Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Alhamdulillah, Laman Web Rasmi Hospital Pendang kini tampil sebagai platform digital utama dalam menyampaikan maklumat kesihatan secara cepat, tepat dan mudah diakses oleh seluruh lapisan masyarakat.

Selaras dengan aspirasi transformasi perkhidmatan kesihatan negara, Hospital Pendang kini melangkah ke arah pemodenan perkhidmatan. Fokus utama kami adalah untuk memperkukuh sistem penyampaian berteraskan teknologi digital melalui beberapa anjakan strategik, antaranya:

Pertama; Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) iaitu memperkukuh perkhidmatan kesihatan bersepadu secara digital yang lebih efisien, selamat dan boleh saling berhubung antara fasiliti kesihatan.

Kedua; Perkhidmatan Berasaskan Teknologi seperti memperluas penggunaan telekesihatan, sistem janji temu dalam talian dan sistem rujukan digital, bagi memudahkan urusan para pelanggan kami.

Ketiga; Kelestarian dan Keselamatan, iaitu mempertingkatkan aspek keselamatan siber, perlindungan data kesihatan serta memacu usaha ke arah perkhidmatan kesihatan tanpa kertas (paperless healthcare) demi perkhidmatan yang lebih cekap, moden dan selamat.

Kami di Hospital Pendang sentiasa komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih moden, responsif, mesra pelanggan dan berkualiti tinggi. Bersama-sama kita membina sebuah komuniti yang sihat dan sejahtera.

Akhir kata, maklum balas anda adalah nadi penambahbaikan kami. Kami amat mengalu-alukan sebarang pandangan, cadangan dan idea yang membina daripada pengunjung laman web rasmi ini untuk kami terus memperkemaskan mutu perkhidmatan, seterusnya meningkatkan tahap perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat.

Selamat melayari Laman Web Rasmi Hospital Pendang.

Sekian, terima kasih.

Dr Nor Raziah binti Sabtu

Pengarah Hospital Pendang

Jumlah Pelawat

  • Users 3
  • Articles 108
  • Articles View Hits 659

Hubungi Kami

 

Hospital Pendang

Mukim Air Puteh

06700 Pendang

Kedah Darulaman

No. Telefon : 04-7251000

E-Mail: hope@moh.gov.my