

No. Telefon : 04-7251000

E-Mail: hope@moh.gov.my