Objektif Penubuhan Hospital Pendang
1. Memperkukuh dan mematuhi piawaian sistem penjagaan kesihatan kebangsaan dan antarabangsa.
2. Menyediakan persekitaran yang kondusif, mesra kawalan infeksi, mesra ibadah dan selamat kepada petugas dan pelanggan.
3. Menjalankan latihan, penyelidikan dan inovasi berterusan dalam usaha menambahbaik mutu perkhidmatan.
4. Pemantapan pengurusan, perkhidmatan perubatan dan aktiviti promosi kesihatan dengan kaedah yang efektif, proaktof dan inovatif.
5. Mesra pelanggan, prihatin dan penyayang serta menghormati hak pesakit, keluarga dan petugas.
MISI & VISI
VISI
Menjadi peneraju pusat rawatan yang berkualiti seiring ke arah kesihatan yang lebih baik.
MISI
Memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan hospital merangkumi:
i. Penyediaan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, efisien dan mesra untuk pesakit dan pelawat.
ii. Melahirkan kakitangan yang berilmu, kompeten, mesra dan saling membantu.
iii. Menjalinkan kerjasama dengan pelbagai organisasi luar dalam usaha mencapai taraf perkhidmatan kesihatan bertaraf premium.